Kenakalan

2.1K 168 48
                                    

Part I

Pada suatu hari di rumah Kaizo dan Fang, Kaizo sedang asyik membaca novel barunya sehinggalah Fang datang untuk mengacau abangnya

Fang - Abang ku sayang

Kaizo - Yea adik ku sayang, kau nak apa?

Fang - Abang baca novel apa? Novel cinta ke?

Kaizo - Buang masa aku sahaja baca novel cinta. Abang baca novel misteri dan pengembaraan

Fang - Oh! Kisah tentang apa?

Kaizo - Kisah tentang seorang professor sedang mencari jawapan untuk menyelesaikan code-code rahsia

Fang - Kenapa?

Kaizo - Sebab code itu dapat menyelesaikan masalah yang dia sedang hadapi

Fang - Kenapa?

Kaizo - Kalau tak selesaikan, nanti satu dunia akan menerima akibatnya

Fang - Kenapa?

Kaizo - Kalau tidak, nanti virus itu akan tersebar luas di seluruh dunia dan menyebabkan kematian

Fang - Kenapa?

Berkerut-kerut dahi Kaizo. Dia bersabar sahaja dengan pertanyaan adiknya

Kaizo - Kau ni sudah kenapa? Dari tadi lagi asyik tanya kenapa sahaja.. kau nak mulakan penyakit baru ke?

Fang - Takdelah abang.. adik cuma nak tahu sahaja jalan cerita tu tapi kenapa perlu dia selesaikan? Kenapa bukan orang lain? Kenapa dia jadi professor? Kenapa bukan ahli professor yang dapat selesaikan masalah tu? Kenapa perlu professor tu juga? Kenapa dengan virus tu? Kenapa tu kenapa ini... kenapa kenapa kenapa kenapa

Dalam kepala Kaizo, penuh dengan kenapa, kenapa, kenapa, kenapa, kenapa... sampai dia sendiri naik pening. Lalu dia sumbat mulut adiknya dengan novel itu dan dia pula terus masuk ke dalam bilik kerana tension dengan adiknya

----------------------------

Part II

Kaizo masuk ke dalam biliknya dan ternampak laptop adiknya terbuka. Facebook adiknya masih lagi terbuka

Kaizo - Apa benda ni? *Kaizo membaca nama profile adiknya* Awesome Fang? Awesome lah sangat... Hmmm... semuanya pasal diri dia, berlagak betul adik aku ni. Seorang ahli pasukan yang terkenal di galaxy *Kaizo edit bahagia profile adiknya* Seorang yang sangat manja kepada abangnya. Suka cari pasal dengan orang tapi sebenarnya rajin belajar dan rajin mengemas rumah *Kaizo tersenyum sinis sambil mengedit profile adiknya* Mempunyai minat yang mendalam terhadap kawan dia iaitu Boboiboy. Jagalah kau Pang, aku akan kenakan kau seperti mana kau selalu bagi abang pening, tension dan juga stress. Kau ingat, kau seorang sahaja yang nakal dalam rumah ni. Nakal abang lebih dasyat daripada kau, Pang

Kaizo mengubah segala-galanya tentang profile adiknya, dari profile sehinggalah gambar profile. Gambar profile Fang, dia bertukar kepada gambar Fang sewaktu dia sedang menghisap ibu jari sambil pegang tangan Boboiboy yang separuh terjaga itu. Ketika dia terkena biskut emosi dari Adudu, semasa adiknya darjah 5

Kaizo - heheheeee... *aura-aura kenakalan dia timbul*

-------------------------------

Keesokannya, Fang terkejut kerana dia menerima banyak komen dari peminat-peminat dia dan juga dari orang yang dia tidak kenal

Fang - APA YANG TERJADI NI?! APASAL SEMUA CAKAP TAHNIAH?! SIAPA YANG EDIT PROFILE AKU?! SIAPA YANG TUKAR PROFILE PICTURE AKU? TIDAKKKKKKKK!

Pada hari itu, Fang langsung tidak keluar dari bilik. Dia takut peminat FangBoy akan mengejar dia dan akan bertanya bermacam-macam soalan. Kaizo hanya relax dan tenang sambil baca novel misteri dia

--------------------------

Part III

Pada suatu hari, Lynna muncul di ruang tamu rumah Kaizo dan Fang

Lynna - KAIZOOOOOOOOOOOOOO!

