BAB 6

4.2K 86 3
                                    

Pulang sahaja dari kenduri, Kaysa Adara terus memandu keretanya ke Subang Parade. Semata-mata nak beritahu Syaz dengan Yara apa yang terjadi di majlis perkahwinan abangnya. Kebetulan Syaz memang ada di booth Yara. Menolong gadis itu berniaga.

Yara memang berniaga di Subang Parade setiap hari Sabtu. Berniaga barang-barang yang dia jual secara atas talian. Dari zaman universiti lagi, Yara dah mula berniaga atas talian dan gadis itu memang rajin buka booth pada hujung minggu. Mula-mula gadis itu jual tudung aje tetapi sekarang, Yara ada jual produk kecantikan dan alat kosmetik juga. Mengembangkan lagi sayap perniagaannya.

"Ya Allah, aku ingatkan awek cun mana tadi. Rupanya bff aku sendiri," tutur Syaz, memuji Kaysa Adara yang masih berbaju kurung moden.

Kaysa Adara tersenyum lebar.

"Cantik tak aku hari ni?" soal gadis itu bersama kening yang sengaja dinaikkan dua kali.

Syaz dengan Yara sudah tertawa halus.

Kaysa Adara menghampiri kawan baiknya lalu melabuhkan punggung pada kerusi yang kosong.

"So, apa yang kau gelabah sangat nak cerita dekat kita orang sampai kau sanggup drive ke sini lepas wedding abang kau?" tanya Syaz.

Giliran Kaysa Adara pula yang ketawa. Tawa yang kedengaran nakal. Sebelum memulakan cerita, Kaysa Adara memastikan keadaan sekeliling. Memastikan tiada pelanggan yang akan datang ke booth Yara. Nanti terbantut cerita dia. Tak syok.

"Okey, line clear," ucap Kaysa Adara seraya memandang kedua-dua kawan baiknya.

"Kejap. Macam mana aku nak mulakan cerita aku, eh?"

Bibir Kaysa Adara diketap.

Syaz dengan Yara dah buat muka. Mereka tak sabar nak tahu cerita panas daripada Kaysa Adara.

Kaysa Adara menarik nafas lalu dihela perlahan.

"Aku jumpa mamat dekat Sabah tu lagi. Dekat wedding abang aku."

Mata Syaz dengan Yara membulat. Terkejut.

"Serius?"

"Apa jadi lepas tu?"

Serentak, Syaz dengan Yara melontarkan soalan.

"Aku rasa aku kena jumpa psychiatrist."

"Dah kenapa pula?" tanya Yara.

"Aku dengar lagu DOTS lagi. Lepas tu, jantung aku berdegup laju sangat. Aku tak tahu apa kena dengan aku."

Terhambur tawa Syaz dan Yara.

"Serius kau tak tahu?" soal Syaz dengan nada yang sedikit sarkastik.

Kaysa Adara menganggukkan kepalanya.

"Wey... Kau tak perlu jumpa psychiatrist. Kau perlu jumpa doktor cinta. Dan kita orang berdua ni, doktor cinta kau. Aku faham yang kau tak pernah bercinta sebelum ni, tapi tak payahlah blur sangat. Tak tahu apa jadi dengan kau konon!" Selar Syaz.

"So, kau nak cakap yang aku suka dia?"

Syaz angguk.

Yara pun angguk. Anggukan yang kelihatan yakin. Tidak teragak-agak.

"Tapi dia cakap, dia tak interested untuk bercinta."

"Ha? Dia cakap dengan kau? Kenapa dia cakap macam tu?" tanya Yara ingin tahu.

"Cerita dia sebenarnya macam ni. Aku syak yang lelaki kakak ipar aku suka tu, Ed. Mamat yang kita jumpa dekat Sabah tu. Sebabnya... Masa dekat wedding along aku, aku nampak muka kakak ipar aku berubah bila nampak Ed dan dia orang berbalas renungan."

DATE MEWhere stories live. Discover now