RIZQ mendengus geram apabila dia melihat tayar hadapan keretanya pancit. Dia menggaru-garu belakang leher melihat keadaan tayar-tayar yang pancit. Tayar-tayar dibahagian hadapan kanan dan kiri, kedua-duanya pancit. Rizq duduk mencangkung dan mengetuk permukaan tayar-tayar yang pancit. Dia melihat ada beberapa kesan torehan pada tayar-tayar tersebut. Rizq mengetap gigi menahan amarah.
"Hish! Siapalah punya kerja ni! Suka hati je toreh tayar kereta orang. Kalau aku jumpa orang yang buat tayar kereta aku macam ni, memang aku tumbuk sampai lebam."
Rizq menyeluk poket seluar kerja dan mengambil telefon pintarnya. Dia sempat mengerling sekeliling kawasan parkir. Kedudukan parkir keretanya sedikit tersorot dan sunyi membuatkan pelaku membolehkan berbuat sesuka hati. Rizq makin berasa marah.
Derap langkah yang keras dan laju menghampiri Rizq dari arah belakang. Rizq tidak menyedari perkara itu kerana dia sedang mencuba menelefon seseorang. Derap langkah tersebut kian menghampiri Rizq yang membelakangkan dirinya.
Pak.
Rizq tersentak sebaik sahaja satu tepukan keras singgah pada bahu kirinya lalu dia terus memusing tubuh ke belakang. Dia melihat Amsyar berdiri sambil mengerut dahi ke arahnya.
"Kenapa kau tak balik lagi? Ada masalah dengan kereta ke?" soal Amsyar sambil mengerling ke arah kereta Rizq.
Rizq menghela nafas kelegaan. Jantungnya berdegup laju bagaikan hendak tercabut keluar. Rizq menyimpan semula telefon pintarnya ke dalam poket seluar dan memuncungkan bibirkan ke arah tayar-tayar keretanya.
Amsyar duduk mencangkung dan memeriksa keadaan tayar kereta Rizq. Matanya sedikit membulat apabila matanya menangkap kesan torehan pada kedua-dua belah tayar kereta rakan sekerjanya itu.
"Wow! Dahsyatlah! Dua-dua belah pancit teruk ni. Tapi... ni macam kesan kena toreh, Rizq. Kau perasan tak?"
"Ha'ah, memang kesan kena toreh tu. Aku sampai saja dekat kereta, aku terus nampak tayar kereta aku pancit. Aku ingatkan sebelah saja, alih-alih dua-dua pancit. Dahlah aku tak ada tayar spare dalam bonet, dah tambah satu masalah lagi. Ini kalau aku dapat orang yang torehkan tayar-tayar kereta aku, habislah orang tu," rungut Rizq sambil mengetap gigi.
"Telefon tow truck sajalah. Aku boleh hantar kau balik. Lagipun kawasan parkir ni tak ada CCTV, susah sikitlah kau nak check siapa yang pancitkan tayar-tayar kau ni... Kau dah call tow truck ke?" soal Amsyar lalu dia bangun dan berdiri di sebelah Rizq.
"Dah tapi tak angkat call. Aku kena cuba sekali lagi. Kalau dapat called pun, tak mungkin diorang boleh sampai sekarang. Jalan jammed waktu macam ini, semua terburu-buru nak balik ke rumah. Haish! Sakit hati betul."
"Dah, jom aku hantarkan kau balik. Esok kau boleh telefon tow truck semula ataupun panggilkan mekanik datang tengokkan. Lagi sejam dah nak masuk waktu Maghrib, lama-lama kita dekat sini, yang lain pula yang keluar menumpang." Amsyar berkata sambil matanya meliar-liar memandang ke kiri dan kanan.
"Rumah kau dengan rumah aku bukannya sehala, lagi menyusahkan kau adalah. Macam inilah, aku call teksi saja," ucap Rizq yang tidak mahu menyusahkan teman sepejabatnya itu.
Amsyar berjalan ke arah keretanya yang hanya berjauhan dua petak parkir dari kereta Rizq. Dia menekan suis kawalan jauh kereta lalu memanaskan enjin kereta.
"Bro, jomlah. Yang kau tercegat dekat kereta tu dah kenapa?" Amsyar memanggil Rizq dan membuatkan Rizq memandang ke arah Amsyar dengan kerutan tergaris pada dahinya.
"Tak apa ke kau hantar aku? Tak menyusahkan ke?"
"No hal. Esok weekend, so aku boleh ambil kau semula untuk datang sini. Jom bro. Enjin dah panas ni. Cepat kita pergi dari sini, cepatlah kita sampai ke rumah."
YOU ARE READING
Ku Teruskan Cinta [DISCONTINUED]
RomanceHanya ada satu saja nama yang tertulis di dalam hatinya, iaitu Jennifer Ai Ren Deirdre. Sejak nama itu bertakhta di dalam hatinya, pintu hati segera dikunci rapat. Kunci hatinya hanya ada pada pemilik hati iaitu Jennifer. Perasaan sebagai kawan baik...