Sampai sahaja ke tempat yang ingin ku tuju, aku segera keluar dari perut teksi sambil mengeluarkan not 20 berwarna jingga. Baki 6 ringgit dikembalikan. Setelah selesai berurus niaga bersama Abang Teksi. Aku segera melintas jalan untuk ke Studio Skyspace.
Kelihatan beberapa orang brother brother otai berbaju hitam sedang berbual diluar pintu Skyspace. Aku dengan muka kerek takboleh blah, terus membuka pintu studio. Rumah kedai dua tingkat dijadikan studio. Dibawahnya terdapat bengkel kereta yang sudah tutup. Cuma beroperasi disiang hari mungkin.
Aku menaiki anak tangga satu persatu untuk naik ke atas. Sampai sahaja di pintu atas studio, kelihatan akak menjual tiket sedang membetulakan tempat duduknya.
"Akak, belum start lagi ya?"
"Belum. Kejap lagi kut. Diorang kata lepas Maghrib. Banyak lagi band yang tak datang ni. Hujan kut agaknya"
Aku hanya menganguk akur. Sangkaan ku tepat. Jarang gig yang start on time kecuali atas sebab sebab tertentu. Susah nak predict. Mungkin cepat, mungkin lambat. Tak boleh nak salahkan band, tak boleh juga nak salahkan organizer dan crowd yang tak datang on time macam aku ni haa. Hehehe.
Aku hanya berdiri sambil menjenguk band yang sedang soundcheck di atas stage kontot. Ya ampun, handsome nya vokalis diaa. Usya drummer kejap. Hm tak nampak. Band apa tu? Dengar macam bunyi death metal. Persis.
Sejujurnya kalau dari aspek instrument, pendengaran aku jarang menipu. Ya benar. Bukan nak berbangga diatas kebolehan mengenalpasti perbezaan genre dan subgenre dalam beberapa kelompok dan pecahan muzik underground. Akan tetapi, ianya adalah sesuatu yang sangat berguna. Berguna supaya kita dapat mengklasifikasikan minat dan citarasa disamping dapat membantu memahami dan menambah ilmu secebis demi secebis.
Kunci yang paling utama ialah, mengkaji. Segalanya bermula dengan mengkaji. Banyakkan membaca dan bertanya. Susah tapi tak mustahil bukan?

YOU ARE READING
UNDERGROUND
RastgeleKisah yang dikongsi adalah diadaptasi dari secubit dua gula dan garam dalam kehidupan dan pengalaman penulis yang sebenar. Cerita, nama, lokasi dan garis masa diolah sesedap rasa demi kedamaian dan kemakmuran sejagat. Sekiranya engkau rasa engkau a...