BAB 3

3.9K 214 13
                                    

CUTI sebulan tanpa gaji yang dipohon oleh dia akhirnya lulus jua selepas dua minggu menunggu jawapan. Dia sungguh gembira selepas mendapat tahu berita gembira itu. Tapi, itu cerita dua hari yang lepas. Sekarang, Rizq sudah pun berada di Perancis atau lebih tepatnya di Lapangan Terbang Charles de Gaulle kerana dia dan kumpulan tripnya lain baru saja mendarat di Perancis selama 16 jam 10 minit melalui penerbangan Air France dan hanya berhenti di satu perhentian iaitu di Mumbai, India. Berpusu-pusu orang berada di lapangan terbang ini. Semakin ramai orang di lapangan terbang, semakin berkembang maju pusat tumpuan sesuatu tempat tersebut. Dan semestinya, lapangan terbang ini membuatkan tumpuan akan makin memusat di Paris, negara Perancis kerana adanya menara cinta di sini. Menara Eiffel ataupun dikenali dengan nama Kota Cahaya.

Rizq duduk di salah satu kerusi selepas selesai segala urusan dan pengambilan bagasi. Dia melepaskan lelah sambil meneguk air mineral yang sudah pun berbaki separuh di dalam botol plastik. Amsyar duduk di sebelah Rizq lalu menepuk paha kanan Rizq. Rizq menoleh sekilas ke arah Amsyar sebelum dia memandang semula ke hadapan.

"So, how's your feeling now?" soal Amsyar ingin tahu.

"I'm good and excited at the same time too. Dah kenapa kau tanya aku macam ni? Tahulah ini first time aku datang Perancis, tapi kau pun sama juga. Jangan nak buat poyo dengan aku," perli Rizq dengan selamba. Amsyar hanya ketawa kecil tanpa membalas sebarang kata. Dia sedikit pun tidak terasa hati dengan kata perli dari Rizq. Mereka sudah terbiasa begini.

Amsyar menyandar tubuh pada belakang kerusi dan melepaskan lelah. Ahli-ahli kumpulan yang lain sedang duduk dan berbual-bual sesama sendiri, sambil itu melepaskan lelah buat seketika. Dia dan Rizq diam sejenak. Mata mereka menghayati pemandangan sesak di dalam lapangan terbang ini. Selain daripada fungsi sebagai lapangan terbang, ada juga kedai-kedai yang dijadikan tempat untuk membeli-belah. Mungkin bertujuan untuk menarik perhatian pelancong yang datang selain itu, untuk menambah pendapatan mereka juga. Lapangan Terbang Charles de Gaulle lebih kurang macam klia2 juga cuma keluasan mungkin ada beza dan juga kemodenan di dalam lapangan ini juga.

"Syar, aku rasa macam ada satu kelegaan dalam dada aku sekarang sebab aku dah ada dekat Paris sekarang. Kali ni aku takkan sia-siakan peluang yang ada. Aku akan cari dia sampai dapat. Aku rasa macam aku dekat je dengan dia. Jantung aku ni dup-dap dup-dap je."

"Nanti aku tolong kau cari dia. Don't worry, dekat sini aku boleh minta budak-budak Malaysia tolong juga. Manalah tahu Jenn kau tu sambung study dekat sini ke lepas berhenti belajar di Malaysia."

"Terharunya aku bro. Meh nak peluk sikit," gurau Rizq lalu ingin memeluk sebelah tubuh Amsyar. Amsyar menayang riak wajah geli tetapi ditarik juga sebelah tubuh Rizq ke arahnya lalu dipeluk bahu Rizq erat. Rizq terus menolak tangan Amsyar pada bahunya. Geli pula rasanya sekarang.

"Alah Abang Rizq, marilah peluk Adik Syar. Adik Syar sayang Abang Rizq tau," Amsyar menempel sisi tubuhnya rapat ke sisi tubuh Rizq. Bulu roma Rizq terus meremang. Segala jenis bulu yang ada dekat tubuh badan, semuanya meremang. Terus ditepuk sebelah bahu Amsyar dengan kuat. Biar Amsyar sakit asalkan tak menggedik dengan dia macam lelaki gay.

"Kalau kau ni seorang gay sekalipun jangan jebakkan aku dalam perkara ni. Aku masih lagi straight dan akan kekal sebagai lelaki tulen. Lelaki yang hanya mahukan-....."

"Mahukan belaian dari wanita. Habis tu kau ingat lelaki tak boleh membelai ke? Gay pun memerlukan belaian dari seseorang juga iaitu lelaki."

"Kalau macam tu, kau pergilah cari pasangan gay dan kau belailah dorang sampai kau puas. Dah-dah kau duduk jauh sikit dari aku. Geli aku bila kau buat macam tu."

"Alah Abang Rizq, marilah dekat Adik Syar. Adik Syar sanggup tau ikut Abang Rizq sampai ke Paris. Anything for you Abang Rizq."

Amsyar membuat gaya flying kiss ke arah Rizq dan cepat-cepat ditepis oleh Rizq. Mereka ketawa kecil lalu membuat fist bump.

Ku Teruskan Cinta [DISCONTINUED]Where stories live. Discover now