Topik ni yang paling korang suka kan? Hahahaha. Sebab apa? Sebab dengan topik ni engkauorang boleh defend kan diri dari mulut mulut jahat. Takpun engkauorang boleh jadi mulut mulut jahat yang prejudice ? Kahkahkah.
POSER ;-
Satu soalan mudah yang aku nak tanya.
Apa yang engkauorang faham tentang poser?
Ada yang cakap poser ni diibaratkan seolah olah kau sedang berpura pura.
Ada yang cakap poser ni pula diibaratkan seperti tin kosong. Takda knowledge dan hanya pandai sembang lebat.
Ada juga yang cakap poseur ni lalang. Orang kekiri dia kekiri, orang ke kanan dia ke kanan.
Tapi ramai yang akan cakap poseur ni ialah "NOT TRUE ENOUGH" ataupun tak cukup true gitu. Hahaha.
Tapi pada pendapat aku. Poseur ni adalah satu proses pembelajaran yang kita akan belajar dalam mencari identiti kita yang sebenar. Sebab istilah true gila babi ni cuma wujud dalam mimpi dan imaginasi kauorang je sebenarnya. Jangan marah, sebab ini cuma pendapat aku. Takda kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati gitu.
Berbalik pada topik poser kita tadi. Cuba kauorang tutup mata. Perlahan lahan cuba kauorang flashback balik benda yang kauorang pernah jadi bertahun tahun yang lepas. Mungkin kauorang pernah berkecimpung dalam bidang shuffle. Ada juga yang pernah menjadi indie tepu. Ada juga yang pernah minat Avrill Lavigne instead of minat kat Justin Bieber dan layan Running Man mungkin.
Ya, kita penah jadi sesuatu sebelum kita menjadi diri kita hari ini
Masa kita menjadi "sesuatu" tu dan semakin lama kita makin berubah kearah diri kita yang sekarang. Bila kita dah jadi diri kita yang sekarang. Kita cuba belajar, cuba mengkaji, cuba dan terus cuba. Lebih kepada cuba untuk menjadi true walaupun ianya agak mustahil. Sebab takda orang yang keluar dari perut mak lepastu terus pandai goreng gitar, terus ada band, terus jadi true asfuk!
Aku petik kata kata Fared Ayam,
" Tak salah jadi poseur. Tapi yang menjadi masalah bila mana engkau poseur dan selama lamanya menjadi poseur"
Maksudnya, sampai satu masa nanti engkau akan jumpa identiti engkau. Engkau akan rasa selesa dengan identiti engkau. Dan bukan berhenti sampai situ je, engkau akan terus belajar dan belajar supaya engkau akan mendalami identiti engkau dengan baik. Biar engkau jadi seorang yang "bijak pandai" dalam identiti engkau.
YOU ARE READING
UNDERGROUND
De TodoKisah yang dikongsi adalah diadaptasi dari secubit dua gula dan garam dalam kehidupan dan pengalaman penulis yang sebenar. Cerita, nama, lokasi dan garis masa diolah sesedap rasa demi kedamaian dan kemakmuran sejagat. Sekiranya engkau rasa engkau a...