BAB 9

3.2K 84 0
                                    

"Motor you ke?" tanya Kaysa Adara, memulakan perbualan sementara menunggu makanan yang mereka pesan tiba.

Ed hanya menganggukkan kepalanya.

"Cantik," komen Kaysa Adara sepatah.

Suasana kembali sepi.

Kaysa Adara meliarkan mata ke sekeliling. Cuba menghilangkan rasa janggal yang bertapa dalam hati. Bila Ed buka mulut, dia sakit hati. Menyampah. Bila Ed diam, dia rasa sunyi pula. Janggal.

"Kaysa..."

Terus Kaysa Adara menghalakan pandangan ke arah Ed bila lelaki itu memanggilnya. Sama seperti dulu, dadanya berdebar sewaktu Ed menuturkan namanya. Dia menelan liur. Ed dipandang, menanti bicara yang seterusnya tetapi lelaki itu hanya membisu.

Ed merenung Kaysa Adara yang kelihatan ayu berselendang corak hitam dan putih. Bibir tertutup rapat. Hati mula berbicara.

Maafkan I. I perlukan tangga untuk dapatkan apa yang I nak dan you tangga yang sesuai untuk I.

"You nak cakap apa?" soal Kaysa Adara.

Ed bersihkan tekak.

"Date me."

"A... A... Apa... Dia?" soal Kaysa Adara dengan nada yang terketar-ketar bersama mata yang terkebil-kebil.

Ed tidak beriak. Kelihatan tenang. Reaksi Kaysa Adara sudah dia jangka.

"Let's date. I nak you jadi girlfriend I."

Kaysa Adara telan liur. Bulat matanya memandang Ed.

"Jadi girlfriend you?"

Ed angguk.

Kaysa Adara diam seketika. Cuba mencari logik kenapa lelaki di hadapannya tiba-tiba melamarnya.

"Maksud you... Fake girlfriend ke?" tebak Kaysa Adara. Ini sahaja logik yang dia jumpa.

"Nope."

"So, you serius nak jadikan I girlfriend you?"

"Yeah."

"Tapi kenapa? Bukan you cakap you're not interested in love ke?"

"I want to give it a try. Lagipun you suka I, kan?"

Kaysa Adara menggelengkan kepalanya. Sekali lagi menafikan.

Ed senyum senget. Senyum penuh makna. Terus dia dekatkan wajahnya dengan Kaysa Adara. Merenung ke dalam mata gadis itu untuk sepuluh saat sebelum dia melarikan pandangan ke arah lain.

"Macam mana? Ada dengar lagu tu?"

Kaysa Adara yang bagaikan dipukau dengan renungan Ed, terpinga-pinga. Lagu? Lagu apa? Oh... Lagu Korea tu. Tapi macam mana Ed tahu?

Gadis itu mendengus apabila teringat yang Syaz selalu berbalas mesej dengan Yusri sejak kejadian di Subang Parade. Kononnya nak kenenkan Yara dengan Yusri memandangkan Yusri berminat untuk berkenalan dengan Yara. Pasti Syaz yang beritahu Yusri pasal lagu tu. Yusri pula beritahu Ed.

"Let's give it a try. Lagipun you tak pernah bercinta kan sebelum ni? I sudi jadi pengalaman you."

Hah! Yang ni pun Syaz beritahu? Hesy, geram pula Kaysa Adara dengan mulut becok Syaz.

"I tahu you terkejut. You tak perlu bagi jawapan sekarang. Nanti-nanti pun boleh. Tapi I tahu you tak akan tolak proposal I."

"Oh, really? How sure are you?" tanya Kaysa Adara.

Tangan disilangkan ke dada. Debaran yang disebabkan renungan Ed sebentar tadi sudah berjaya dikawal.

"100% sure."

DATE MEWhere stories live. Discover now