BAB 7

2.5K 150 11
                                    

RIZQ menolak beg bagasi Rizq Jr ke dalam almari pakaian di biliknya. Kemudian, dia memimpin sebelah tangan Rizq menuju ke arah katil lalu anak kecil itu duduk dengan sopannya di penjuru katil. Rizq duduk di sebelah anak kecil itu lalu mereka berdua berpandangan untuk seketika. Rizq sendiri tidak tahu kenapa dia boleh meminta Rizq Jr untuk tinggal dengannya sedangkan mereka berdua baru saja berkenalan. Rizq Jr mengukir senyuman ke arah Rizq dan senyuman anak kecil itu membuatkan Rizq turut tersenyum. Senyuman Rizq Jr memang serupa dengan senyuman Jennifer dan disebabkan itulah Rizq tersenyum. Dia seakan-akan nampak yang Jennifer sedang tersenyum kepadanya.

Selepas Jennifer meninggalkan mereka berdua di kafe beberapa jam yang lalu, Rizq telah membawa Rizq Jr pergi mengisi perut untuk makan tengahari sebelum pulang semula ke tempat penginapannya. Rizq Jr tidak cerewet tentang pemakanan cuma anak lelaki Jennifer ini tidak begitu gemarkan makanan yang berasaskan nasi. Mungkin Jennifer membiasakan anaknya dengan memakan masakan Perancis ataupun Cina. Sepanjang beberapa jam ditinggalkan oleh Jennifer, Rizq Jr tidak menangis mahupun meragam. Dia diam dan menuruti sahaja kata-kata Rizq. Dan Rizq juga telah membeli sebekas makaron pelbagai perisa untuk Rizq Jr sebelum mereka sampai di sini sebagai hadiah untuk Rizq Jr kerana telah berkelakuan baik. 

"At first, uncle want to says that uncle aren't good in babysitting children. I hope I can do my best to babysitting you and I hope Rizq will be fine and having a great time with uncle until your mama pick you up. We try to help each other. Deal?"

Rizq menghulur tapak tangan kanan ke udara dan dia menunggu balasan dari Rizq Jr. Rizq Jr mendekat dengan Rizq lalu didekatkan tapak tangannya ke arah tapak tangan Rizq.

"Deal! Mama told me to behave so I must behave myself. Mama will punish me if I disobeys her."

Rizq ketawa kecil mendengar jawapan Rizq Jr. Tak sangka yang Jennifer masih lagi garang orangnya. Dengan anak sendiri pun nak garamg jugak. Tak berubah-ubah langsung.

"She will not since she loved you so much. How can a mother scold her own son even you disobeys her. At least, your mama will nagging non stop. Am I right?"

"You are right uncle. I like you uncle. You are so nice to me, besides papa. But you are more nice than papa."

"You cannot said that. Your papa is more nice than me."

"Alright uncle. Understood."

"Good boy. What do you wants to do later? You will spends your seventh days with me. No really fun I guess since we both are men and I have got my male friends in here too."

Rizq Jr berbaring di atas tilam dan paha Rizq dijadikan sebagai alas kepalanya. Anak kecil itu menggerakkan bibirnya ke setiap sudut sebelum dia mendongak kepala memandang wajah Rizq. Untuk seketika, Rizq suka akan keadaan begini. Dia dan Rizq Jr menjadi rapat dengan tiba-tiba dan dia mulai sukakan Rizq Jr.

"Can I take a nap first, uncle? I'm sleepy. Then later we can play together. I brought few toys with me too. We can ask uncle's friends to play with us too later."

Rizq mengusap rambut Rizq Jr dan mengangguk.

"If that so, you take a nap first. Do you need something from your luggage so uncle can take it for you?"

Rizq Jr menggeleng lalu memeluk tubuh sekaligus dengan lututnya. Kedudukannya seperti seorang janin di dalam kandungan ibunya. Rizq kemudiannya membaringkan tubuh Rizq Jr dengan selesa agar anak kecil itu tidak mengalami sengal-sengal pada tubuhnya apabila dia bangun dari tidur nanti. Rizq Jr menguap sambil menggomel sesuatu di dalam Bahasa Perancis. Matanya kelihatan kuyu dan menunggu masa untuk terkatup rapat saja. Rizq membiarkan saja kelakuan Rizq Jr dan dia bangun bergerak menghampiri dinding yang berdekatan dengan pintu bilik lalu dia menaikkan suhu penghawa dingin agar tidak terlalu sejuk dan panas. Langsir tingkap yang terbuka luas ditarik sedikit agar tidak mengganggu waktu tidur Rizq Jr. Keadaan bilik penginapannya sekarang ini kelihatan sedikit gelap dan suhunya pula sedikit sejuk. Cukup selesa untuk Rizq Jr melelapkan matanya dan tidur dengan nyenyak.

Ku Teruskan Cinta [DISCONTINUED]Where stories live. Discover now