Penggunaan Bahasa Perancis dari Google Translate.
◇
◇
◇
◇The famous French-Chinese female model is said to be in love with a Malaysian man.
The female model is said to have been in love after living in Malaysia for the past three months. Jennifer Ai Ren Deirdre, better known as Jennifer or Jannah in France, seemed happy with the man when they went out together. Their relationship is said to have begun to wane when the model moved to......
KANE membaca petikan surat khabar atas talian itu dengan wajah yang merah. Tangan kanan digenggam menjadi penumbuk manakala tangan kiri yang memegang iPad mengigil. Kane melempar iPad itu ke lantai dan membuatkan iPad itu berkecai dari rangkanya dan serpihan-serpihan iPad bertebaran di atas lantai. Dia langsung tidak mempedulikan keadaan iPad yang baru dibeli pada beberapa bulan yang lepas. Hatinya menjadi sakit dan marah setelah membaca kandungan berita tersebut. Kane mengetap gigi menahan amarah yang semakin lama sukar untuk dibendung lagi. Vivienne memerhati tingkah Kane sambil jari-jemari yang runcing itu menari-nari di atas papan kekunci piano.
"Qu'est ce que tu vas faire? (Apa yang akan kau lakukan?)" Vivienne menyoal Kane.
"Brisez-les. Je ne laisserai personne près de Jenn surtout ce voleur! (Pisahkan mereka. Aku tak akan biarkan sesiapa dekat dengan Jenn termasuk perampas itu!)"
Kane melangkah ke arah meja kerjanya lalu dicapai telefon pintar dari jenama Apple itu dari atas meja. Jari-jemari Kane mulai menekan-nekan papan kekunci telefon pintar tersebut dengan laju. Tidak lama kemudian, bibirnya membentuk segaris senyuman. Senyumannya membawa satu makna. Vivienne yang bersandar pada tubuh piano itu meneguk segelas wain putih. Pandangan matanya kosong dan bersahaja.
"Qu'est ce que tu souris?(Kenapa kau tersenyum?)"
"J'ai acheté un billet d'avion. Je vais en Malaisie demain soir. (Aku telah membeli tiket penerbangan. Aku akan terbang ke Malaysia pada malam esok.)" Beritahu Kane kepada Vivienna. Dia tidak meminta kebenaran tetapi nada kata-katanya seakan-akan dia memberikan arahan.
Vivienne diam tidak mengucapkan sebarang kata-kata. Dia meneguk wain putih sehingga habis.
"Pensez-vous que Jenn aimera ça si vous allez en Malaisie? Elle ne vous acceptera jamais de retour, Kane. (Kamu rasa Jenn akan suka jika kamu ke Malaysia? Dia tidak akan menerima kamu kembali, Kane.)"
"Je vais lui faire accepter mon retour quoi qu'il arrive. J'ai Rayson, donc je peux utiliser mon fils comme appât pour que Jen me revienne. Et vous Vivi, je veux que vous poursuiviez notre prochain plan. (Aku akan buat dia menerima aku kembali walau apapun yang terjadi. Aku ada Rayson jadi aku boleh jadikan dia sebagai umpan untuk membuatkan Jenn kembali kepada aku. Dan kau Vivi, aku mahu kau teruskan rancangan kita.)"
"Quel plan, Kane? Je ne me souviens pas avoir fait un plan avec toi. (Rancangan apa, Kane? Aku tidak mengingati jika aku ada membuat perancangan dengan kau.)" Vivienne memandang Kane dan tersenyum. Senyuman Vivienna kelihatan sinis di mata Kane dan senyuman itu membuatkan Kane menjadi marah.
Kane mendekati Vivienne dan merapatkan tubuh mereka sehingga tiada ruang diantara mereka berdua. Kane menundukkan sedikit tubuhnya ke arah Vivienne dan menentang pandangan mata gadis tersebut. Vivienne kelihatan tidak takut. Malah, dia membalas semula pandangan mata Kane dan makin melebarkan lagi senyumannya. Untuk seketika, Vivienne terlupa siapa sebenarnya Kane.
YOU ARE READING
Ku Teruskan Cinta [DISCONTINUED]
RomanceHanya ada satu saja nama yang tertulis di dalam hatinya, iaitu Jennifer Ai Ren Deirdre. Sejak nama itu bertakhta di dalam hatinya, pintu hati segera dikunci rapat. Kunci hatinya hanya ada pada pemilik hati iaitu Jennifer. Perasaan sebagai kawan baik...