"MONSIEUR Kane est arrivé maintenant. Dois-je l'invite, monsieur? (Tuan Kane sudah sampai. Bolehkah saya benarkan dia masuk?)"
"Lui demander à me rencontrer dans ma bibliothèque. S'il vous plaît faire une tasse de café et un verre d'eau claire. (Suruh dia jumpa saya di perpustakaan saya. Bancuhkan secawan air kopi dan juga segelas air putih.)"
"Bien monsieur. Je allez maintenant. (Baiklah Sir. Saya pergi dulu.)"
Aida melangkah pergi menjemput Kane di pintu utama banglo Sir Leonardo. Sir Leonardo mengorak langkah dengan perlahan-lahan menuju ke perpustakaan kecil yang terletak di tingkat bawah, berdekatan dengan surau dan juga bilik tetamu. Sir Leonardo sudah menjangkakan kedatangan bekas menantunya setelah pemergian Jennifer dan Rizq Jr ke Malaysia. Pasti Kane sudah tahu tentang perkara tersebut dan dia sudah membayangkan reaksi bekas menantunya itu. Sir Leonardo duduk di tempat kesukaannya iaitu kerusi malas yang sudah pun berusia berpuluh-puluh tahun. Kerusi malas itu sudah ada sejak dari dia kecil lagi. Dan sekarang, usianya sudah menjangkau 50-an. Sudah lama tetapi masih lagi kukuh dan boleh digunakan.
Tok! Tok!
Daun pintu dikuak dari luar. Sebahagian tubuh Kane muncul di sebalik pintu dan Sir Leonardo memberi arahan secara tidak lisan kepada Kane agar masuk ke dalam. Kane melangkah masuk ke dalam dan dia membiarkan daun pintu terbuka begitu. Dia duduk berhadapan dengan Sir Leonardo. Wajah Kane yang tegang dikerling sekilas. Dia tahu kenapa Kane datang menemuinya
"Good evening daddy," sapa Kane sebagai pembuka bicara mereka. Dia pulang ke Paris dengan tergesa-gesa apabila dia mengetahui yang Jennifer dan anak mereka sudah pun berpindah ke Malaysia. Dia terpaksa membatalkan sesi photshoot di London gara-gara hal ini.
"Bonsoir Kane. (Selamat petang Kane.)"
Suasana sepi seketika. Aida muncul di muka pintu perpustaan sambil menatang dulang berisi secawan kopi panas dan segelas air putih. Aida masuk ke dalam dan mula menghidangkan minuman tersebut di atas meja di hadapan Sir Leonardo dan Kane. Dia berdiri dengan sopan di hadapan mereka berdua.
"Y at-il quelque chose que vous veut plus, monsieur? Je peux faire pour vous, monsieur. (Ada apa-apa yang Sir perlukan? Saya boleh ambilkan untuk Sir.)"
Aida menyoal hormat Sir Leonardo dan Kane membuat muka menyampahnya. Dia tidak suka dengan Aida. Bagi Kane, Aida adalah salah satu makhluk perosak di matanya. Padahal wanita itu tidak pernah berbuat apa kesalahan pada Kane. Itulah sikap Kane yang dibenci oleh Jennifer.
"S'il vous plaît aller. Nous ne pas besoin de rien. Je vous remercie, (Kami tak perlukan apa-apa. Sila pergi. Terima kasih,)" balas Kane dengan nada sarkastiknya. Aida tertunduk menahan rasa malu. Mukanya terasa membahang. Sir Leonardo berdehem kasar. Dia tidak suka mendengar nada percakapan Kane kepada Aida. Dia berasa Kane tidak menghormati Aida walaupun wanita itu adalah seorang pembantu rumah. Aida lah yang selalu menjaganya di kala dia memerlukan pertolongan dan Aida patut dilayan dengan baik. Tidak patut ada perbezaan darjat di dalam rumahnya.
"Don't be so rude towards Aida. Aida is my family. Apologize to her, Kane."
"Daddy, how can I..."
Sir Leonardo segera memintas kata-kata Kane. Dia tidak mahu memberi peluang untuk Kane dari terus berkata-kata.
"Apologize."
YOU ARE READING
Ku Teruskan Cinta [DISCONTINUED]
Roman d'amourHanya ada satu saja nama yang tertulis di dalam hatinya, iaitu Jennifer Ai Ren Deirdre. Sejak nama itu bertakhta di dalam hatinya, pintu hati segera dikunci rapat. Kunci hatinya hanya ada pada pemilik hati iaitu Jennifer. Perasaan sebagai kawan baik...