Ejen

860 82 20
                                    

Pada suatu hari di rumah Fang dan Kaizo

Fang - Abang

Kaizo - Kau nak apa?

Fang - Adik tak nak jadi superhero dah.. adik nak letak jawatan sebagai ahli pasukan TAPOPS. Biarkan sahaja si Boboiboy tu jadi tukang selamatkan power sphera dekat galaxy

Kaizo - Apasal kau tiba-tiba nak berhenti pulak ni? Kau terhantuk kepala dekat mana-mana ke?

Fang - Takde

Kaizo - Habis tu? APA ALASAN KAU UNTUK BERHENTI MENJADI AHLI PASUKAN TAPOPS?

Fang - Alasan adik adalah.. ADIK INGIN MENJADI EJEN YANG SUPER COOL MACAM EJEN RIDZWAN!

Kaizo - Siapa pulak tu?

Fang - Abang ni.. mesti tak tengok TV kan.. dia adalah seorang ejen yang sangat setia dengan M.A.T.A, suka buat kerja bersendirian, cara dia berlawan pun super cool sampai mata adik bersinar-sinar melihatnya. Adik sudah ada idola baru

Kaizo - Apa-apalah kau tapi wujud ke M.A.T.A ni? Atau kau hanya mimpi di siang hari

Fang - MANA ADA! Tak percaya, tanya si Rizu

Rizu - Betul betul.. Pizu tahu M.A.T.A tu wujud. Pizu pun nak jadi ejen juga! YAH YAH YAH! Pizu akan menjadi seperti ejen Ridzwan! Nama kita orang pun sama.. nama betul Pizu kan Ridzwan juga! YEAHHH!

Fang - Kita berdua akan menjadi super ejen yang terhebat! DAN JUGA EJEN YANG PALING POPULAR! HAHAHAHAHAAA!

Kaizo - Suka hati koranglah.. aku malas nak masuk campur

Fang - Bagus abang, bagus abang tak masuk campur. Dengan itu, adik dan Rizu akan pergi ke M.A.T.A Academy untuk melaporkan diri! Jumpa lagi abang!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dua hari kemudian

Fang - ABANG!

Kaizo - Awal betul kau balik.. dah jadi super ejen ke?

Fang - UWAAAAAAAAAA!

Kaizo - Apahal pulak ni?

Fang - Dia orang tak nak ambik adik jadi ejen M.A.T.A ... UWAAAAAAAAAA! Dia orang kata adik ni tak patut tinggalkan pasukan adik dan tidak patut pentingkan diri sendiri. Dia orang cakap, jadi ejen ni bukan sebab popular. Setiap ejen akan bergerak secara rahsia TAPI ADIK ADA PENGALAMAN TU! Adakah dia orang tidak tahu bahawa adik menyamar menjadi manusia dan mendekat Boboiboy dan yang lain, dan terus kita menjadi kawan. Ramai yang bertanggapan adik ini adalah seorang manusia berbangsa cina tetapi mereka sudah silap! Adik sanggup rampas jam kuasa kawan-kawan hanya kerana untuk selamatkan mereka daripada kena belasah dengan abang dan Lahap. Lepas tu adik sanggup ambik balik jam kuasa kawan-kawan adik dan berikan kepada mereka balik. Dari saat itulah adik terpaksa berlawan dengan abang untuk buktikan bahawa adik bukan lagi Prebet Pang yang lemah! HAHAHAHAHAAA!

Kaizo - Baguslah tapi apasal kau tak cerita dekat dia orang

Fang - Errr.. adik lupa.. hehehehehe...

Kaizo - Lupa atau terlampau seronok sangat dekat sana

Fang - Err... entah... tapi takpe, adik sudah berpuas hati kerana dapat bergambar dengan semua ejen! Kecuali ejen Ridzwan.. entah ke mana dia pergi

Kaizo - Hmm.. baguslah tu tapi mana Rizu? Jangan cakap dia yang dapat masuk jadi ejen pulak

Fang - Bukanlah abang.. dia ada dekat pintu tu, tengah main dengan seekor kucing. Dia kutip dekat M.A.T.A Academy

Rizu - Ha ah, Pizu bawak balik kucing comel ni.. macam takde orang bela aje. Jadi Pizu ambik ajelah

Kaizo - Entah-entah kucing tu sebenarnya adalah seekor ejen. Main ambik aje korang ni...

Rizu - Wuuuu.. ejen kucing, bestnya!

Kaizo - Pang!

Fang - Yea abang

Kaizo - Disebabkan kau tak jadi ejen.. dengan itu, aku akan lantik kau jadi ejen

Fang - ABANG NAK JADIKAN ADIK SEBAGAI SEORANG EJEN! YAHOOOO!

Kaizo - Yea, ejen tukang kemaskan dapur. PERGI KEMASKAN DAPUR TU CEPAT! DAN MASAKAN UNTUK ABANG SEKALI!

Fang - ABANGGGGGG!

Kaizo - Kau nak kena hukuman dari aku ke?

Fang - Tak habis-habis dengan hukuman.. entah apa yang abang buat dekat dapur sampai nak suruh adik kemaskan.. apalah abang ni, tahu buat kerja tapi tak reti nak kemaskan balik

Sambil membebel seorang diri, sambil itulah Fang kemaskan dapur dan juga masakan untuk abang dia. Rasa macam perempuan pulak si Fang ni.. hehehee... Di M.A.T.A Academy, Ejen Ali mencari-cari kucing dia yang bernama Comot. Kasihan dia, seluruh tempat dia mencari Comot tapi tak jumpa.. hehehee...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hehe.. maaf kalau tak best 

Sesi MerapuWhere stories live. Discover now