Kesalahan

2.3K 192 21
                                    

Pada suatu hari di rumah Kaizo dan Fang

Kaizo - PANGGGG!

Fang - Yea abang ku yang serba kacak hari ini

Kaizo - Aku ingin berkata sesuatu dengan kau

Fang - *Menelan ludah* Abang nak cakap apa dengan adik? Abang nak marah adik ke sebab adik pergi letak kopi dalam kek yang adik buat tadi ke? atau abang nak marah adik sebab adik yang conteng muka abang semalam sewaktu abang tengah tidur ataupun abang nak marah adik sebab adik yang pergi buat Lahap sakit perut sebab adik tukarkan biskut Yaya kepada biskut yang sudah basi sebab adik nak tengok apa reaksi dia atau abang nak marah adik sebab adik yang pergi habiskan sup lobak merah abang semalam atau abang nak marah adik sebab adik pura-pura demam sampai tak nak datang sekolah hari tu? atau abang nak marahkan adik sebab adik pergi kenakan Boboiboy dengan mengecat rambut dia jadi putih?

Kaizo hanya mengangkat kening sebelah

Kaizo - Bukan tapi aku ingin katakan malam ni kita makan di luar sahaja tapi disebabkan kau mengaku dengan kesalahan kau, jadi aku ucapkan syabas. Jadi malam ni tidak perlu makan dekat luar sebab aku akan hukum kau dengan latihan tempur dan juga *Kaizo tersenyum sinis* kau tidak dibenarkan mengemas dan juga memasak selama sebulan

Fang - Ta-ta-tapi... siapa nak kemaskan rumah dan masakan untuk abang nanti?

Kaizo - Faye boleh lakukan itu semua

Selepas itu, sepanjang hari Fang duduk di tepi dinding sambil memeluk lututnya. Dia menghayunkan badan dia kebelakang ke depan kebelakang ke depan sebab tak dapat nak kemaskan rumah dan juga memasak selama sebulan. Kaizo hanya tersenyum sinis kerana berjaya menghukum Fang dengan tidak membenarkan adiknya membuat kerja kesukaan dia. Kaizo rasa sangat bahagia pada hari itu sebab tiada tekanan sakit jiwa yang diberikan oleh adiknya

Sesi MerapuWhere stories live. Discover now