Gig belum start. Elok aku turun bawah dulu. Perut pun lapar. Brrr brrr macam bunyi bass dah gayanya.
"Sabar ya sayang". Aku mengusap perutku. Memang padan lah pun, dari rumah aku belum memjamah sebarang makanan. Ah, lapar weh!
Aku segera turun dan keluar dari studio dan duduk disekitar koridor. Aku mengeluarkan rokok balut dari kocek seluar jeans berwarna hitam. Bukan ganja ya. Jangan nakal. Hehehe
Tembakau, filter dan kertas pembalut rokok berjenama Harvest aku biarkan tersimpan didalam beg sandang. Sengaja aku membalut dari rumah biar tidak menyusahkan pula nanti. Aku menghidupkan rokok sambil menyalakannya menggunakan lighter berwarna pink. Cis, pink! Tak metal langsung!
Sedang aku leka menikmati asap asap syahdu dari nikotin berjenama Harvest ini, anak mataku terarah kepada satu sosok tubuh lelaki kurus keding seakan penagih gam tegar. Kukerutkan sedikit kening dengan harapan dapat mengecam kelibat tersebut. Lelaki itu juga berjalan sambil memandangku dengan reaksi yang sama. Damn! Itu Junk lah bahalol!
"Woi! Ada Ika! Hahahahahaha." sambil menghulurkan tangan berjabat mesra. Butuh dia. Hahahaha
Bukan main kau gelak ya. Whatsapp aku kau tak reti nak balas. Sabar jap ya. Haaa
Aku membalas ala kadar salam poyo Si Junk takguna itu.
"Aku call kau syaitan. Aku whatsapp harini kau takbalas. Yang semalam punya lagilah kau tak balas. Campak lombong je doh phone kau tu" Marahku.
"Uish yeke? Takde pun. Entah. Aku tak dengar. Alaa phone aku ni barai." Balas Junk sambil buat muka mamat selenger dungu dan mintak kaki. Makin menyirap darah ni.
"Haish sukahati kau lah"
Aku baru terpandang seorang lelaki yang berdiri bersebelahan Junk. Muka macan pernah ku kenal. Tapi siapaa ya.
"Haa ika, ni Chuck. Chuck ni ika." Junk mengenalkan rakan nya kepada ku.
"Hi Chuck"
"Hai Ika"
Masing masing mengulurkan tangan berjabat salam dan memberikan segaris senyuman.
"Mamak jom ika. Follow kitorang sekali"
.
"Okay" Jawabku sepatah.Di kedai mamak, sempat juga aku melihat beberapa kelibat abam abam. Macam biasa. Berbaju hitam. Sedang menunggu gig berlangsung mungkin. Aku hanya duduk disebelah Junk sambil menghirup kopi ais.
Sesi berborak kosong pun berlangsung selama setengah jam.
Borak kosong, sembang pasal band project, mengumpat, bahan membahan dan menceritakan kehebatan masing masing. Janggal juga rasanya bila open table ramai ramai tapi aku seorang je yang takda belalai.
Tapi ini bukan yang pertama kali dan respons yang aku dapat sangat baik. No hatred, no prejudice and no gender war.
YOU ARE READING
UNDERGROUND
RandomKisah yang dikongsi adalah diadaptasi dari secubit dua gula dan garam dalam kehidupan dan pengalaman penulis yang sebenar. Cerita, nama, lokasi dan garis masa diolah sesedap rasa demi kedamaian dan kemakmuran sejagat. Sekiranya engkau rasa engkau a...