BAB 8

2.8K 165 18
                                    

Sebulan kemudian ...


"BIENVENUE à la Malaisie, Rizq (Selamat datang ke Malaysia, Rizq)!"

Rizq Jr menjerit kecil di dalam bahasa ibundanya sebaik saja dia melangkah turun dari perut kapal terbang. Jennifer meraih tapak tangan anaknya lalu bibirnya terus mengukir senyuman apabila dia mendengar kata-kata itu. Sebaik saja mereka mendarat di KLIA, Rizq Jr kelihatan sungguh gembira. Jennifer gembira apabila dia melihat anaknya gembira.

Sekarang, mereka berdiri di hadapan pintu keluar dan masuk KLIA. Kepala Rizq Jr menoleh ke kiri dan ke kanan beberapa kali. Dia tidak pernah datang ke Malaysia jadi suasana ini sedikit aneh dan dalam masa yang sama, dia berasa teruja. Sebelah lagi tangan Rizq Jr mengipas-ngipas wajahnya yang sudah pun mengeluarkan bintik-bintik kecil di sekitar dahi dan leher. Wajah dan lehernya mulai berubah menjadi warna merah.

"La Malaisie est chaude. Ne pas même comme France. Ne pas trop chaud, (Malaysia panaslah. Tak sama macam Perancis. Tak panas sangat,)" rungut Rizq Jr sambil mengesat peluh di leher dengan belakang tapak tangan. Bibirnya memuncung ke hadapan. Jennifer ketawa kecil melihat tingkah comel anak tunggalnya.

Jennifer akui yang cuaca di Malaysia tidak sama seperti di Perancis. Perancis mempunyai empat musim manakala di Malaysia pula hanya mempunyai dua musim. Dan cuaca panas di Malaysia memang membahang. Jennifer kadangkalanya juga tidak tahan dengan cuaca panas di Malaysia.

"Malaisie ne sont pas comme un France. Rizq sera fine avec le temps plus tard. La confiance maman que vous aimez cette météo bientôt. (Malaysia tak sama seperti Perancis. Rizq akan biasakan diri dengan cuaca ini nanti. Percayalah cakap mama yang Rizq akan suka dengan cuaca ini nanti.)"

"Je souhaite. Où sommes-nous allons maintenant, maman (Harap begitulah. Lepas ini kita hendak ke mana, mama)?"

"Notre maison (Rumah kita)."

Rizq Jr menoleh ke arah Jennifer lalu menjongket keningnya sebelah. Jennifer melebarkan senyuman di bibirnya.

"Est-ce grand comme grand-père maison? (Adakah rumah kita besar macam rumah datuk?)"

"Non. Notre nouvelle maison est assez pour deux d'entre nous. Maman comme grande maison. (Tak. Rumah baru kita cukup selesa untuk kita berdua. Mama tak suka rumah yang besar.)"

Genggaman tangan mereka masih lagi melekat kemas. Mereka akan menaiki teksi menuju ke rumah mereka sekejap lagi. Rumah yang dibeli oleh Jennifer hampir dua bulan yang lalu setelah dia menandatangani kontrak yang mengharuskan dia menetap di Malaysia selama dua tahun. Dia ada meminta Sir Leonardo untuk datang ke Malaysia dan tinggal bersama-samanya dengan Rizq Jr sementelah nanti dia akan mulai sibuk dengan kerjayanya di sini namun permintaannya ditolak dengan lembut oleh Sir Leonardo. Dengan kesihatannya yang tidak menentu itu, Sir Leonardo memilih untuk tinggal di negara kelahirannya. Lagipula, ada saudara-maranya yang boleh datang menjenguknya selama Jennifer dan Rizq Jr tiada di Perancis. Pembantu rumah mereka juga ada untuk menjaga Sir Leonardo di sana.

"Pourquoi papa est pas venir ici avec nous? (Mama, kenapa papa tak datang bersama-sama dengan kita)?"

Pertanyaan Rizq Jr membuatkan Jennifer langsung memandang wajah anak tunggalnya. Walaupun Rizq Jr sudah ada di bumi Malaysia, dia tetap menanyakan perihal Kane. Jennifer mengukir senyuman kecil. Mahu saja dia menyuruh agar anaknya tidak memikirkan soal Kane, namun Kane adalah papa kepada anaknya walaupun Jennifer membenci Kane dan sikapnya. Pertalian darah diantara Rizq Jr dan Kane tidak akan pernah terputus, tidak seperti hubungan dia dan Kane yang dahulunya pernah terikat dan kini sudah terputus.

Ku Teruskan Cinta [DISCONTINUED]Where stories live. Discover now