BAB 7

3.6K 79 0
                                    

Kehabisan barang keperluan harian membuatkan Kaysa Adara membawa dirinya ke pasar raya setelah pulang dari kerja. Troli gadis itu sudah separuh penuh. Macam-macam yang dia sumbat dalam troli itu. Maklumlah. Baru dapat gaji. Itu yang dia berani letak aje dalam troli tanpa membuat kira-kira.

Setelah memastikan semua barang keperluan sudah dimasukkan ke dalam troli, Kaysa Adara menolak troli ke kaunter. Sedia untuk membuat pembayaran. Barang-barang dikeluarkan dan diletakkan ke atas kaunter. Kemudian, dia membuka beg tangannya, mencari purse.

Alamak! Mana pula purse aku? Kenapa tak ada?

Gadis itu mula gelabah. Panik. Beg tangan digeledah.

Dengusan kecil terbit dari bibir Kaysa Adara saat teringat pursenya tertinggal dekat ofis. Dalam laci meja. Dia terlupa nak letak dalam beg tangan semula dek kalut nak jawab panggilan daripada klien.

Sekarang ni, macam mana? Apa yang dia nak buat? Dekat belakang dia, dah ramai yang beratur. Budak kat kaunter pun dah pandang pelik dekat Kaysa Adara. Barangkali sudah bisa menebak kesulitan yang melanda gadis itu.

Kaysa Adara menebalkan muka, memandang budak perempuan yang jaga kaunter. Wajahnya dimaniskan.

"Dik... Kalau akak tak jadi beli barang-barang ni, boleh tak?"

Tersekat-sekat Kaysa Adara menuturkan bicara.

Budak perempuan tu dah buat muka. Mungkin letih bekerja. Tak mampu nak hadap kes Kaysa Adara ni. Sudahlah barang yang dia ambil banyak, tiba-tiba tak jadi beli. Menyusahkan betul!

"Sorrylah, dik. Purse akak tertinggal."

Si penjaga kaunter senyum hambar. Kemudian, dia mengarahkan orang-orang di belakang Kaysa Adara untuk beratur di kaunter lain. Tinggallah Kaysa Adara seorang sahaja di kaunter yang sudah ditutup itu. Ditutup gara-gara Kaysa Adara. Hanya Tuhan sahaja yang tahu rasa bersalah dia pada budak perempuan itu. Bukan dia sengaja nak menyusahkan orang.

"Maaf, encik. Kaunter tutup. Encik boleh beratur dekat kaunter sebelah," kata budak perempuan itu apabila seorang lelaki beratur di belakang Kaysa Adara bersama tiga bungkus mi segera berlainan perisa.

Kaysa Adara hanya menundukkan pandangan. Malu nak pandang orang sekeliling. Seolah-olah dia baru sahaja ditangkap mencuri di pasar raya itu.

"Bayar sekali."

"Encik nak bayar sekali dengan barang-barang ni semua ke?" tanya budak perempuan itu sambil menuding jari ke arah barang-barang Kaysa Adara.

Kaysa Adara terkejut. Terus, dia mengangkat wajah dan menoleh ke sisi. Matanya membesar. Oh, nasib baik dia dah tak dengar lagu yang sama macam sebelum ni. Cuma jantungnya sahaja yang berdegup laju. Barangkali disebabkan terkejut. Kalau tidak, memang sah Kaysa Adara kena jumpa doktor pakar sakit jiwa.

Ed menganggukkan kepalanya. Sedikit pun dia tidak pandang Kaysa Adara. Dia tahu gadis itu terkejut melihatnya.

Sepatah bicara pun tidak keluar dari bibir Kaysa Adara. Lidahnya kelu. Dia hanya mampu memandang Ed membayarkan barang-barangnya.

Gadis itu melepaskan keluhan dalam hati. Keluhan berat.

Kenapa dia perlu jumpa mamat ni lagi? Dia baru aje tanamkan niat untuk lupakan Ed selepas lelaki itu tidak membalas kiriman WhatsAppnya beberapa hari yang lepas. Ini merupakan kali kedua niatnya terbantut. Asal dia nak lupakan Ed aje, lelaki itu muncul depan mata. Apakah makna semua ini?

Selepas pertemuan dengan Ed di Sabah, Kaysa Adara cuba melupakan lelaki itu tetapi mereka dipertemukan semula di majlis perkahwinan abangnya. Kemudian, dia cuba lagi untuk lupakan Ed tetapi sekali lagi Ed muncul. Ini kes mamat ni tak bagi aku lupakan dia ke macam mana?

DATE MEWhere stories live. Discover now