Kaizo - Apa hal pulak ni?

Lynna - Apa kena dengan adik kau? Cuba tengok ni

Lynna tunjuk facebook Fang kepada Kaizo. Muka Kaizo menjadi pucat apabila dia nampak adiknya in relationship with Boboiboy

Kaizo - KEGILAAN APAKAH INI?! AKU CUMA BERGURAU SAHAJA HARI ITU! APASAL TIBA-TIBA SAHAJA DIA BERMINAT DENGAN KAWAN BAIK DIA NI. ADIK AKU NI GILA KE ATAU NAK AKU BETULKAN BALIK KEPALA DIA YANG SUDAH TAK BETUL TU?

Lynna - Oh, jadi semua ini hanya guruan daripada kau ajelah

Kaizo - Yea, betul tu.. aku cuma ingin kenakan dia sebab pada hari itu, dia bagi aku tension dengan soalan kenapa dia tu. Jadi aku saja buat nakal terhadap dia. Aku sudah lama tidak buat perangai nakal. Jadi rasakan kenakalan daripada aku

Fang - Oh, abang yang kenakan adik hari tu! APASAL ABANG BUAT ADIK MACAM TU! DUA HARI ADIK TAK DAPAT NAK KELUAR DARI RUMAH SEBAB GARA-GARA ABANGLAH! BOBOIBOY PUN INGAT YANG BUKAN-BUKAN, LANGSUNG DIA TAK NAK TEGUR ADIK tapi selepas sahaja adik tahu, ini semua kerja abang. Adik panggil kak Lynna untuk menolong adik. Facebook yang abang tengok tu adalah rekaan kak Lynna supaya abang percaya.. HAHAHAAHAA!

Kaizo - Lepas tu?

Fang - Lepas tu adik fikirkan cara lain untuk kenakan abang balik

Kaizo - Lepas tu?

Fang - Adik telah daftarkan nama abang di ruangan facebook! Adik letak gambar-gambar abang yang tak macho itu!

Kaizo - Lepas tu?

Fang - Lepas tu adik tulis yang abang sedang mencari kekasih hati... HAHAHAHAAAA!

Kaizo - Lepas tu?

Fang - Lepas tu abang telah menerima banyak komen dari gadis-gadis di seluruh negara!

Kaizo - Lepas tu? *Sudah siap keluarkan pedang tenaga*

Fang - Lepas tu... errr... abang marah ke? *Fang tersengih*

Kaizo - Tak, abang tak marah *Kaizo tersenyum sinis* Abang cuma geram sahaja. Kau kenakan aku, aku kenakan kau balik, lepas tu kau kenakan aku balik... sekarang sudah tiba masanya untuk abang kenakan kau balik

Fang - Abang nak buat apa dengan adik? *Fang menelan ludah*

Kaizo tersenyum sinis sahaja melihat adiknya yang sudah menggigil ketakutan. Lynna sudah pulang ke rumah kerana dia malas nak layan dua beradik yang suka cari pasal. Fang menjerit sekuat hati di dalam rumah itu setelah dia dapat tahu apa yang dia perlu buat nanti. Fang terpaksa pergi berdating dengan semua gadis-gadis yang ingin berdating dengan Kaizo di Facebook pada keesokan harinya. Kaizo duduk di depan laptop sambil membuang semua benda merapu yang Fang letak. Dia menukar profile picture dia dengan muka Pikachu sebab muka dia terlampau kacak sangat untuk orang lain lihat. Dia delete tentang mencari kekasih hati itu. Lalu dia menulis 'Aku adalah Kapten Kaizo, alien yang terkenal di seluruh galaxy tapi aku di sini bukan untuk mencari kekasih hati. Aku di sini hanya untuk membuli adik aku sahaja kerana aku terlampau sayangkan dia. Sesiapa ada hukuman yang menarik untuk menghukum adik aku, sila tulis di ruangan komen tapi aku tak kan menerima komen tentang bunuh adik aku sendiri. Sesiapa berikan hukuman yang paling unik, aku akan hadiahkan sebuah gambar Pang yang sangat memalukan'

Lynna dari jauh, membaca status Kaizo. Dia hanya mampu menepuk dahinya

Sesi MerapuWhere stories live. Discover now