Arnab dan Itik

1.2K 111 12
                                    

Pada suatu hari, di rumah Fang dan Kaizo

Kaizo - KENAPA ADA BANYAK SANGAT ARNAB DEKAT RUMAH AKU NI?

Boboiboy - Ma-maaf abang Kaizo.. si Fang tu nak uji abang Kaizo

Kaizo - Uji apa?

Gopal - Dia suruh abang Kaizo teka yang mana satu arnab yang betul

Kaizo - Maksud kau?

Gopal - Fang telah menukarkan diri dia menjadi seekor arnab dengan bantuan dari Emmy, dan dia menyuruh abang Kaizo meneka yang mana satu adik abang Kaizo yang sebenarnya

Kaizo - Oh begitu, kenapa dia nak uji aku?

Yaya - Sebab dia nak tahu sebanyak mana kasih sayang abang Kaizo kepada dia

Kaizo - Aku sudah berikan dia macam-macam, bermanja dengan aku, gaduh dengan aku, ketuk kepala dia, buat kepala aku pening, suka sangat berkawan dengan si pelik tu, suka bagi aku makan benda yang pelik-pelik, buli dia dalam bermacam-macam cara, bagi dia hukuman latihan tempur dan paling penting sekali, guna kad kredit aku tanpa pengetahuian aku. Itu pun masih lagi tak cukup kasih sayang dari aku?

Ying - Hehehee... dia tu memang macam tu.. suka sangat bagi idea yang pelik-pelik dan nakal maaa tapi idea dia semuanya tak masuk akal

Kaizo - Hmm.. baiklah, aku akan teka mana satu adik aku yang sebenarnya tapi kenapa ada sesat seekor landak di sini?

Lalu Boboiboy mengangkat landak itu dan masukkan ke dalam sangkar. Lily si itik suka pula diri dia di kelilingi dengan arnab tapi yang paling seronoknya, kesemua arnab itu telah diikatkan sebuah ribbon pink di telinganya. Kaizo masuk ke dalam dapur sebentar dan 10 minit kemudian, dia keluar dengan sebuah mangkuk yang penuh dengan potongan lobak merah

Kaizo - Baiklah, aku mahu berseronok dulu.. siapa mahu lobak merah ni?

Semua arnab tersenyum dengan mata bersinar-sinar mereka sambil melihat lobak merah itu di tangan Kaizo. Semuanya angkat tangan kanan

Boboiboy - Hehehe.. comel pula tengok

Kaizo - Bagus.. semua nak yea.. beratur cepat kalau nak

Arnab-arnab itu beratur dengan sukanya, termasuklah Fang sekali. Kaizo berikan satu per satu lobak merah itu kepada arnab-arnab tersebut

Boboiboy - Pelik betul aku, arnab-arnab ni pandai pula dengar cakap abang Kaizo tapi salah satu daripadanya mestilah dengar cakap sebab arnab itu adalah Fang

Gopal - Tahu takpe, Boboiboy. Ini mesti si Fang sudah latih arnab-arnab yang lain supaya dengar cakap abang Kaizo

Yaya - Tapi comel pula tengok arnab ni beratur tadi.. hehehee

Ying - Yolah yolah.. aku pun rasa geram, rasa macam mahu peluk aje

Tiba-tiba salah satu arnab minta satu lagi lobak merah daripada Kaizo

Kaizo - Hmmm... ini bukan adik aku

Boboiboy - Aik, macam mana abang Kaizo tahu?

Kaizo - Kerana arnab tu takde bau lobak merah.. aku sudah tahu mana satu dia

Mata Kaizo melihat arnab-arnab itu sehinggalah mata dia terjatuh kepada salah satu arnab yang ada di celah-celah kerusi. Arnab itu sedang makan secara sopan bukan gelojoh. Kaizo mengangkat kening sebelah dan lalu dia pegang kedua telinga panjang arnab itu. Dia angkat arnab itu yang sudah tersenyum lebar

Fang - YEAHHH! ABANG DAPAT MENEKA YANG MANA SATU ADIK ABANG YANG TERCOMEL NI!

Kaizo - Comel konon.. kau takde benda lain ke nak buat?

Sesi MerapuWhere stories live. Discover now