Prolog
Tiga tahun sudah berlalu tapi aku masih menunggu kepulangan si dia. Sudah lima tahun jugalah aku mengharapkan agar si dia muncul kembali tapi hampa. Hampa selama lima tahun. Dan sudah lima tahun jugalah aku hidup keseorangan tanpa ditemani oleh cinta, dan hanya ditemani oleh keluarga dan rakan-rakan. Aku tak pernah penat dalam menunggunya. Aku tak pernah kenal erti penat selama lima tahun ini. Kalau aku penat, itu petanda yang aku dah tak nak pada sesiapa lagi.
Aku tak sangka yang perasaan sayang aku sebagai kawan baik terus bertukar menjadi perasaan sayang seorang lelaki kepada seorang wanita. Ya, aku memang sayangkan dia lebih dari seorang kawan baik. Sungguh aku memang sayangkan dia sampaikan bila ibu dan abah nak jodohkan aku dengan anak rakan-rakan mereka, aku tolak dengan baik sebab aku masih menunggu dia. Bukan aku tak kasihankan ibu dan abah yang teringinkan aku untuk hidup berpasangan, tapi aku tak nak jadi hipokrit dengan diri sendiri dan bakal pasangan aku. Hati aku nakkan dia, tapi kalau aku kahwin dengan orang lain. Itu hipokrit namanya. Jujur aku tak nak lukakan hati wanita lain jika aku terpaksa menikahinya nanti. Jadi, biarlah aku menunggu dia saja walaupun jawapan yang bakal aku terima nanti akan mengecewakan ku.
Aku akan terima dengan hati yang redha. Tapi, kalau ditakdirkan dia jodoh aku, aku akan teruskan cinta ni sampailah aku dapat dia. Tak kiralah umur aku masa tu dah masuk 30-an pun, aku tetap akan teruskan cinta aku ni sampai ke akhirnya.
◇
◇
◇
◇Bab 1
Lima tahun kemudian....
Rizq bersiul riang sebaik saja keluar dari keretanya. Cepat-cepat dia menanggalkan kasut lalu melangkah masuk. Tidak sabar dia mahu berehat. Tubuhnya penat selepas seharian bekerja. Sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam rumah, semua mata yang duduk di ruang tamu memandang ke arahnya. Tiga pasang mata. Tidak berkelip-kelip. Okay, ini tipu. Berkelip-kelip jugalah walaupun tak nampak sangat. Semua mata, termasuklah mata kucing munchkin peliharaan dia sendiri. Dia tidak faham kenapa Boyan tengok dia macam tu sedangkan dia tak ada langsung buat apapun salah dengan Boyan kecuali Rizq tak bagi dia pasangan saja. Maklumlah pemilik bujang, kucing peliharaan pun mestilah membujang juga. Barulah sehati sejiwa. Kemudian, Rizq menentang pandangan semua orang dengan mengukir senyuman kecil.
"Kenapa semua orang tengok Rizq macam tu? Rizq ada buat salah apa-apa ke?" Rizq menyoal ingin tahu. Semua orang ek? Setakat ibu, abah dan erk... Boyan, bukan ramai pun.
Setahunya, dia belum beri apa-apa masalah lagi dekat keluarganya kecuali soal jodoh. Oh jodoh, ini mesti hal yang berkaitan jodoh. Rizq tidak mahu bercakap soal tu. Puan Rahimah menggamit Rizq agar duduk di sisinya. Rizq turutkan saja kemahuan ibu lalu duduk di sebelahnya. Encik Razali memandang ke arah anak lelakinya dengan deheman yang panjang dan mendalam. Ini pasti ada sesuatu yang hendak dibicarakan oleh Encik Razali dengan Rizq. Deheman yang penuh dengan makna.
"Hah, dah balik pun Rizq. Macam mana dengan kerja hari ni? Awal jugak kamu balik hari ni."
"Awal tu tak adalah awal sangat ibu. Ni pun dah lewat jugak sebenarnya. Ibu dengan abah ada sesuatu ke nak bincang dengan Rizq? Kalau tak ada, Rizq naik atas dulu."
"Memang ada. Macam macam ek abah nak cakap? Abah nak cakap sesuatu tapi Rizq jangan melenting pulak. Sebenarnya macam ni Rizq, tengahari tadi, Mak Teh dan Pak Teh kamu ada datang ke rumah tanyakan soal kamu," suara Encik Razali mula kedengaran. Rizq hanya mengangguk.
"Okay. Pak Teh dan Mak Teh sihat tak? Mereka tanya tentang apa?" balas Rizq walaupun dia tahu tujuan apa Mak Teh dan Pak Teh bertanyakan soal dia. Mesti soal jodoh.
YOU ARE READING
Ku Teruskan Cinta [DISCONTINUED]
RomanceHanya ada satu saja nama yang tertulis di dalam hatinya, iaitu Jennifer Ai Ren Deirdre. Sejak nama itu bertakhta di dalam hatinya, pintu hati segera dikunci rapat. Kunci hatinya hanya ada pada pemilik hati iaitu Jennifer. Perasaan sebagai kawan baik...