JUNK;
Mamat thrasher atau Abang Thrash berkulit sawo matang, berwajah manis manis pahit, berambut ikal dan kerek macam aku. Pengenalan di Facebook 5 tahun yang lepas menjadi titik permulaan persahabatan yang aku takmahu endingnya melainkan ajal dan maut. Nak kata suka tu tidak, sayang pun memang simpang malaikat maut 666. Cuma aku lebih menghargai dia sebagai seorang sahabat baik.Disebabkan aku sejenis spesis yang peramah tetapi susah bergaul. Dia adalah salah satu member yang betul betul boleh dibuat member.
At least takdelah mengambil kesempatan dalam kesempitan. Haa gituh.
Dari segi minat, dia adalah tempat rujukan aku. Memang salute beb, walaupun dia tua 3 tahun je dari aku tapi kauorang boleh fikir tak cemana dia boleh kumpul cd, album, ep, poster poster band yang kau minat sampai boleh buatkan engkau rasa nak terkincit. Tapi kalau dari segi mengumpul zine dia tak boleh nak lawan aku lah. Hehehehe.
Passion over fashion.
Bagi aku lah, setiap apa benda yang kau buat tak kira lah minat kau, kerja kau dan apa saja yang kau buat kau mesti ada passion. Kau nak tahu kenapa? Sebab kalau kau takda passion, kau adalah seketul makhluk yang nothing dan loser dan takda arah tuju!
"Jiwa" kau kosong.
Kau takda pendirian.
Kau mungkin minat dengan sesuatu. Tapi minat kau sekadar lalang ditengah semak. Ditiup angin kekiri kau ke kiri, angin bertiup ke kanan kau ke kanan.
Fashion? Kenapa dengan fashion? Kau faham istilah passion over fashion kan?
Macam ni lah, diibaratkan kau tengah berjalan jalan ditengah tengah hiruk pikuk manusia dekat gig. And then nampak seorang minah atau mamat pakai baju kurung dan mamat tu pulak pakai baju tshirt kosong dan seluar pendek atas lutut dan pakai selipar jepun. Umur sekitar sebaya kau dan mungkin atas kau 6 ke 10 tahun.
Dalam kepala otak kau mesti kau terfikir, "alah, dia bukan budak underground. Mesti budak biasa biasa. First time masuk gig la tu. Taste music dia mesti Aiman Tino takpun Britney Spears"
Betul tak?
Eleh jangan tipu lah. Mesti ada dalam kepala kau yang fikir macam tu.
Tapi kau tahu siapa dia? Kau kenal ke dia? Passion dia? Fahaman dia? Hahahaha. Takda siapa tahu bukan?
Silap silap kalau "berdebat" dan sebenarnya dia lagi power dari kau yang dressup bagai nak gila.
Sekarang kau faham passion over fashion tu apa?
YOU ARE READING
UNDERGROUND
RandomKisah yang dikongsi adalah diadaptasi dari secubit dua gula dan garam dalam kehidupan dan pengalaman penulis yang sebenar. Cerita, nama, lokasi dan garis masa diolah sesedap rasa demi kedamaian dan kemakmuran sejagat. Sekiranya engkau rasa engkau a...