Chapter 7

26 1 0
                                    

Hari yang tidak ditunggu pun berkunjung tiba. Minah awal -awal lagi sudah bersiap ringkas bersama sweater yang dihadiahkan RapMon kepadanya beberapa tahun yang lepas.

Dia pergi mendaftar seorang diri ke sekolah barunya tanpa ditemani oleh atuk dan neneknya.Neneknya sudahpun menunjukkan arah yang sepatutnya dilalui Minah.

Pertama sekali Minah perlu ke satu hentian bas untuk ke sekolah.Jam tangan Minah menunjukkan masih terlalu awal untuk menunggu bas.

Kemudian dia pun mulai berjalan ke hulu ke hilir tidak jauh dari hentian bas tadi , memasuki sebuah kedai runcit membeli sesuatu untuk dimakan dan akhirnya kembali semula ke hentian bas tersebut.

Alangkah terkejutnya Minah apabila mendapati tempat hentian bas itu sudahpun dipenuhi dengan ramai orang, setahu Minah tadi dia meninggalkan hentian bas itu bersama dua tiga orang sahaja yang sedang menunggu.Rasa menyesal wujud seketika di benak Minah.

Takpelah, dah nasib..

Tetapi yang peliknya , pagi itu terasa panas sungguh cahaya matahari yang memancar.Tanpa berfikir panjang,Minah mengeluarkan payung lipat comel yang wajib ada dalam beg sandangnya.Dia pun membuka payungnya sambil berkata riang cacang..

AUCHH! satu suara tiba-tiba muncul.Aduh! Sakitlah! Kau buta ke hah! Sambung suara garau tadi.Mata Minah spontan tertutup begitu juga dengan payung comelnya.

"Ma..maaf.Saya tak sengaja",terketar - ketar Minah bersuara.

Sumpah Minah tak perasan lansung dia berdiri bersebelahan dengan seorang namja.Budak sekolah pulak tu. Chanyeol menjeling tajam.

"Cehh! Apa maaf -maaf.Dah cucuk badan orang dengan payung buruk dia tu , ingat tak sakit ke? Dah tahu pendek tu tak payah lah nak berangan berdiri tepi aku".Pedas Chanyeol membidas.Minah hanya mampu berdiam diri kerana memang salah dia pun.

"Biarkan jela..."hati Minah menjawab lembut.

*do read the next chapter ya🌸

Small Issues Big MatterWhere stories live. Discover now