Tengah hari itu, Ed menghabiskan masa di ofis Yusri yang terletak di bahagian belakang kafe. Berbincang tentang projek Mr. Red's Collections. Ofis Yusri tidaklah besar mana tetapi tidak juga kecil. Di situlah tempat Yusri menguruskan segala-galanya. Menguruskan novel-novel Red dan juga kafe.
"Macam mana? Okey tak?"
Ed yang masih membelek sampel produk yang ditunjukkan Yusri mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Kualiti okey... Tapi kenapa warna ni? Warna hitam dengan merah ada tak?"
"Ada. Yang ini sampel aje. Yang sampel tak ada warna merah dengan hitam. Kalau kau nak tengok warna tu, kau kena pergi kedai dia orang. Aku dah tengok. Memang cantik. Warna hitam nampak elegan. Warna merah dia pula tak terlalu terang, tak terlalu gelap. Just nice. Kejap. Aku tunjuk gambar yang aku ambil."
Terus Yusri capai telefon pintarnya dan membuka galeri telefon. Beberapa keping gambar yang ditunjukkan kepada Ed.
"Okey... Tapi nanti aku akan pergi sana. Nak tengok dengan mata aku sendiri."
"Aku pun rasa lebih baik kau pergi sana. Puaskan hati kau. Aku takut bila aku dah deal dengan dia orang, kau tiba-tiba buat hal."
Ed tersenyum senget.
"Kau dah tengok logo yang aku e-mel kau?"
"Dah. Ada lima design, kan?"
"Yup."
"Aku dah pilih tiga yang terbaik. Aku rasa aku nak letak design tu dekat website dan suruh reader kau pilih."
"Okey. Tak ada masalah. Tapi aku nak kau rahsiakan pasal projek MRC kita. Jangan mention apa-apa. Just cakap kita nak create official logo."
Yusri menganggukkan kepalanya tanda faham.
"Aku nak buat projek MRC ni, projek yang special. Not a simple project," tutur Ed.
Mata Yusri mengecil. Memandang Ed.
"Special yang macam mana tu? Bukan kau cakap nak launch MRC masa launch novel terbaru kau ke?"
"Ya, betul."
Ed membetulkan duduk. Pen dan kertas dicapai. Bersedia untuk mencatat apa yang berada dalam mindanya dan menjelaskan kepada Yusri.
"Kita ada lima produk. Notebook. Keychain. Pouch. Passport holder. Card holder," ucap Ed satu per satu sambil mencatat apa yang diucapkan olehnya di atas kertas.
"Aku nak buat novel bersiri. Memandangkan kita ada lima produk, aku akan buat lima siri. Setiap siri, aku akan selitkan produk kita. Secara teknikalnya, produk-produk kita ni umpama main character dalam novel bersiri aku. Kelima-lima siri ni kita akan terbit setiap bulan together with our collections."
"Interesting. Kau nak pilih produk yang mana dulu?"
"Pouch. Sebab aku dah ada idea untuk pouch. Notebook tu aku nak last sekali."
"Start with pouch, end with notebook," rumus Yusri.
Ed mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Cuma ada satu masalah..."
"Apa dia?" soal Yusri.
"Masa. Kita tak cukup masa."
"Apa maksud kau? Kau nak launch dalam masa terdekat ke?"
Senyuman penuh makna tertampal di wajah Ed. Dia mendekatkan wajahnya dengan Yusri.
"Kita mula jual novel aku pada 21 September lima tahun yang lalu. Bermakna, 21 September ni anniversary Red yang kelima. So... I want to make it special. Anniversary yang kelima, lima produk dan lima novel bersiri. Semuanya berkaitan dengan nombor lima."
![](https://img.wattpad.com/cover/92410897-288-k140460.jpg)
YOU ARE READING
DATE ME
RomanceTajuk: DATE ME Penulis: Azura Rasiddin Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-50-1 Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak) TERBITAN EKSKLUSIF - AKAN MULA DIJUAL DI EKSPO BUKU MALAYSIA 2016 bermula 14-18 Disember 2016. BILIK...