BAB 6

3.5K 216 13
                                    

SILING bilik dipandang dengan penuh khusyuk. Sejak selesai sarapan pagi sejam yang lalu, dia sudah pun termenung di atas katil. Yang lain ada yang sudah keluar bersiar-siar di sekitar kawasan hotel manakala yang lain memilih untuk berehat di dalam bilik saja sementara menunggu waktu makan tengahari memandangkan selepas waktu tengahari mereka sekumpulan akan mulai keluar menerokai bandar Paris.

Rizq mengeluh perlahan. Fikirannya asyik terfikirkan kata-kata Sir Leonardo sejak dari tadi. Dia tidak memahami kenapa Sir Leonardo memesannya begitu. Kenapa tidak dipesan saja pada Kane padahal Kane adalah menantunya. Dan dia pula hanyalah seorang teman kepada Jennifer. Dia hairan dengan sikap Sir Leonardo dan juga Jennifer. Mereka seakan-akan tidak mengendahkan kewujudan Kane padahal Kane adalah menantu Sir Leonardo dan suami Jennifer serta papa kepada Rizq Jr.

'Apa sebenarnya yang dah berlaku pada kau, Jane?'

"Argh! Apa yang patut aku buat sekarang?!"

Rizq menjerit kuat lalu meramas-ramas rambutnya. Kusut fikirannya memikirkan pesanan Sir Leonardo itu. Rizq bangun dari pembaringan lalu menyandar tubuh pada kepala katil. Amsyar berdiri di muka pintu bilik air sebaik saja dia melangkah keluar dari dalam bilik air. Dia baru selesai mandi setelah kembali dari joging. Amsyar memandang tingkah Rizq yang berlainan sejak dari malam semalam lagi.

"Apahal ni bro? Menjerit macam mati bini je. Nak cakap kau ada bini, tak ada. Kekasih? Lagilah tak ada. Jadi, apa ceritanya ni?" Amsyar menegur Rizq sambil menghampiri jejaka itu. Sebelah bahu Rizq ditepuk perlahan sekadar mengejutkan jejaka itu dari lamunannya.

"Hah?"

Rizq memandang ke arah Amsyar dengan terpinga-pinga. Dia tidak mendengar pertanyaan Amsyar.

"Kenapa dengan kau ni? Sejak kau balik malam semalam kan, aku tengok kau lain macam je. Kau ada sorokkan sesuatu dari pengetahuan aku ke? Semalam, kau pergi mana dan kau balik dengan siapa? Penat kami semua mencari kau dekat tempat kau duduk berehat tu tapi tak jumpa-jumpa. Nasib baik kau ni dah besar panjang, tak adalah kami semua risau sangat."

"Oh. Maaflah tentang semalam. Aku terlupa nak beritahu kau dan yang lain. Sebenarnya, waktu tu aku terjumpa dengan dia."

Amsyar yang baru hendak memakai baju terus menoleh ke arah Rizq. Apa maksud kata-kata Rizq dengan Rizq 'terjumpa dengan dia'? Siapa 'dia' yang dimaksudkan oleh Rizq?

"Siapa? Kawan kau ke?"

Amsyar menoleh sekilas ke arah Rizq. Rizq menggeleng kepala menjawab pertanyaan Amsyar.

"Habis tu kalau bukan kawan kau, siapa? Cuba kau terus-terang dengan aku. Siapa 'dia' tu sebenarnya?" Soal Amsyar lalu menyarung baju ke tubuhnya.

"Jennifer."

Amsyar segera menerpa Rizq lalu duduk di sisi katil. Matanya memandang wajah Rizq lama-lama. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya sebentar tadi. Rizq terjumpa Jennifer? Unbelieveable!

"Aku terjumpa dengan dia masa kita dekat taman. Yang masa kau dengan yang lain mencari aku sampai tak jumpa tu, masa itu aku pergi ikut dia photoshoot. Aku langsung tak sangka yang aku dapat jumpa dia selepas lima tahun berlalu. Tapikan Syar, aku rasa aku patut terima je cadangan ibu dan abah aku soal jodoh."

"Kenapa pula? Kau dah pun jumpa dengan Jennifer dan kau cakap kau nak terima cadangan ibu dan abah kau? Cuba kau beritahu aku sebabnya kenapa. Punyalah lama kau tunggu dia, last-last kau nak mengalah macam ni. This is not you, Rizq."

"Dia dah kahwin Syar. Kau rasa patut ke aku masuk dalam kehidupan dia lagi? Boleh lagi ke aku nak tunggu dia sedangkan aku dah tahu tentang status dia. Lima tahun aku tunggu dia, Syar tapi dia dah kahwin. Dia kahwin pula dengan bekas kekasih dia."

Ku Teruskan Cinta [DISCONTINUED]Where stories live. Discover now