Donut Lobak Merah

287 32 26
                                    

Pada suatu hari, di rumah Kaizo dan Fang

Kaizo - Mana pulak adik aku?

Fang - ABANG!

Fang muncul di depan mata Kaizo

Kaizo - Hah, ada pun kau

Fang - ABANGGG! ADIK NAK DONUT LOBAK MERAH!

Kaizo - TAK BOLEH!

Fang - Alaaaaaaa...

Terus Fang larikan dirinya. Agaknya merajuklah kot. Keesokan harinya, Kaizo masuk ke dalam dapur

Kaizo - Hmmm... mana pulak adik aku? Sup lobak merah aku takde pulak dia masak. Merajuk lagi ke?

Lalu dia pusing kebelakang. Fang sudah pun berada dibelakang Kaizo. Terkejut sang kapten itu dengan kehadiran adiknya secara tiba-tiba macam hantu

Kaizo - Pang! Mana kau pergi tadi?

Fang - ABANG! ADIK NAK DONUT LOBAK MERAH!

Kaizo - TAK BOLEH!

Fang terus larikan diri. Kaizo fikir, mesti adik dia pergi merajuk sekali lagi. Keesokan harinya, Kaizo terjaga dari tidur. Dia dapat rasakan sesuatu yang baring disebelah kiri katilnya. Lalu dia pusing. Kaizo terkejut melihat adiknya tersenyum lebar seperti watak orang jahat iaitu Joker

Kaizo - PANG! APA KAU BUAT DEKAT SINI?

Fang - ADIK NAK DONUT LOBAK MERAH!

Kaizo - Aku hentam jugak budak ni!

Keesokan harinya, Kaizo lari dari planet bumi kerana ingin sembunyikan dirinya dari Fang. Dia kini berada di dalam kapal angkasanya. Lahap sedang mengendali kapal angkasa itu. Kaizo pula, dia duduk di kerusi tengah. Dia berikan semua arahan kepada Lahap

Kaizo - Lahap, buatkan aku air teh hijau

Lahap pusing kebelakang. Dia tidak keluar dari bilik kawalan itu. Dia hanya berhenti didepan Kaizo. Lalu dia angkat kepalanya. Ternyata, Lahap sebenarnya adalah maskot dan orang yang memakai pakaian costume maskot itu adalah Fang

Fang - ABANG! ADIK NAK DONUT LOBAK MERAH!

Kaizo - KAU NI! LANGSUNG TAK NAK BERIKAN AKU KETENANGANNNNNNNNNNN!

Keesokan harinya, Fang masuk ke dalam dapur. Mata dia terus membulat besar, bersinar-sinar dan senyuman dia sampai ke pipi. Dia tidak sangka, ada segunung donut lobak merah ada di depan matanya. Air liur dia terus meleleh

Fang - YAHOOOO! DONUT LOBAK MERAH!

Tiba-tiba Kaizo muncul dibelakang adiknya. Lalu dia ketuk kepala adiknya dengan kuali sekuat mana yang dia mampu. Disebabkan ketukan itu terlampau kuat, Fang terus pengsan

Kaizo - Pengsan pun budak ni. Puas hati aku

Rizu - ABANG PAIZO! KENAPA KETUK KEPALA ABANG FANG?

Kaizo - Sebab dia asyik ganggu aku dengan donut lobak merah dia

Rizu - Ohhhh... tapi kenapa abang Paizo tak belanja dia donut lobak merah? Kasihan abang Fang

Kaizo - Si budak Pang ni, boleh dikatakan tiap-tiap hari asyik nak donut lobak merah. Sebab itulah aku kena kawal dia. Kalau tidak, nanti dia gemuk. Siapa yang susah? Aku juga yang susah nak kena kuruskan budak ni balik

Rizu - Hmm.. betul juga tu tapi nanti dia bangun, mesti abang Fang mintak donut lobak merah lagi

Kaizo - Takpe, abang ada satu idea

Fang terjaga dari pengsannya. Dia tidak tahu dirinya berada dimana sekarang ini. Apa yang dia tahu, dia boleh bau aroma donut lobak merah. Mata dia terus terbuka luas. Dia melihat diri dia dikelilingi dengan donut lobak merah. Dia seakan-akan berada di dalam syurga donut lobak merah

Fang - DONUT LOBAK MERAH!

Kaizo - Hah! Bangun pun kau (muncul suara Kaizo)

Fang - Abang, adik dekat mana ni?

Kaizo - Kau ada dekat stesen TAPOPS. Aku bagi kau makan semua donut lobak merah tu sampai kau muntah tapi dengan satu syarat, kau kena menjalani latihan tempur sampailah donut-donut kau tu habis dimakan oleh kau. Selagi donut dalam bilik tu tak habis, selagi itulah kau kena latihan tempur

Fang - Errr... adik patut takut?

Kaizo - Terpulang kepada kau. Jadi, kau setuju dengan syarat aku?

Fang mula berfikir. Adakah dia patut terima syarat itu atau dia patut bantah? Kalau dia bantah, mesti dia tidak dapat menikmati kesedapan donut lobak merah tersebut. Kalau dia terima, mesti dia akan pengsan atau paling menakutkan, abang dia mesti tambah dan tambah lagi donut-donut tersebut sampai dia sendiri tak larat dan dia terpaksa hadapi latihan tempur setiap hari sampai diri dia masuk hospital

Fang - TIDAKKKKKKKKKKKKKKKK!

Terus dia pengsan. Kaizo tersenyum sinis. Lalu dia pergi menikmati teh hijaunya seorang diri sambil melihat keindahan alam semesta

---------------------------------------------------------------------------------------------

Jumpa lagi!

Jumpa lagi!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sesi MerapuWhere stories live. Discover now