Duduk Rumah

448 30 4
                                    

Boboiboy - Semenjak PKP ni, aku sibuk tolong Tok Aba. Boleh dikatakan setiap hari ada orang buat pesanan makanan dan aku pula, berpecah kepada tujuh. Seorang pergi hantar makanan, yang lain tolong Tok Aba tapi aku dengar cerita dari Ochobot, si Ice tidur aje kerja dia. Blaze dan Thorn, Tok Aba paksa dia orang pergi main game. Mereka akan dipanggil bila perlu sahaja. Ochobot pula, jadi delivery robot.. hehehe.. seronok juga duduk rumah tapi tak seronoknya, tak dapat nak jumpa kawan-kawan. Kita orang hanya dapat video call sahaja. Bersemangat semua!

Gopal - Semenjak PKP ni, boleh dikatakan setiap hari aku main game. Semua game yang aku, semuanya aku dah menang! MEMANG BEST! Tapi yang tak bestnya, tak dapat nak pergi beli game baru.. adeh, bertabahlah Gopal. Terpaksalah main game yang sama berulangkali. Paling best sekali, bila takde makanan nak makan, aku gunakan kuasa aku iaitu menukarkan object yang ada dalam rumah aku ni, menjadi MAKANAN! Hahahahaha! Tak perlu susah-susahkan amma aku pergi masak atau keluar beli barang.. hehehehe

Yaya - Semenjak PKP ni, aku sentiasa dapat idea baru untuk buat biskut tapi yang sedihnya, tiada siapa nak rasa. Aku selalu nampak Taufan keluar dari rumah sebab nak hantar makanan. Nak panggil dia tapi mesti dia tengah sibuk. Jadi aku suruh adik aku jadi tukang rasa. Yang peliknya, dia selalu larikan diri. Tak tahulah kenapa. Selain daripada itu, aku mengambil peluang ini untuk mengulangkaji dan belajar benda baru! Rasa rindu pula dekat sekolah. Apa khabar kawan-kawan aku? Rindu pula dekat dia orang

Ying - Semenjak PKP ni, aku selalu tolong mama aku kemas rumah, masak makanan untuk kami sekeluarga, tolong jaga nenek dan paling penting sekali, aku tidak akan lupa untuk ulangkaji mata pelajaran! Kadang-kala aku mahu sahaja lari ke rumah kawan-kawan aku. Kuasa aku boleh mempercepatkan pergerakan aku tapi peraturan tetap peraturan. Aku patut mematuhi peraturan PKP walaupun aku mempunyai kuasa yang hebat. Rindu tu memang rindu, tapi kita semua harus tabah dan bersemangat! Lagipun aku dan kawan-kawan aku sentiasa buat video call. Selalu bertanya khabar dan selalu memberikan semangat antara satu sama lain!

Faye - Semenjak PKP ni, aku terpaksa duduk dekat rumah Bella sebab sepupu aku si Fang tu, takde pula. Aku tak naklah keseorangan dekat rumah tu. Keluarga Bella sangat mengalu-galukan kehadiran aku. Boleh dikatakan aku semakin rapat dengan keluarga Bella. Mereka semua layan aku dengan baik sekali. Aku dan Bella selalu bergossip.. hehehee.. tapi rasa tak lengkap pula tanpa kehadiran Lily. Apa khabarlah dia dekat sana? Bila video call Lily aje, mesti Lily nampak sedih sebab dia duduk jauh daripada kita orang. Kami pun rasa sedih juga. Aku selalu tunjuk-tunjuk design baju baru aku dekat Lily untuk ceriakan dia. Lily kata, semua design aku nampak cantik.. barulah aku nampak dia senyum sedikit

Bella - Semenjak PKP ni, tak dapat aku nak main bola tampar. Rasa rindu pula gelanggang bola tampar dekat sekolah. Tangan ni rasa macam nak tampar sesuatu tapi selamatlah dekat halaman rumah aku, ada tiang gol bola jaring. Aku selalu ajak Faye main bola jaring. Sudah semestinya, aku yang menang. Maaf Faye.. hehehe.. tapi Faye tidaklah seteruk mana. Dia perlukan latihan sahaja. Aku akan latihkan dia supaya Faye menjadi seorang yang hebat di dalam bola jaring! Inilah project aku sempena PKP!

