"SYAR! Aku nak duduk dekat sini je. Nanti kalau korang dah nak pergi, kau cari aku dekat sini ek." Rizq memberitahu Amsyar yang mula berjalan-jalan mahu mengelilingi kawasan Eiffel Tower. Amsyar memandang ke arah Rizq dan mengangguk lalu dia bersama rakan-rakan trip yang lain mula melangkah pergi.
Rizq mula membuka penutup lens kamera DSLR jenama Canon lalu dibuat penetapan terlebih dahulu. Kamera DLSR jenama Canon ada automatik dan juga manual, berbanding dengan kamera DSLR Nikon yang tertumpu kepada automatik. Dia lebih sukakan penetapan manual kerana dia dapat menentukan kadar ISO yang digunakan, fokus yang dia mahukan macam mana dan gambar yang ditangkap secara manual boleh disunting dengan lebih dramatis lagi. Kalau gambar yang di tangkap secara automatik sudah membuatkan gambar itu seperti disunting. Setelah siap menentukan semua yang dia mahukan pada kamera DSLR Canon, dia mula menghala kanta kamera ke hadapan. Dia mula mencari-cari sesuatu yang boleh dirakam melalui kamera DSLRnya. Orang ramai di Eiffel Tower sedikit pun tidak membuatkan Rizq rasa terganggu. Malah, dia berasa sungguh gembira melihat keramaian orang di sini. Eiffel Tower, kota cinta bagi pasangan yang bercinta.
Tidak jauh darinya, dia melihat ada seorang budak lelaki yang mungkin usianya lebih kurang empat tahun. Budak lelaki itu sedang memakan makaron sambil menari-nari. Dia tersenyum kecil melihat tingkah comel budak lelaki itu. Disampingnya ada seorang wanita bertudung tapi tidak dapat dilihat jelas oleh Rizq. Gayanya seperti sedang memakan makaron. Rizq mula memfokuskan kanta kamera DSLR Canon pada budak lelaki dan wanita bertudung itu. Percubaan pertama Rizq tidak berjaya kerana shot yang diambil oleh Rizq menyebabkan gambar menjadi kabur kerana shot itu diambil semasa budak lelaki itu sedang menari-nari. Rizq mahu mencuba teknik panning shot tapi teknik ini lebih sesuai digunakan untuk merakam sesuatu pergerakan yang bergerak dengan cepat dan fokus kanta perlulah tepat.
"Haish budak ni. Menari-nari pula. Nasib baik comel," omel Rizq perlahan.
Rizq mencuba sekali lagi. Dia memegang kamera DSLR dengan betul dan tidak bergerak-gerak. Gerakannya boleh membuatkan gambar yang diambil tidak kelihatan cantik. Jari telunjuk pada punat shutter untuk menangkap gambar. Rizq menunggu seketika. Dia mahu mengambil gambar yang sesuai buat budak lelaki tersebut. Belakangnya sudah sakit kerana membongkok. Rizq menghela nafas keluar. Dia memandang semula ke arah budak lelaki tadi. Dia boleh melihat betapa gembiranya budak lelaki itu ketika ini. Rizq kembali memfokuskan sebelah mata pada lubang kecil pada body kamera. Dia tidak mahu menangkap gambar dengan melihat melalui skrin paparan kerana itu akan membuatkan peratusan bateri cepat mengurang. Kali ini Rizq rasa dia boleh menangkap gambar budak lelaki tadi dengan jelas. Budak lelaki itu memandang tepat ke arah Rizq lalu menunjukkan simbol love melalui ibu jari dan jari telunjuk yang disatukan bersama sambil mengenyit mata. Trend yang selalu digunakan oleh pasangan bercinta atau muda-mudi sekarang. Dan serentak itu, jari telunjuk Rizq menekan punat shutter.
"Perfecto!" Rizq menjerit kecil selepas dia melihat gambar tadi pada skrin papar. Dia tersenyum gembira melihat gambar itu. Rizq memandang semula ke arah budak lelaki tadi lalu melebarkan senyumannya.
Budak lelaki itu melangkah ke arah Rizq yang sedang duduk sambil memegang kotak berwarna putih. Rizq memerhati saja langkah budak lelaki itu. Mungkin budak lelaki itu hendak pergi ke sesuatu tempat lain pula. Dia melihat wanita bertudung tiada di tempat mereka berdua duduk. Mungkin wanita bertudung tadi pergi berjumpa dengan seseorang. Tapi tak patut kalau wanita tadi tinggalkan anaknya sendirian dekat sini, nanti kena culik sebab ramai orang. Kan sudah menyusahkan orang lain.
Rizq mengalihkan tumpuannya ke tempat lain. Dia memusing tubuh lalu membetulkan kedudukannya agar lebih selesa. Dengan berlatarbelakangkan Eiffel Tower, ramai pengunjung yang datang dan merakamkan kenangan mereka. Eiffel Tower lebih popular di kalangan pasangan kekasih ataupun pasangan yang baru berkahwin dan hendak berbulan madu, ataupun pasangan yang sudah lama berkahwin dan mahu meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga. Tapi, ada juga yang datang dengan kawan-kawan dan tidak kurang pula yang datang sendirian. Contohnya adalah dia. Memang dia datang dengan ahli-ahli trip yang lain tapi dia memilih untuk duduk dan berehat berbanding dengan yang lain, yang mahu meronda-ronda.
YOU ARE READING
Ku Teruskan Cinta [DISCONTINUED]
RomanceHanya ada satu saja nama yang tertulis di dalam hatinya, iaitu Jennifer Ai Ren Deirdre. Sejak nama itu bertakhta di dalam hatinya, pintu hati segera dikunci rapat. Kunci hatinya hanya ada pada pemilik hati iaitu Jennifer. Perasaan sebagai kawan baik...