1.

125 4 0
                                    

"Lebatnya ya ampun hujan harini. Macam mana nak pergi gig ni? Dahlah band power power pulak main." Getus hatiku.

Jariku ligat menaip Whatssap yang diatasnya tertera nama Junk the Punk. Junk the Punk bukan nama band, nama label, nama buku cerita donggeng bodoh, dan lain lain. Dia adalah individu yang aku akan ceritakan sebentar nanti.


" Junk pundek, kau pergi tak gig harini?"

Selang beberapa minit menunggu si malaun itu untuk membalas Whatsaap. Telefon pintar berjenama Vivo mula bergetar. Tanganku pantas mencapai dan........

"Pundeknya, takbalas pun. Double tick je ke jilake. Haih tak boleh jadi ni"

Aku segera mencapai battle jacket milikku yang sedia tergantung di satu sudut ruang tamu. Ah lantak lah. Aku peduli apa. Boot DM 10 lubang saiz 7 segera kusarungkan ke kaki. Pintu rumahku ku buka perlahan lahan. Risau kalau ibu bertanya kemana aku pergi hujan hujan begini. Bukan ingin menjadi anak derhaka, tetapi sikap kerisauan yang melampau sedikit sebanyak akan menggangu langkahku nanti. Silap haribulan tak jadi pergi! Ahhhh!

"Ika nak pergi mana tu?" Tegur ibu yang baru sahaja keluar dari bilik mandi.

"Errr.... Ikaa.... Haa, nak pergi tengok kawan perform". Aku tahu takda seorang kawan pun yang perform. Itu hanyalah sekadar tipu sunat.

"Hujan hujan camni pun kamu nak pergi?!"

"Ya ibu, ika balik awal nanti. Bye ibu".
Segera aku percepatkan langkah. Sebelum seribusatu pertanyaaan datang menjengah.

"Hati hati!"

"Okay!!" Jeritku.

Aku mempercepatkan langkahku untuk ke bus stop. Nak berlari nanti risau pula terjelopok. Comot pulak makeup nanti. Tak sempat nak mengorat abang Metal. Hensem pulak tu... Rambug panjang... Kut... Kihkihkih.

Jangan fikir peminat tegar Justin Bieber dengan One Direction je yang ada fangirl yang gila tahap sawan babi ni, dalam dunia tersorok bawah tanah ni pun ada jugak. Taksub, obses, tapi takde lah sampai saiko sanggup buat apa saja. Cuma bagi aku diorang tu diibaratkan macam crush tapi yang tak macam crush sangat sampai warna spender dan diameter penis pun nak kena tahu. Pada pendapat aku, instrument dan pembawakan muzik bagi sesebuah band yang aku minat itulah yang menjadi titik utama. Rupa tu apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan bakat.

Sampai sahaja ke bus stop. Battle jacket aku basah dan hampir lenjun. Aku duduk kira kira 15 minit di pondok bas sebelum bas Perak Transit berwarna merah jambu tiba. Aku melambaikan tangan dan masuk ke dalam perut bas. Aku mengambil tempat duduk di sebelah kiri dan duduk bersebelahan tingkap.

Konduktor bas perempuan berbangsa India datang menghampiri ku.

" Adik banyiak cantik ini hari. Mau pirigi mana? "

Cantik ke? Kahkahkah.

"Medan Kidd"

Aku segera mengeluarkan duit RM3.10 dari kocek seluar dan memberikan wang tersebut kepada konduktor bas tersebut.

UNDERGROUNDWhere stories live. Discover now