Lily - Semenjak PKP ni.. uwaaaaaa! Asyik termenung aje sebab Lily rindukan BBB-CHAN! Rasa tak best bila dapat video call aje. Lepas tu BBB-CHAN sibuk tolong Tok Aba. Kan best kalau sekarang ni Lily ada dekat kedai Tok Aba sambil perhatikan BBB-CHAN buat kerja. Terpaksalah Lily berguling dekat lantai rumah ajelah. Landak mesti tengah suka tengok kesengsaraan Lily sekarang ni. Takpe, takpe.. LILY AKAN HURU-HARAKAN SANG LANDAK DAN JUGA KAPTEN ITIK HOT! Miahahahahahahaha!

Rizu - Semenjak PKP ni, Pizu duduk rumah main game tapi bukan selalu main game. Ada juga Pizu tolong ibu, tolong kakak Nana. Oh yea, kakak Nana tu pembantu rumah Pizu. Dia lah yang selalu masakan untuk Pizu. Semua makanan dia buat, memang sedap! Makanan ibu pun sedap juga.. hehehe... kakak Nana ada juga ajar Pizu cara menjahit baju. Hari tu kita orang cuba buat teddy bear. Menjadi juga teddy bear tu walaupun tak sempurna. Selain itu, Pizu ada juga buat komik baru! Lukis gambar abang Fang.. rindu pula Pizu dekat abang Fang tapi dia ada dekat angkasa. Bila agaknya abang Fang nak balik sini?

Fang - Semenjak PKP dijalankan, aku terus lari ke stesen TAPOPS! MUAHAHAHAHAHAHA! Aku bebas disini. Nak merayap ke tempat lain pun, aku guna kapal angkasa abang aku. Hehehe.. selamat Lahap takde. Bolehlah aku guna kapal angkasa abang aku tu sesuka hati. Kapal pod yang abang aku berikan kepada aku tu, terlampau kecik sangat. Rasa tak best pula. Apalah kawan-kawan aku buat dekat bumi tu yea? Adakah si Lily sedang menangis tak tentu pasal sebab tak dapat jumpa BBB-CHAN dia tu? Atau Yaya ada idea baru untuk biskut-biskut tak sedap dia? Berapa banyak game si Gopal sudah main? Pecahan Boboiboy ada buat hal dekat rumah Tok Aba dia ke? Nanti-nantilah aku video call dia orang semua. Sekarang ni, aku nak merayap ke planet lain pula

Kaizo - SINI RUPANYA KAU!

Fang - ERK?! Abang? Kenapa? Ada misi penting ke?

Kaizo - Takde misi penting tapi aku terima laporan dari Kommander yang menyatakan bahawa kau ada dekat sini, sementara kawan-kawan kau dekat bumi tengah menjalankan PKP. Sesuka hati kau aje nak lari ke sini. AKU NAK KAU BALIK KE BUMI SEKARANG!

Fang - Kenapa pulak?

Kaizo - Sebab kau biarkan kawan-kawan sengsara dekat bumi tu, sementara kau ada dekat sini, boleh merayap ke sana sini. Kau jangan risau, aku akan berikan kad kredit aku tapi dengan satu syarat. HANYA UNTUK BELI BARANG YANG PENTING SAHAJA! BUKAN DONUT LOBAK MERAH!

Fang - ALAAA! Habis tu, adik kena duduk sorang-sorang dekat rumah.. Idoli takde, Faye takde.. abang pun takde. ADIK YANG TERLEBIH SENGSARA DARIPADA KAWAN-KAWAN ADIK!

Kaizo - Siapa suruh kau lari ke sini

Fang - Adik tak nak balik

Kaizo - Aku sepak kau balik bumi karang. Baik kau pergi secara aman atau kau nak aku hentam kau

Malangnya, Kaizo terpaksa gunakan kekerasan dia untuk menghantar adiknya pulang ke bumi. Kasihan Fang terpaksa duduk rumah seorang diri tapi bila di fikirkan semula. Fang rasa bebas sebab dia boleh buat apa sahaja dekat rumah itu. Kalau dia bosan, dia buat sahaja panggilan video call. Lebih malang sekali, Kaizo turut terpaksa ikuti PKP sebab Kommander Kokoci suruh. Alasan dia, untuk temankan Fang. Kasihan Kaizo, terpaksa ikut arahan kommander.. hehehe.. berperanglah dua beradik alien itu jikalau ada benda yang tak kena

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Maaf kalau tak best 

Maaf kalau tak best 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sesi MerapuWhere stories live. Discover now