Tak lama selepas lepak berborak dekat mamak berdekatan dengan Skyspace Studio. Aku, Junk dan Chuk kembali naik keatas untuk memulakan sesi menghenjut tengkuk. Dalam perjalanan ke Skypace studio, aku baru teringat tentang band yang sedang soudcheck masa aku mula mula sampai ke sana. Terdetik pula dihati ingin bertanya siapakah gerangan jejaka ganteng. Hehehe.
"Weh, band apa eh yang tadi tengah soundcheck tu?" Soalan kena cover cover biar tak kantoi.
Junk menjawab.
"Itulah band Balapetaker. Kenapa? Suka ke?" soal Junk sinis. Menyindir lah tu.
"Taklah tanya je. Band dari mana tu?"
Jilake macam tahu tahu je niat aku.
"Dari KL kut kalau tak silap. Entah. Ampunk kut". Balas Junk dengan nada yang tak pasti.
"Weh dah start ahh jom naik jom!" Chuck kelam kabut menyuruh aku dan Junk naik ke atas untuk melihat aksi aksi jerit menjerit. Dah macam kena kejar dengan anjing gila dah gayanya si Chuck ni.
Sampai sahaja diatas. Aku mengeluarkan sekeping not 50. Tiket pada hari itu cuma berharga 25 ringgit. Selepas membayar dekat Kakak Kaunter, aku menghulurkan lengan untuk di cop menggunakan cop rasmi SkySpace Studio. Sebagai tanda yang engkau dah bayar dan bukan pandai masuk free je.
Band yang sedang perform pada ketika ini ialah band Messayyah. Sempat juga tadi aku menjeling list giliran band yang perform pada malam ini.
Aku seperti biasa mengambil tempat betul betul dihadapan stage. Mata aku hanya tertumpu pada drummer Messayyah yang leka mengetuk snare diikuti dengan beberapa ketukan symbal dengan penuh gairah.
Entah mengapa. Aku sangat mengagumi seorang drummer. Tapi soalan mainstream yang member member akan tanya kat aku biasanya berbunyi macamnu "Ika, kau tak pandai main istrument ke?"
Jawapannya simple je, TAK!
Takde bakat. Dan tak pandai main muzik. Main main pandai lah. Hehehe. Okay okay aku serius.
Sedang aku leka mencuci mata dengan apa yang patut. Hehehe.
Tiba tiba aku perasan ada sepasang mata sedang memerhati gerak geriku. Apa benda pulak lah bodoh usya usya ni. Entah siapa. Gentle malas nak perasan lebih. Mana tahu dia suka sesama jenis. Takpun dia tengah usya minah metal depan aku ni. Tapi usya usya panas lah engkau, pakwe dia ada kat sebelah tu. Kang mendapat. Naya!
Selesai sahaja band Messayyah perform, band Onehead pulak menggantikan tempat. Diikuti dengan band band lain. Aku mundar mandir disekitar pentas. Damn! Nak kencing!
Ahhhh lega.
Selesai sahaja melepaskan hajat kecil. Aku pergi ke booth kecil yang menjual stuff stuff Balapetaker. Tak banyak yang dijual. Cuma tshirt, EP dan sticker. Senyuman semanis madu kuukir pada Abam Vokalis Balapetaker. Entah apa nama dia dan apa penting dia balas balik dengan senyuman penuh makna. I'm in love! Hehehe.
YOU ARE READING
UNDERGROUND
RandomKisah yang dikongsi adalah diadaptasi dari secubit dua gula dan garam dalam kehidupan dan pengalaman penulis yang sebenar. Cerita, nama, lokasi dan garis masa diolah sesedap rasa demi kedamaian dan kemakmuran sejagat. Sekiranya engkau rasa engkau a...