Part 16

674 48 0
                                    


Tentang move on.

Jika kalian bertanya kepada aku tentang tips lupakan ex ini jawapan aku.

Sebagaimana kau pernah melupakan Allah maka begitu jugalah hal yang sama yang perlu kau lakukan terhadap ex atau crush kau. Allah yang menciptakan kau, tapi kau boleh lupakan Allag. Lalu kenapa tidak pada manusia yang belum tentu halal buat kau untuk kau lupakan? Kenapa tidak kau lupakan si dia yang belum tentu jodoh kau. Melupakan si dia manusia yang kau baru kenal.

Lupakan si dia insan yang tak reti nak hargai. Jangan malas lagi. Sila move on untuk diri kau. Jangan fikir soal dia. Usah berharap dia akan kembali semula. Usah bermimpi di siang hari lagi.

Mulai sekarang azam lah untuk padam number dia. Padam gambar dia. Hapus tiap kenangan. Hapus dia dari dalam hati dan hidup kau. Kalau kau kata nak move on tapi kau masih simpan gambar dia, masih lagi berdegil untuk hapus dia daripada hati dan hidup kau.

Biar aku menghakimi diri kau yang tersangat malas nak move on itu.

Sebenarnya kamu bukannya tengah move on kan diri kau. Tapi kau sedang siksa diri kau. Siksa hati dan perasaan kau. Kalau benar nak lupakan mohon delete tiap yang tak sepatutnya hadir dalam hidup kau tanpa bertapi. Tanpa berdalih lagi. Tanpa dipaksakan walaupun untuk seketika cuma.

Percayakan dirimu sendiri. Andai kamu dah usaha semaksimum mungkin untuk lupakan dia maka kau akan lupakan dia seperti mana kau pernah lupakan Allah.

Aku dah kata:

"Jangan mudah memberi hati seperti memberi kangkung berharga 2ringgit yang dijual di pasar pagi, kerana hati kau ni bukan bisa yang sentiasa kental. Kadang kadang akan jatuh tewas jua pada akhirnya.

Sekarang sudah terluka. Padanlah muka, sapa suruh bercinta. "

Couple Or Crush Where stories live. Discover now