BAB 11

1.2K 72 5
                                    

I'm back! Sorry for the very long waiting 🙏. Bab pendek. I warned you guys. Lauren akan publish bab seterusnya nanti.




RIZQ berdiri di laman rumah sendirian. Malam masih lagi muda dan esok adalah hujung minggu. Jadi dia tidak kisah jika dia berjaga malam. Dia menghela nafas panjang. Dia sedang memikirkan sesuatu. Dia resah memikirkan perkara tersebut. Sudah seminggu dia memikirkan perkara ini namun dia belum lagi memberitahu perkara tersebut kepada Jennifer mahupun ahli keluarganya. Dia risau dengan jawapan dan reaksi yang bakal diberikan oleh Jennifer kepadanya nanti apabila dia memberitahu wanita tersebut. Dan perkara itulah yang membuatkan Rizq termenung jauh di halaman rumah.

"Rizq, kamu buat apa dekat luar tu? Kenapa tak masuk ke dalam? Cuaca sejuk dekat luar tu." Encik Razali menegur Rizq yang kelihatannya sedang termenung jauh memikirkan sesuatu.

Rizq tidak memberikan sebarang reaksi kepada pertanyaan Encik Razali dan itu membuatkan Encik Razali mengerut dahi. Apa yang sedang difikirkan oleh anaknya sehinggakan tidak mendengar tegurannya bahkan Encik Razali dapat melihat garis-garis tergaris pada dahi Rizq.

Encik Razali menyarung selipar lalu melangkah ke arah anak lelakinya lalu dia menepuk lembut sebelah bahu Rizq. Rizq tersentak dan terus menoleh ke sebelah. Dia melihat abahnya sedang berdiri disebelahnya sambil memandang ke arahnya.

"Eh abah buat apa dekat luar ni? Ibu mana?"

Encik Razali duduk di kerusi yang sememangnya disediakan di laman rumah. Dia menepuk kerusi kosong disebelahnya untuk diduduki oleh Rizq. Rizq mengambil tempat duduk disebelah abahnya. Dia mengukir senyuman ke arah abahnya.

"Ibu ada dekat dapur, tengah buatkan air teh untuk abah. Ni apa yang kamu buat dekat luar sampaikan bila abah panggil kamu tak menoleh. Abah tengok Rizq macam fikirkan sesuatu aje. Rizq ada masalah dekat tempat kerja ke?"

"Tak adalah abah. Rizq tak ada apa-apa masalah pun. Rizq cuma nak mengelamun aje," ucap Rizq berseloroh. Cuba menyembunyikan perkara yang sedang bermain-main difikirannya.

"Jangan nak berahsia dengan abah. Abah kenal setiap perangai anak-anak abah. Kalau Rizq ada masalah, Rizq boleh berbincang dengan ibu dan abah. Mana yang kami boleh tolong, ibu dan abah akan tolong. Apa sebenarnya yang Rizq fikirkan?"

Rizq menarik nafas panjang dan dihela keluar.

"Rizq nak melamar Jenn jadi isteri Rizq."
Rizq menoleh ke arah Encik Razali. Dia mahu melihat reaksi abahnya tentang perkara tersebut. Encik Razali hanya mengangguk kepala. Tenang sahaja wajah tua Encik Razali sewaktu dia mendengar berita yang disampaikan oleh Rizq kepadanya.

"Rizq sudah beritahu pada Jenn tentang perkara ni?”

"Belum lagi. Rizq tak tahu macam mana nak beritahu pada Jenn. Nanti kalau Rizq tersalah cakap, Rizq risau Jenn salah faham pula. Rizq betul-betul nak melamar Jenn cuma Rizq tak pasti yang Jenn akan terima lamaran Rizq atau tidak. Itu yang buatkan Rizq terfikir-fikir."

"Belum cuba belum tahu. Rizq beritahu dahulu pada Jenn soal perkara ni. Perkara kahwin tak boleh dibiarkan. Lagipun Rizq ada beritahu pada abah dan ibu yang Jenn itu berstatus janda anak seorang, jadi Rizq kena berterus-terang pada dia tentang niat sebenar Rizq. Kalau Rizq betul-betul nak melamar Jenn, terus-terang pada dia. Dan Rizq kena dengar apa jawapan dia dan Rizq kenalah terima apa jua jawapan dia."

Ku Teruskan Cinta [DISCONTINUED]Where stories live. Discover now