Biskut

986 78 8
                                    

Pada suatu hari, di dalam dapur rumah Yaya

Rizu - Hello semua! Saya adalah Rizu atau kamu semua boleh panggil saya PIZU!

Kaizo - Ehem..

Rizu - Hehehee... abang Paizo tengah tak sabar untuk sesi video live kita di facebook! YEAHHHH! Pizu hari ini berada di rumah kakak Yaya kerana abang Paizo ingin belajar cara-cara membuat biskut kakak Yaya! Jadi para penonton boleh belajar resepi biskut kakak Yaya!

Boboiboy, Fang, Gopal dan Ying tersengih sahaja kerana masing-masing tidak mahu hati Yaya tersinggung atau buat Kaizo marah pada itu. Lebih-lebih lagi kalau Kaizo mengamuk tak tentu pasal, sudah pasti mereka semua akan diberikan hukuman latihan tempur. Bagi mengelakkan benda itu berlaku, mereka berpura-pura suka berada di situ menjadi penonton

Rizu - Kakak Yaya.. hari ni kakak Yaya buat biskut resepi yang mana satu?

Yaya - Sudah tentu biskut resepi akak yang terbaru! Akak baru cipta resepi baru ni.. akak tak sabar untuk mencuba resepi baru ini bersama dengan abang Kaizo!

Rizu - ABANG PAIZO! YEAHHH! Mengikut kata abang Paizo.. dia belajar buat biskut kakak Yaya sebab dia nak bagi adik dia makan

Boboiboy - Habislah kau Fang

Fang - Habislah perut aku lepas ni *Dia menelan ludah sambil tersengih lagi*

Gopal - Jangan kau masuk hospital sudah

Ying - Aku cuma takut si rambut cacak pengsan dalam beberapa hari aje.. hehehe

Yaya - Baiklah, mari kita mulakan sekarang! Rizu pun nak tolong juga ke?

Rizu - NAK!

Kaizo - Apa yang kita perlu buat sekarang ini?

Yaya - Kita potong bawang!

Rizu - Apa kata abang Paizo potong bawang tu dengan pedang tenaga abang Paizo

Kaizo - Boleh juga tu

Rizu - Tapi abang Paizo kena senyum sambil potong bawang tu

Kaizo - Tapi... sebelum itu.. adakah ini permintaan dari Rizu atau permintaan dekat komen-komen facebook tu?

Rizu - Errr.. dua-dua sekali *Rizu tersengih di situ*

Kaizo - Baiklah.. aku buat hanya sekali sahaja

Kaizo keluarkan pedang tenaganya. Dia genggam pedang itu dengan penuh erat. Yaya sudah pun sediakan beberapa ulas bawang merah di atas meja. Kaizo pejamkan mata dia sebentar dan selepas itu, dia menghempas meja itu dengan tapak tangannya. Bawang-bawang itu melambung ke udara dan terus Kaizo mencincang-cincang bawang itu. Rizu sudah sediakan bakul untuk menyambut bawang-bawang yang sudah siap di cincang. Boboiboy, Fang, Yaya, Ying dan Rizu teruja melihat aksi Kaizo tadi. Mereka sudah bertepuk tangan di situ

Rizu - WAH! ABANG PAIZO MEMANG HEBAT! Komen-komen dekat facebook mengatakan.. mereka ingin melihat lagi

Yaya - Hah! Kalau macam tu.. potong kentang dan lobak merah pula.. dengan daging lembu ni sekali

Boboiboy, Fang, Gopal dan Ying sudah menelan ludah. Selepas itu, Yaya keluarkan susu, telur, mentega, gula, satu bekas buah strawberry, tepung dan juga serbuk koko dari kedai Tok Aba. Selepas itu, Yaya letak blender di atas meja itu. Kaizo sudah siap memotong kentang, lobak merah dan juga daging lembu. Ramai yang berikan emoticon muntah hijau di ruangan komen facebook. Rizu tersengih sahaja tanpa berkata apa

Yaya - Wah! Terima kasih abang Kaizo. Seterusnya, kita blend semua yang sudah siap di potong. Rizu dan abang Kaizo boleh uli-uli tepung tu.. jangan lupa campurkan dengan telur, gula dan juga mentega.. bila semuanya dah siap nanti, Yaya akan campurkan dengan bahan yang sudah di blend nanti

Sesi MerapuWhere stories live. Discover now