Experiment

1.5K 119 11
                                    

Part I

Pada suatu hari..

Fang - Oh abang ku yang terlebih kacak, bagaikan seekor beruang sedang bermandi-manda di dalam kolam lumpur

Kaizo - APA KAU CAKAP PANG!

Fang - Adik cakap abang ni terlebih kacak tapi abang tak nampak macam kacak. Adik nampak abang ni terlebih macho bagaikan seorang putera katak dari istana tasik yang selalu muncul di bawah cahaya bulan purnama

Kaizo - Adik aku ni makan apa sampai merapu begini?

Fang - Adik terlebih makan biskut Yaya sebab dia cakap, dia sudah menukar resepi biskut tersebut. Adik ada rasa terlebih ceria sangat, rasa macam berada di atas awan. Cuba abang rasa biskut dia

Kaizo - Betul ke biskut ni boleh buat abang ceria atau kau yang terlebih ceria?

Fang - Betul abang *Fang buat muka comel seperti seekor anak kucing*

Kaizo ambil biskut yang ada aura-aura kepelikan itu dan lalu dia makan. Terus dia pengsan

Fang - YES! ABANG AKU AKHIRNYA PENGSAN! TEKNIK MERAPU BERJAYA!

Kaizo - OH! KAU NAK KENAKAN ABANG YEA!

Fang - ERKK! Macam mana abang boleh bangun balik? *Menggigil Fang melihat muka abangnya yang menakutkan itu*

Kaizo - Macam mana abang boleh bangun balik? Soalan yang bagus.. abang telah dapat tahu dari kawan perempuan kau iaitu budak pink yang bernama Yaya, telah melaporkan kepada abang yang kau telah beli biskut dari dia. Jadi abang terfikir yang kau mesti nak kenakan abang dengan biskut tu. Secara tidak langsungnya, abang telah menukarkan biskut kawan kamu kepada biskut yang abang beli dari kedai tadi. Kecuaian kau juga sebab letak biskut tu di atas meja kau sendiri, jadi abang dapat jalankan rancangan abang dengan tenang. Pandai tak abang?

Fang - Hehehehe... pandai *Fang tersengih*

Kaizo - Bagus.. sekarang tiba masa untuk aku tunjukkan kesadisan aku yang sudah terlajak ni.. PEDANG TENAGA

Fang - AMPUNKAN SAYA ABANGGGGG!

Kaizo - Tiada ampun dari aku! Hahahahaaaaaa!

Kaizo terus mengejar adiknya sehinggalah Fang terpaksa menjalani hukuman latihan tempur versi biskut Yaya. Setiap kali Fang kalah, dia terpaksa telan sebungkus biskut Yaya tetapi kenakalan Fang tidak akan berhenti di situ sahaja

------------------------------------------------------------------

Part II

Fang - ABANG!

Kaizo - Kau nak apa? Nak kenakan aku lagi dengan kenakalan kau yang tahap membuatkan aku sakit kepala

Fang - Hehehee... pandai abang ni. Nah abang, adik buatkan air khas untuk abang supaya kesakitan di kepala abang dapat berkurangan *Fang tersenyum lebar tanpa rasa bersalah*

Kaizo mengangkat kening sebelah dan mengambil segelas air itu dari tangan adiknya. Dia bau dahulu air itu dan lalu dia minum tanpa rasa ragu-ragu. Tidak sampai seminit, dia telah bertukar menjadi seekor anak itik

Kaizo - KEGILAAN APAKAH INI?!

Fang - YEAHHH! DRAMA ABANG KU SEEKOR ANAK ITIK TELAH BERMULA! Abang comellah jadi anak itik

Kaizo - COMEL KAU CAKAP! AKU INGATKAN KAU BETUL-BETUL NAK KURANGKAN SAKIT KEPALA ABANG TAPI KAU TAMBAHKAN LAGI! NAK KENA KAU NI!

Tapi apa yang Fang dengar, hanyalah Quack quack quack quack. Mata dia bersinar-sinar melihat kecomelan anak itik itu mengamuk tak tentu pasal

Kaizo - Dari mana kau dapat air untuk tukar abang jadi anak itik?

Fang - Kenapa abang nak tahu? abang pun nak tukarkan adik jadi anak itik ke?

Kaizo - Sah adik aku dah tak berapa nak betul. Ini mesti akibat terlalu banyak sangat hukuman latihan tempur sampai otak dia pun jadi tak betul dah *bisik Kaizo* Abang nak tahu sebab abang nak pergi hukum orang tu

Fang - OHHH! Tapi adik yang buat formula tu. Ceritanya begini, semalam adik pergi ke makmal Emmy untuk mengadakan experiment kerja sekolah mata pelajaran sains. Lepas dah dia tu, Emmy bagilah adik ciptakan satu formula khas tapi adik sendiri pun tak tahu kegunaan formula itu. Jadi abang bagilah formula tu dekat abang sebagai bahan experiment

Berasap-asap kepala anak itk itu

Kaizo - TAKDE ORANG LAIN KE KAU NAK JALANKAN EXPERIMENT TU?

Fang - Takde sebab adik yakin yang abang akan dapat mengatasi experiment ini dengan tenang!

Kaizo - TENANG KAU CAKAP! SUDAH! TUKARKAN ABANG BALIK! ABANG SUDAH TIDAK SABAR UNTUK MENGHUKUM KAU!

Fang - Yelah.. adik rela aje kena hukuman dari abang. Nah, minum air ni

Tetapi Kaizo bukan bertukar menjadi diri dia balik. Kaizo berubah menjadi seekor dinosaur iaitu dinosaur T-Rex. Fang menelan ludah melihat abang dia menjadi dinosaur. Dia ingatkan formula itu dapat pulihkan abang dia tapi dia sudah silap. Emmy berikan formula yang salah kepada Fang. Habis musnah rumah mereka akibat Kaizo si dinosaur

Kaizo - Jadi dinosaur? Boleh juga ni... PIJAK DIA!

FANG - ABANG AKU SEEKOR DINOSAUR! LARI!

Ramai yang larikan diri daripada dinosaur yang sedang mengamuk itu tetapi mereka tidak tahu yang dinosaur itu hanya tertumpu kepada seseorang sahaja iaitu Fang. Gopal sempat lagi buat duit iaitu bertangkap gambar sambil larikan diri daripada keamukan dinosaur. Dia akan letakkan orang itu di sebelah Fang, dan terus tangkap gambar dalam kejaran itu

Boboiboy - Kalau abang kau tak tinggal dekat sini, memang akan bosan kehidupan kita semua tapi bila dah jadi huru hara, habislah semua panik kerana kenakalan kau terhadap abang kau yang memang suka sangat mengamuk tahap ganas... sabar ajelah *Boboiboy menepuk dahinya sendiri*

Sesi MerapuWhere stories live. Discover now