Peminat

1K 99 5
                                    

Pada suatu hari, sedang Fang sibuk buat kerja sekolah

Kaizo - PANG!

Fang - Abang nak apa? Adik tengah buat kerja sekolah, abang sudah datang menyibuk pula. Abang pergilah buat kerja abang sendiri tanpa ganggu adik dekat sini

Kaizo - Menjawab pulak budak ni. Pang! Aku panggil kau ni sebab aku nak kau pergi halau peminat kau dekat luar tu. Buat bising aje tahu

Fang - Abang, itu bukan peminat adik.. itu peminat abang. Abang sendiri tahukan yang diri abang tu tersangatlah famous dikalangan gadis-gadis di bumi ini. Semuanya nak yang handsome aje, nak yang bergaya aje, nak yang macam ala-ala anime aje. Kalau pasal garang tu, adik tak pasti.. hehehee.. tapi itulah pilihan hati mereka. Abang pergilah bergambar dan berseronok dengan dia orang. Layan peminat abang sendiri

Kaizo - Habis tu, kau sebelum ni tak pernah layan peminat ke?

Fang - Errrr... entahlah, tak ingat sebab abang suka sangat ketuk kepala adik dengan periuk besi *Fang tersenyum lebar di situ*

Kaizo - Hmm... Sudah! Suruh mereka pulang sahaja ke rumah. Nak memekik aje dekat depan rumah aku

Fang - Baik abang tapi sebelum itu..

10 minit kemudian, Fang sudah berpakaian seperti abang dia. Siap dengan helmet dan pedang tenaga sekali. Berkerut-kerut dahi Kaizo

Kaizo - Apa yang kau cuba lakukan?

Fang - Abang tengok sahajalah

Dengan hati yang bersemangat tinggi, Fang terus keluar dari rumah. Kaizo malas hendak melayan karenah adiknya dan juga peminat-peminatnya. Dia terus menikmati teh hijaunya. Tidak sampai 5 minit, Fang sudah kembali masuk ke dalam rumah dengan badannya berbau seperti telur busuk. Muka dia penuh dengan kesan-kesan tepung, ada sampah sarap melekat di rambut dan helmet Fang. Cermin mata dia terkena tomato busuk tetapi pada saat dia kena baling dengan sampah, ada juga pergi rakamkan saat-saat itu dan tidak sabar untuk upload di Facebook nanti

Kaizo - Kenapa dengan kau?

Fang - Peminat abang tak nak terima adik sebagai pengganti abang. Dia orang tetap nak abang ku yang super macho ni tapi sombong dengan peminat dia

Kaizo - Atau sebab kau tak reti nak layan mereka? Biar aku sahaja yang pergi halau mereka semua

Fang - Abang nak kejar peminat-peminat abang dengan pedang tenaga abang ke?

Kaizo tidak membalas soalan adiknya tadi. Dia terus keluar dari rumah, makin bising dibuat oleh peminat-peminatnya. Fang pergi melihat apa yang abang dia akan buat. Dia sudah tersenyum lebar apabila abang dia keluarkan pedang tenaga tetapi para peminat di luar kawasan rumah sudah menjerit-jerit sambil mengambil gambar Kaizo dengan pedang tenaga dia

Fang - Makin suka pulak dia orang ni

Kaizo mula bergerak ke depan untuk berikan amaran supaya tidak menganggu kawasan rumah dia tetapi semakin kuat para peminat dia menjerit kerana Kaizo nampak sangat kacak dari dekat. Mereka sudah tidak sabar untuk bergambar dengan Kaizo. Mereka menjerit nama Kaizo berulang kali dan ada juga yang membawa sepanduk bertuliskan 'I LOVE YOU, KAIZO'

Kaizo - Kamu semua ni.. memang nak kena dari aku. Baiklah.. aku akan berikan gaya posing aku yang sangat menakjubkan. Biar kamu semua tidak tidur lena malam nanti

Fang terus menepuk dahinya kerana Kaizo pergi buat persembahan ala-ala fashion show di depan peminatnya. Kaizo bergaya dengan pedang tenaga dia dan dia ada buat aksi sedang berlawan dengan musuh-musuh dia. Ramai yang hampir pengsan di situ dan teriakan mereka semakin menjadi-jadi. Kaizo tersenyum sinis di situ dan dia teruskan lagi dengan gaya yang seterusnya

Fang - Hampeh betul abang aku ni. Ingatkan nak halau dia orang. Tengok-tengok dia pun pergi buat aksi gaya cool dia.. sekarang ni, siapa yang tak betul, adik atau abang?

Ratu Lily - Dua-dua sama aje perangai

Fang - HA-HANTU RATU LILY! LARI!

Ratu Lily - Bukan aku memang hantu ke? Aku muncul ni pun sebab saja-saja dan sebab author baik hati sangat nak munculkan aku di fanfic Sesi Merapu! dan juga tidak lupa kerana peminat-peminat ku sangat rindu dengan diri aku! AKU LEBIH POPULAR DARI SI LILY TU! HAHAHAHAAA

Fang sudah lari keluar dari rumah dan terbang pergi dengan helang bayangnya. Kaizo pula, masih lagi dengan aksi dan gaya cool dia. Sekian, terima kasih.. hehehee

Sesi MerapuWhere stories live. Discover now