11. BAND

48 4 0
                                    

Bila aku cakap tentang band. Aku rasa aku dah boleh agak apa dalam kepalahotak korang. Hehehe. Okay sebenarnya aku taktahu. Tapi kalau korang boleh refer balik bab 7, aku memang sejenis mangkuk ayun yang memang noob gila dalam music instrument. Kahkahkah.

Bakat tu ada lah sikit. Boleh bawak slow rock, grunge, stoner rock dengan jayanya tapi sebagai vokalis lah. Tbh, suara macam katak puru. Kahkaj. Kemon aku pun ada jugak band yang tak menjadi. Entah apa jadi dekat band projek tu pun aku taktahu. Kahkahkah.

Dulu masa aku baru baru nak up ni. Member member ramai yang tergila gila. Nak ada band. Tapi end up kau baru jamming sekali dua, terus bubar band engkau. Tak sempat nak buat apa apa pun. Nasib baiklah band aku dulu tak sempat nak jamming, aku dah tarik diri. Hahahahahaha.

Kalau kita sembang sembang pumpang pumpang pasal nak buat band blablabla apa lancau. Aku rasa biarlah benda tu jadi sembang kedai kopi. Sebab apa? Sebab kalau tak serius, kepala hotak akan serabut untuk hadap dengan banda bodoh ni. Contoh macam;

1. Komitmen

Engkauorang ingat senang ke doh nak ikut kepala hotak line up yang basically ada 4 ekor. 4 ekor = 4 otak. Kalau seekor tak kasi komitment, agak agak boleh pergi jauh tak impian korang tu? Aku rasa tak sampai setahun dah terkubur. Unless kalau kauorang buat band untuk suka suki. Berapa banyak band yang terkubur macam tu je sebab ahli ahli band tak kasi komitmen? Hahahahaha.

2. Bila ajak jamming taknak. Bila ajak practise dia mengelat.

Spesis ni dia akan kasi beribu alasan. Dan alasan yang terakhir dia kasi ialah dia keluar dengan makwe/pakwe. Takpun dia kasi alasan dia takda duit nak tong tong duit jamming tapi belanja makwe Mekdi ada pulak duit. Hahahahaha.

3. Malas

Pasal malas ni aku malas nak cakap. Malas study, practise sendiri dekat rumah pun malas padahal lagu semua dah ada. Malas nak pergi jamming. Malas nak keluar duit sikit. Malas malas malas.

4. Tak profesional.

Haa yang ni masalah aku kenapa aku malas nak main band. Tak perlulah aku nak petik nama band apa. Nak petik siapa nama bandmate aku. Tapi kauorang sendiri boleh fikir bila ada bandmate yang tak profesional yang jenis pentingkan penis dia sendiri. Mengayat awek dengan cara offer dia untuk main band. Padahal dia sendiri tahu niat dia lagi jahanam dari tu. Dia nak mengayat awek masuk kedalam neraka nafsu dia. Dasar si ikan iblis!

5. Perbezaan influence musik

Pembawakan musik yang berlainan pun boleh jadi punca perpecahan band. Contoh macam sorang ni gitaris band hadko, yang drummer dia pulak jiwa dia dekat heavy metal. Lepastu vokalis dia jenis suara ala ala pop punk. Tetiba band tu nak bawak genre heavy metal demi nak mengikut rentak brader drummer tu. Hmm hmmm. No komen lah sis.

6. Perbezaan ideologi.

Masalah yang ni aku takboleh nak komen apa apa. Sensetif orang kabo! Hahahahaha.

7. Tak matang.

Gaduh sikit terus nak keluar band dan lain lain.

Macam macam lah. Bukan setakat itu je. So kalau betul betul serius, teruskan. Kalau nak main main, biar terus jadi main main. Kalau rasa selesa nak tukar tukar line up atas alasan alasan yang tak munasabah pub teruskan. Itu hak individu. Tapi kau sendiri fikir lah, kalau tetibe dapat perform kat negara luar. And then bandmate kau ataupun kau sendiri bermasalah. Agak agak apa yang jadi eh?

P/S :- Pada band band yang masih ada. Tak kesahlah band kau bawak genre apa. Kipidap ler u gais. Jangan sekadar melepaskan kentut di tangga. Sekian

UNDERGROUNDWhere stories live. Discover now