WAKTU ; 1210
TARIKH ; 27 March
LOKASI : Hostel Di Sebuah Institut di Kotaraya Kuala LumpurAKU: Weh Fateha, boleh temankan aku tak? Actually aku nak pergi cari patches dekat Pertama Complex. So alang alang aku ingat kita boleh pergi Sogo. Sementara tunggu Mei balik. Kity mesti taknak pergi sebab dia nak keluar dengan Lenka.
Teha ni sebenarnya roomate aku. Tapi dia tak merumitkan. Hehehe. Ajak je dia pergi mana mana mesti on. Sudi nak mememan dan suka berjalan. One more thing, dia bukan sealiran dan sama minat dengan aku. Tapi itu tak menjadi halangan. Why not bukan? Minat bukan ukuran untuk kita berkawan.
Maiy ni pun roomate aku juga. Dia lagi minat Taylor Binti Swift, Justin anak lelaki bieberiah dan seangkatan dengannya.
Dan yang terakhir Kity. Minat muzik tapi dari segi citarasa muzik kami ada sebuah tembok besar Cina yang menjadi pemisah. Diibaratkan seperti langit dan bumu. Dia adalah seorang Kpopers tegar, tepu dan true! Tapi citarasa muzik yang berbeza tak menjadi halangan untuk kami respect minat masing masing.
Topik yang aku akan kupas dalam bab ini ialah RESPECT dengan erti kata lain ialah HORMAT.
Satu scene yang aku sendiri boleh nampak dalam underground ni tak kesahlah aku, ataupun engkau yang sedang membaca kisah aku. Korang pernah nampak puak puak kecil yang sangat membenci minat orang lain. Sangat sensetif. Tak suka! Rasa nak fuck atas dahi orang yang tak sama minat dengan kau.
Betul atau tidak tu terpulang pada engkau. Kau sendiri yang menilai.
Aku bagi contoh general yang paling simple. Contohnya,
Kau tak suka pencinta pencinta Hardcore dengan alasan? Diorang poser lah! Apa barang pakai stokin tinggi! Nak main bola pergi padang lah dol!
Kau tak suka kelompok kelompok punk dan skinhead. Sebab apa? Ish, mabuk je tahu. Semua benda nak wasted! Macan tahik diorang kat dalam gig spikey kena kat aku sakit doh! Bukak lah boot bodoh steeltoe kau kena kaki aku!
Kau tak suka Metal sebab? Bunyi bising ah jerit jerit! Fuck metal hisap darah kambing! Buto lah black metal! Bingit doh!
....dan banyak lagi.....
Rileks. Jangan panas.
Aku bukan nak melaga lagakan sesiapa. Tapi...
Kalau kau respect minat orang lain, benda tu tak jadikan kau poser lah sial!
Underground ni diibaratkan satu dunia kecil. Mungkin ada yang dah jadi mainstream. Tapi sosok sosok underground ni tetap ada. Pusing kiri nampak aku, pusing kanan nampak kau. Orang yang sama.
Citarasa muzik kita, dan way of life kita adalah optional. Takda yang memaksa, takda juga yang mengekang. Its depends on yourself.
Same goes on ideology dan fahaman politikal dalam underground. Kalau dari segi tribe kau dah memang macamtu. Yes, memang macamtu. Kalau ada yang cuba mengubah tribe, kau adalah sejenis butoh dan poser. Okaylah, bab ni aku kupas lain kali sebab topic ni berat sikit dan agak menyentuh sensitiviti beberapa kelompok. Bahaya! Hahahaha.
Berbalik pada topic RESPECT tadi. Seriously beb, roommates aku boleh layan folks metal, boleh layan punk rock. Walaupun itulah pertama kali dalam hidup diorang dengar influence yang macamtu.
Siap boleh temankan aku beli patches. Masuk kedai yang jual jual baju band. Bukan first time tau. Banyak kali. Okay mungkin ni biasa kut.
Tapi...
Kauorang taktahu diorang siap boleh hafal lagi lirik lirik natang haramjadah tu. Kahkahkah.
To be honest, bila salah satu roomate aku pasang lagu Kpop dan dekat timeline twitter asyik gambar mamat mushroomhair dan muka jambu. Sakit beb! Hahahaha. Tapi bila kita fikir balik bila diorang larat nak tadah telinga masa kita pasang lagu Lamb Of God dalam bilik. Kita buat buat tak nampak jelah chuolls. Tak suka, kau pasang laa earphone. Taboo! Kahkah

YOU ARE READING
UNDERGROUND
RandomKisah yang dikongsi adalah diadaptasi dari secubit dua gula dan garam dalam kehidupan dan pengalaman penulis yang sebenar. Cerita, nama, lokasi dan garis masa diolah sesedap rasa demi kedamaian dan kemakmuran sejagat. Sekiranya engkau rasa engkau a...