BAB 11

3.6K 73 0
                                    

Lega Kaysa Adara apabila hubungan Syaz dengan Yara sudah kembali seperti biasa. Kedua-dua kawan baiknya itu hadir ke kenduri abangnya bersama-sama. Syaz sudah kembali ceria, sudah kembali bergurau dengan mereka.

Tutup cerita lama, buka cerita baru. Buang air yang keruh, ambil air yang jernih. Beginilah persahabatan mereka selama bertahun-tahun. Bukannya tidak pernah bergaduh, tidak pernah berkelahi, tidak pernah bertengkar. Namun, mereka memilih untuk memaafkan antara satu sama lain dan mengekalkan silaturahim. Lagipun mereka sudah serasi bersama.

Kaysa Adara duduk berbual dengan kawan-kawannya di meja bulat. Rancak sungguh berbual umpama mereka sudah lama tidak bertemu padahal dekat rumah pun mereka boleh bersembang.

Dalam masa yang sama, Kaysa Adara memerhati sekeliling, menanti kehadiran seseorang. Jam sudah hampir menunjukkan pukul empat petang tetapi bayang Ed pun dia tidak nampak. Para tetamu yang memenuhi dewan pun sudah beransur pulang. Telefon pintar sentiasa di tangan. Risau jika Ed menghubunginya tetapi dia tidak sedar.

Tiba-tiba kerusi di sebelah Kaysa Adara diduduki seseorang. Tiga pasang mata terus terhala ke situ.

Terukir senyuman di wajah Kaysa Adara apabila melihat Ed di sebelahnya.

"I ingat you tak jadi datang," ucap Kaysa Adara.

Ed senyum dan senyumannya membuatkan Kaysa Adara terpukau. Gadis itu cuba mengawal getaran dalam jiwa.

"I tak pernah mungkir janji," balas Ed.

Kemudian, lelaki itu menghalakan pandangan ke arah Syaz dan Yara yang seakan-akan terkejut melihatnya di situ.

"Hai, Syaz... Yara," tegur Ed. Ramah.

Kaysa Adara turut menoleh ke arah Syaz dan Yara.

"We're now officially in a relationship," beritahu Kaysa Adara kepada kawan baiknya. Tidak mahu berahsia.

"Since when?" soal Syaz yang memang tidak tahu apa-apa.

Gadis itu kelihatan terkejut dengan bicara Kaysa Adara sementara Yara hanya tersenyum simpul. Dia sudah dapat agak sewaktu Kaysa Adara memberi hint kepadanya.

"Since three days ago. Aku bukan tak nak beritahu tapi..."

"Okey, aku faham."

Cepat-cepat Syaz potong. Tak suka bila kisah tiga hari lepas diungkit semula.

"Jaga kawan I elok-elok ya," pesan Syaz pada Ed.

Ed senyum sahaja.

Kaysa Adara kembali memandang Ed.

"You nak makan?"

"Boleh juga. I belum lunch lagi."

"Hesy, kenapa belum lunch? You dari mana? Kenapa lambat?"

"Ada kerja sikit."

Kerja? Kaysa Adara tersenyum penuh makna. Teringat akan peristiwa semalam. Namun, dia tidak berniat untuk berbicara tentang kerjaya Ed sekarang. Dia akan cari waktu yang sesuai untuk berbicara tentang itu.

"Jomlah. I teman you."

"Oh... Patutlah Kaysa tak nak makan tadi. Tunggu someone rupanya," kata Yara dengan nada mengusik.

Ed sedikit terkejut.

"You pun tak makan lagi?"

Kaysa Adara tarik sengih lalu menggeleng perlahan.

"I tunggu you. Nak makan sama-sama."

"Oh, I'm so sorry sebab buat you tunggu lama."

"Tak apa."

DATE MEWhere stories live. Discover now