Kekasih?

1.3K 113 4
                                    

"DONUT LOBAK MERAH!"

"Makanlah Fang! Aku yang buat ni biskut ni rupa donut lobak merah" Fang sudah telan biskut tadi dan rasa nak muntah balik kerana baru dia tahu, bahawa itu biskut perisa donut lobak merah tetapi perisa biskut Yaya yang tidak begitu sedap. Muka Fang naik hijau dan terus dia pengsan di situ "ERK! FANG!"

"Haiyaaa.. apa lu sudah buat dekat kawan kita ni"

"Aku tak buat apa-apa, aku cuma bagi dia biskut rupa donut lobak merah aje. Kau nak rasa tak, Ying?" Yaya terus tunjuk sekeping biskut dalam bentuk muka Ying. Apa yang Ying nampak dekat biskut, aura-aura hitam keluar dari biskut tersebut "Meh lah cuba biskut resepi terbaru aku. Sedap tau"

"Wei, biskut lu tak sedap maaa... sebab tu si Fang ni pengsan. Apa nak jadi dengan lu ni, cubalah rasa biskut kau tu sendiri"

"BISKUT AKU SEDAP LAH! SAMPAI SI LAHAP ORDER BISKUT AKU SETIAP HARI!" marah Yaya kepada Ying. Diri dia sudah siap terapung di udara sambil melihat Ying

"TAK SEDAP!"

"SEDAP!"

"TAK SEDAP!"

"SEDAP!"

"Memang tak sedap pun biskut kau tu, Yaya.. adeh, menyesal aku pergi makan. Ingatkan dah insaf si Yaya ni, rupanya tak"

"APA KAU CAKAP, FANG!" Yaya mula keluarkan aura kuasa dia yang berwarna pink itu "APUNGAN GRAVITY!" Fang terus terperangkap di dalam bola kuasa Yaya

"ERK!" Fang terkejut dengan tindakan Yaya "WEI YAYA! LEPASKAN AKU!"

"KAU CAKAP BISKUT AKU TAK SEDAP! RASAKAN SERANGAN DARI AKU! HEMPASAN GRAVITY!" Habis Fang di hentam oleh Yaya "HEMPASAN GRAVITY! HEMPASAN GRAVITY!"

"Aiyoo... banyak takut kawan aku ni.. baik aku larikan diri dulu.. LARIAN LAJU!" Ying terus larikan diri daripada keganasan Yaya dan Fang pula, makin lama makin rasa nak muntah. Benjol di kepalanya sudah timbul sehinggalah Yaya hentikan serangan dia

"Adoi... sakitnya kepala aku ni"

"Tahu pun! Lain kali, jagalah hati kawan"

"Habis tu.. kau nak aku tak jujur dengan kau? Begitu ke? Kalau macam tu.. aku akan jujur dengan kau bahawa.."

"PANG!" Terkejut Fang dan Yaya dengan jeritan kegarangan Kaizo "PANG! MANA SUP LOBAK MERAH ABANG? KAU NI MERAYAP AJE TAHU!" Kaizo terus piat telinga adiknya dan heret adiknya balik rumah. Yaya sudah terbang untuk selamatkan diri dia daripada Kaizo yang garang itu

"ADEH ADEH! SAKITLAH ABANG! JANGANLAH PIAT TELINGA ADIK!"

"APA AKU KISAH! SUP ABANG KAU TAK BUAT LAGI, BOLEH PULAK KAU PERGI MERAYAP.. NAK PERGI TENGOK SANGAT KEKASIH KAU TU!"

"ABANGG! BILA MASA ADIK ADA KEKASIH!"

"HABIS TU, DONUT LOBAK MERAH TU BUKAN KEKASIH HATI KAU? Kalau bukan donut tu.. siapa? Yaya? Ying? ATAUPUN GADIS ALIEN DARI PLANET LAIN? KECIK-KECIK DAH PANDAI NAK BERCINTA PULA..."

Kasihan Fang, terpaksalah dia dengar ceramah dari abangnya. Masa tengah masak sup lobak merah pun, abang dia masih lagi berleter sehinggalah Fang tidak tahan dengan leteran abangnya, jadi dia mengambil keputusan drastik

"Abang!" Terus Kaizo berhenti membebel di dalam dapur

"Kau nak apa, Pang?"

"Sebenarnya... adik memang tengah bercinta sekarang.. adik bercinta dengan.." Belum sempat Fang nak habis ayatnya, Kaizo sudah pun berikan serangan dari pedang tenaga dia kepada adiknya "ABANG! TUNGGULAH ADIK HABIS CERITA!"

"APA ABANG KISAH! PEDANG TENAGA!" Maka Fang terpaksa lari untuk selamatkan dirinya daripada abang dia yang sedang mengamuk tak tentu pasal "MARI SINI KAU, PANG! AKU NAK AJAR KAU SECUKUP-CUKUPNYA! TOLAKAN TENAGA! PEDANG TENAGA! GARI TENAGA!"

"TIDAKKKKKKKKKK!"

Hahahahaa... author tak tahulah apa yang author tulis xD main hentam sahaja

-Jumpa lagi-

Sesi MerapuWhere stories live. Discover now