2.

88 5 0
                                    

Sampai sahaja di station bus Medan Dandellion. Aku segera turun dari bas dan melihat keadaan sekeliling Medan Dandelion. Stesyen bas usang kotor dipenuhi debu debu hitam dan sampah sarap. Basah dan berbau hanyir. Hujan seakan tidak mahu berhenti. Lebat dan semakin lebat. Aku lalu di celah lorong lorong kecil stesyen itu sambil mencari kelibat Teksi.

"Ah, tu pun teksi. Damnson! Jauh gila takkan nak redah hujan kut"

Aku melihat skrin telefon pintar ku. Waktu menunjukkan tepat pukul 6.30 petang. Yes, aku lambat. Gig yang sepatutnya bermula pada pukul 4 tapi aku masih tercongok congok macam perempuan meroyan. Lambat hampir 3 jam. Confirm band band lain dah perform.

"Alah biasalah, janji Melayu. Tulis dekat flyers pukul 4. Tapi mesti lambat start punya. Tapi aku memang dah lambat. Fucking lambat!"

Sedang aku keresahan seperti kucing hilang anak. Aku terpandang sebuah teksi dan pemandunya sedang melambai lambai tangan kearah ku. Rezeki dia ni, rezeki aku jugak.

Aku pergi kearah teksi itu. Lalu Abang Teksi berbangsa Melayu berbadan sasa itu menyapa ramah.

"Adik nak pergi mana? Haa naik cepat! Hujan lebat ni dik. Abang tak boleh lama lama"

"Saya nak pergi jalan Che Embun. Dekat dekat dengan Shell tu. Tak berapa jauh dari sini" Terangku.

"Haa takpa takpaa. Naik dulu."

Amboi, rakus. Hehehehe.

Teksi segera meluncur laju. Aku mengambil tempat untuk duduk disebelah pemandu.

"Adik ada apa dekat sana? Maksud abang, adik buat apa dekat sana?"

"Ada gig bang" balasku ringkas

"Gig?" berkerut kening Abang Teksi tu.

"Emmmmm, macam mana ya nak cakap.... Haa macam tempat orang main muzik lah. Lepastu ada crowd. Ada beberapa musical instrument. Tengok orang perform. Macam konsert. Abang tahu konsert? Haa lebih kurang macam tu lah. Cuma dia berskala kecil. Tertutup. Crowd tak ramai. Underground" panjang lebar punya penerangan. Kalau tak faham lagi taktahu lah. Aku menghela nafas pendek.

"Ouh, macam best je. Selalu ke pergi?"

Alamak Abang Teksi ni. Macam reporter TV3 pulak. Macam wartawan Mestika pun ada. Haa karang dia buka pulak cerita lain. Olah punya olah terus jadi buku bestseller. Hasil temuramah siapa? Aku. Haa mampos.

"Tak jugak bang. Ikut band. Band best pergi, tak best tak pergi. Depends."

"Ouh okay okay. Haa ni dik ni nak lalu jalan mana ya? Selalu adik lalu jalan mana?"

"Abang terus je bang. Lalu dekat tepi Siam Parade tu. Lepastu pusing roundabout. Kan ada Shell kat situ. Haaa"

"Ouh dekat situ. Abang tahu, abang tahu."

Sebenarnya geli juga nak berabang abang ni. Tapi atas dasar menghormati yang lebih tua, dan menyanyangi yang lebih muda walaupun pada dasarnya perangai macam babi tetap macam babi tanpa mengira umur dan senioriti seseorang. Apa apa pun abang pun abang lah. Karang panggil pakcik ke, Tok Aki ke, Tok Tok ke mampos kena tendang keluar teksi. Takkan nak merangkak tengah hujan kut. Hmmm.

UNDERGROUNDWhere stories live. Discover now