Teh Hijau

1.2K 106 3
                                    

Pada suatu hari, pada malam minggu yang penuh dengan gelak ketawa dari Fang kerana dia asyik menonton cerita lawak sahaja, muncul Kaizo di depan mata Fang

Kaizo - PANG!

Fang - Abang nak apa? Adik baru nak rehatkan diri, tak kan abang nak suruh adik pergi latihan tempur lagi sekali. Sekarangkan sudah pukul 1 pagi, yang abang tak tidur lagi kenapa? Abang buang tabiat ke? atau abang rindukan seseorang sampai abang tak boleh nak tidur atau abang rindu nak luangkan masa bersama adik?

Kaizo - Apa yang kau merapu ni? Aku panggil kau sebab aku nak tanya.. mana teh hijau abang? Kau minum sampai habis ke? dan kenapa kau tak tidur lagi. Bukan ke esok kau sekolah

Fang - Esok adik cuti lerr...

Kaizo - Cuti yea.. esok latihan tempur sebagai hukuman tak tidur lagi. Sekarang.. mana teh hijau aku?

Fang - Abang sendiri yang habiskan, lepas tu salahkan adik pula.. tak kan abang lupa atau abang sengaja cari alasan untuk berikan hukuman latihan tempur dekat adik?

Kaizo - Bila masa aku yang minum? Abang tak ingat pun

Fang - Abang, ceritanya begini.. tersebutlah kisah alien adik beradik yang bernama Fang dan Kaizo...

Kaizo - Ni nak bersyair ke apa? *bisik Kaizo*

Fang - Abang ku yang bernama Kaizo, sedang mengambil bau teh hijaunya di waktu pagi hari yang tenang. Aroma teh hijau itu membuatkan abang tenang. Tiada gangguan yang ada sehinggalah saat abang hendak menghirup air teh hijau itu buat pertama kali untuk hari itu. Lily si itik, Pikachu dan Shadow bermain kejar-kejaran di dalam dapur dan terlanggarlah tangan abang. Cawan yang ada di tangan abang, terhempas di atas lantai dapur. Selepas itu, abang mengamuk tak tentu pasal. Abang menghalau ketiga-tiga haiwan itu keluar dari rumah kita. Selepas itu, abang terpaksa buat teh hijau yang baru. Abang sudah kembali tenang tetapi gangguan kedua pula hadir tanpa dijangka iaitu Lily. Seorang gadis yang suka menjerit sesuka hati sahaja. Dia masuk ke dalam rumah kita dengan sesuka hatinya dan terus menjerit dengan nyanyian terbaru dari beliau iaitu lagu Itik gembo-gembo

Kaizo - Lagu apakah itu?

Fang - Adik nyanyikan lagu ini, khas untuk abang... ITIK GEMBO-GEMBO! AYE KEDEK-KEDEK, BILO TEMBOK, JALAN SEIRINGE, MUKA COME LOTE, PEEL BIAR MOLEK.. itu ajelah adik hafal tapi apa-apa sahaja yang kaitan dengan abang, mesti ada perkataan itik dekat lagu dia tu

Berkerut-kerut dahi Kaizo. Dia rasa, dia perlukan style rambut baru yang tiada kena mengena dengan itik ataupun landak ataupun mana-mana jenis haiwan yang wujud di dunia ini atau di planet-planet lain

Kaizo - Lepas tu apa jadi?

Fang - Lepas tu.. teh hijau abang tumpah sebab abang terkejut dengan jeritan nyanyian Lily tadi. Jadi abang pergi kejar dia, sampailah dia pergi sorok di bawah katil Boboiboy. Lepas tu abang terpaksa buat balik teh hijau untuk kali ke 3. Setelah abang dapat ketenangan yang abang mahukan, maka abang dengan rasminya, dekatkan bibir abang dengan cawan itu tetapi abang telah diganggu oleh celoteh dari Rizu. Bermulalah serangan celoteh Rizu di situ, sehinggalah abang tertidur di dalam dapur dan teh hijau abang tumpah dekat atas baju abang

Berkerut-kerut dahi Kaizo lagi sekali

Fang - Dan selepas itu, abang tidak dapat nak mengamuk kerana Rizu sudah pun keluar bermain dengan Idoli. Barulah abang dapat ketenangan balik dengan membuat teh hijau untuk kali ke 4 tetapi.. abang telah di ganggu oleh adik pula kali ini. Adik menjerit nama abang sekuat hati dan menyebabkan air teh hijau abang tertumpah di atas lantai dapur

Kaizo berkerut dahi lagi sekali

Fang - Adik panggil abang sebab adik perlukan duit untuk beli barang dapur tetapi abang mengamuk kerana dari tadi lagi tidak dapat mendapat menikmati air teh hijau abang. Adik dengar sahajalah bebelan abang dan sambil itu abang telah membuat air teh hijau lagi semula dan itu adalah teh hijau yang terakhir. Abang membebel di dalam dapur dan adik nampak muka abang kemerah-merahan kerana ingin mengamuk tak tentu pasal. Adik terpaksa buat sesuatu iaitu dengan mengetuk kepala abang dengan kuali besi sekuat hati sehinggalah timbul satu benjol besar di kepala abang

Kaizo - Lepas tu apa jadi? Abang pengsan ke?

Fang - Abang belum lagi pengsan tapi abang terus mengamuk tak tentu pasal sehingga membuat teh hijau terakhir abang tertumpah di atas lantai lagi sekali. Di dalam keamukan itu, adik berjaya mengetuk kepala abang lagi sekali dan barulah abang pengsan. Begitulah al kisah kehabisan teh hijau

Kaizo - Begitu yea... syabas aku ucapkan

Fang - Ke-kenapa?

Kaizo - Sebab kau mengaku sendiri yang kau buat abang pengsan dan lupa tentang kehabisan teh hijau itu *Kaizo terus keluarkan pedang tenaga dia* Sekarang sudah tiba masanya untuk menghukum kau!

Fang - ERK?! LARI!

Kaizo - MANA KAU NAK LARI! MARI SINI! KAU BELUM MULAKAN LAGI HUKUMAN LATIHAN TEMPUR!

Kaizo terus mengejar adiknya dengan pedang tenaga, sehinggalah matahari  sudah terbit. Akhirnya Fang telah berjaya ditangkap oleh Kaizo dan lalu dia ikat dan gantung adiknya di pokok. Dia pula duduk di kerusi cafe sambil menikmati teh hijaunya

Fang - ABANGGGGGG! LEPASKAN ADIK!

Fang terpaksa elakkan diri daripada di pukul oleh sekumpulan kanak-kanak dengan kayu plastik. Kaizo letak pelbagai gula-gula dan chocolate di badan adiknya

Kaizo - Ketenangan *sambil pejamkan mata dan terbayangkan diri dia berada di tempat yang tenang* Habis teh hijau aku ni, baru aku pergi hukum adik aku

Sesi MerapuWhere stories live. Discover now