Bahagia

754 82 19
                                    

Pada suatu hari, di kapal angkasa Fang dan Kaizo... ketika itu Kaizo sedang bersenam dan Fang pula, datang untuk mengacau abangnya

Fang - ABANG!

Kaizo - Kau nak apa?

Fang - Abang rasa kita bahagia tak?

Kaizo - Mestilah bahagia. Kau yang rasa tak bahagia ke?

Fang - Takde, adik cuma nak tanya aje kalau abang bahagia ke tak selama ini kita duduk di bumi

Kaizo - Ohh.. jadi kau rasa tak bahagia selama ini

Fang - Mana ada.. adik rasa sangat bahagia hidup di bumi atau di mana-mana sahaja dengan abang.. abang superhero ke, super penyangak ke, super pemberontakan ke ataus super sadis.. adik tetap bahagia

Kaizo - Bagus bagus.. tapi kenapa kau tanya abang bahagia ke tak?

Fang - Hehehe.. sebab adik nak tahulah.. lagipun adik ni sentiasa buat abang naik darah dengan kedegilan adik, suka cari pasal dengan abang, suka bergaduh dengan abang.. manalah tahu abang tak bahagia ke, sampai abang sendiri nak masuk hospital bahagia sebab rasa stress dengan kelakuan adik

Kaizo - Hospital bahagia?

Fang - Abang tak tahu ke hospital bahagia tu?

Kaizo - Tak

Fang - Ianya sesuai untuk orang yang terlampau stress macam abang, orang yang tak siuman.. hospital bahagia itu adalah tempat untuk orang-orang yang sentiasa bahagia atau lebih jelas lagi, hospital sakit jiwa. Tak perlu fikirkan tentang masalah diri sendiri ataupun masalah dunia.. diri abang akan rasa happy aje..

Kaizo - JADI KAU NAK KATAKAN ABANG NI GILA LAH YEA?

Fang - Errr.. tak.. adik cadangkan sahaja kalau abang nak masuk hospital tu

Kaizo - PEDANG TENAGA!

Fang terus larikan diri sambil menjerit sesuatu

Fang - ABANG AKAN BAHAGIA SELAMA-LAMANYA DEKAT SITU! HAHAHA! ADIK BUAT LAWAK AJE! HAHAHAHAHA! LARI DULU!

Kaizo - PANGGGGGGG! Tak pasal-pasal, dia yang masuk hospital bahagia sebab aku asyik menghukum dia aje.. pening kepala aku

Lahap - Panadol?

Kaizo - Terima kasih Lahap.. tapi.. bila difikirkan balik, boleh aje aku perhatikan pesakit-pesakit dekat situ.. manalah tahu aku boleh berlakon jadi orang tak betul depan adik aku... hehehe.. rancangan yang bagus.. habislah dia kali ni.. hehehehe

Lahap - Adehh.. kapten aku ni.. kesitu pulak dia fikir

Lahap tepuk dahi dia sendiri. Sementara Kaizo pula, ketawa seperti orang gila kerana dia bangga dengan rancangan dia... hehehee...

Sesi MerapuWhere stories live. Discover now