"WHERE is my partner, Johnny?" Akhirnya suara Jennifer melantun keluar setelah satu jam tiga puluh minit dia dan yang lain menunggu di dalam LB Studio untuk photoshoot bagi produk jam tangan.
Johnny yang ke hulu-hilir tidak mendengar pertanyaan Jennifer itu. Dia sibuk menelefon model-model yang sedang lapang sekarang namun sukar untuk mendapatkan mereka sekarang. Krew-krew yang lain berpandangan sesama sendiri dan mengangkat bahu tanda tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Mereka semua sudah faham dengan cara Jennifer bekerja. Jennifer tidak suka bekerja dengan mana-mana model yang membuatkan krew-krew atau orang lain menunggu lama dan langsung tidak menghormati masa orang lain. Jennifer sungguh tidak suka dengan model-model yang mempunyai sikap begitu semasa bekerja. Tidak profesional bagi Jennifer.
Rizq yang duduk sedikit jauh dari Jennifer memandang wajah Jennifer. Rizq sudah memberitahu Amsyar yang dia telah menjumpai Jennifer dan mengikuti wanita itu. Pasti nanti bila dia balik ke hotel, Amsyar dan yang lain akan menyoalnya. Wajah model itu sudah menunjukkan riak tidak senang. Bibirnya memuncung panjang ke hadapan. Tapi Jennifer masih cantik seperti dulu.
"Kau masih lagi cantik macam dulu Jenn. Dan sekarang, kau makin cantik dengan imej baru kau. Alhamdulillah akhirnya kau peluk Islam juga," tutur Rizq perlahan.
Tapi, ada sesuatu perkara yang membuatkan Rizq bingung. Kenapa Jennifer pilih Kane sedangkan Jennifer sendiri tahu sikap sebenar Kane padanya. Rizq sudah putus asa sekarang. Dia sedar yang dia perlu berhenti dari menagih cinta Jennifer dan dia patut meneruskan niat ibu dan ayahnya untuk melihat dia berkahwin. Rizq memejam mata dan menghela nafas keluar.
'Teruskan apa yang ayah dan ibu mahu, Rizq. Penantian kau selama lima tahun ini sudah sampai dan berhentilah. Dia sudah ada kehidupannya sekarang. Dia, Kane dan Rizq Jr. Mereka bahagia dengan kehidupan mereka sekarang.'
Di dalam studio 3A, suasana menjadi tegang. Semuanya gara-gara model lelaki yang tidak memunculkan diri. Nampaknya model lelaki itu belum tahu lagi macam mana cara Jennifer bekerja. Wanita ini begitu tegas dalam soal kerja. Jangan main-main soal kerja dengannya. Sesiapa yang bekerja sambil lewa dengannya, untuk sesi photoshoot seterusnya Jennifer tidak akan memilih model itu lagi. Cukuplah hanya sekali sahaja. Dan disebabkan itulah ramai model bekerja dengan baik apabila digandingkan dengan Jennifer. Mereka tahu tahap popular Jennifer berada di mana.
"Johnny! I'm asking you. Are you listening to me or not?!" Suara Jennifer mula meninggi apabila Johnny tidak memberikannya jawapan. Salah seorang dari krew di bahagian stail bergerak ke arah Johnny lalu menepuk bahu Johnny dan kemudiannya menunding jari ke arah Jennifer yang sedang duduk dan memandang tepat ke arah Johnny. Raut wajah Jennifer sudah berubah. Mereka faham yang Jennifer sedang menahan amarah sekarang tetapi wanita ini pandai mengawalnya.
"Yeah-yeah. I'm so sorry Jannah, I don't heard you. Oh about your partnet, I just received his management call. His management said that your partner cannot came today because he got back with suddenly. So, we cannot continue our photoshoot session today."
Johnny memandang Jennifer sambil menayang riak serba-salahnya. Pasti model lelaki ini tidak akan dipilih lagi oleh Jennifer selepas ini. Jennifer mengeluh kesal. Dia mengetap gigi dan memeluk tubuh. Johnny sendiri tidak tahu hendak berbuat apa lagi, mereka tiada back-up plan. Kebiasaannya mereka semua ada saja back-up plan yang lain jika berlaku kejadian seperti ini ataupun disebabkan perkara lain.
"I don't want him anymore. Zias, blacklist his name from being my partner. A model with a good face but with no attitude is not good. Just good in wasting people's time."
Jennifer bingkas berdiri. Raut wajah yang sedang menahan amarah sukar dikawal lagi. Zias, pengurus kepada Jennifer mengangguk faham dengan kata-kata Jennifer. Dia faham betul dengan etika kerja Jennifer. Pastikan model yang hendak digandingkan dengan Jennifer tidak membuat masalah atau Jennifer akan terus menyenarai hitam nama model itu selepas itu. Sepanjang lima tahun Jennifer menjadi model di Paris, sudah ramai model yang nama mereka disenarai hitamkan menjadi model Jennifer. Semuanya mempunyai masalah berkaitan dengan disiplin.
YOU ARE READING
Ku Teruskan Cinta [DISCONTINUED]
RomanceHanya ada satu saja nama yang tertulis di dalam hatinya, iaitu Jennifer Ai Ren Deirdre. Sejak nama itu bertakhta di dalam hatinya, pintu hati segera dikunci rapat. Kunci hatinya hanya ada pada pemilik hati iaitu Jennifer. Perasaan sebagai kawan baik...