Part 50

245 18 0
                                    


🔴Assalamualaikum
Kak..
Sy ad seorang kawan
Dia bercinta dah 6 tahun
Jadi macam mana nk suh dia lupakan kekasih dia tu

✅Dua tiga yang chat tentang soalan yang sama.

"Macam mana nak lepaskan orang kita sayang?"

"Bila putus tunang, macam mana nak lupakan?"

Yang k. Tikah boleh konklusi ini semua tentang pasangan dan kekecewaan. K. Tikah pun tidak tahu ingin mengatakan bagaimana kerana empunya diri yang merasai.

Teringat erti 'redha' saat abah meninggalkan k. Tikah. Memang hilang separuh harapan, bermandi air mata, hanya Allah yang mengetahui kecewa dan kesakitan itu hinggalah k. Tikah memahami sesuatu. "Redha" adalah melepaskan. Dia adalah hak Allah bukan hak kita. Kehendak Allah melebihi kehendak kita. Memang kita nak bersama dia, kenangan sukar nak lupa tetapi kita perlu sedar kehendak Allah melebihi kehendak kita. Siapa kita untuk menidakkan takdir Allah kan?

Selalu k. Tikah ingatkan kematian dan perkahwinan itu perlukan persediaan. Jika kita meletakkan harapan kepada seseorang tinggi daripada harapan kepada Allah saat itulah kita akan kecewa. Mati itu pasti. Siapkan untuk satu kepastian itu. Jangan menyalahkan pertemuan tetapi galilah hikmahnya. Mungkin ini jalan yang Allah pilih untuk kita mendekatkan diri kepada Dia.

Khas untukmu wanita, jangan terhegeh-hegeh mengejar lelaki. Andai dia menerima kita kerana Allah, kerana agama dan akhlak kita, ikhlas menerima baik buruk kita, dia akan alirkan dan sentuh hati kita dengan cara yang halal. Lelaki mulut manis lebih daripada madu, jangan meletakkan harapan terlalu tinggi nanti kita akan kecewa. Cukup sekadarnya sahaja. Kumbang sekarang bukan yang biasa sahaja tetapi islamik moden pun ramai. Jadi, berhati-hatilah wahai bunga kesayangan k. Tikah. Jangan mudah menyerahkan hati itu ya. Cari cinta yang hakiki iaitu Allah dan Rasulullah. Cari cinta yang ikhlas untuk kita selama ini iaitu ibu bapa.

In shaa Allah k. Tikah cuba bagi sedikit tips ya.

Pertamanya bangun daripada mimpi itu, ambik wudhuk, solat taubat kerana kita penuh dosa. Bersihkan hati dengan istighfar. Hati yang bersih mampu merasai ketenangan.

Kedua buang segala kenangan dengan meletakkan dalam album kehidupan. Dibuka untuk ibrah agar kita tidak jatuh lagi.

Ketiga dengar, baca dan lihat benda-benda yang bermanfaat bukan lagu jiwang untuk membuat air mata itu mengalir lagi. Baca dan hayati ayat-ayat al-Quran dan sirah-sirah Nabi.

Keempat sibukkan diri dengan usrah atau aktiviti yang membuat jiwa kita hidup untuk lebih kenal Allah. Jangan berseorangan kerana emosi masih tidak stabil, takut syaitan akan mencucuk jarum. Pergi tempat-tempat yang menenangkan contohnya pantai atau masjid.

Pesanan terakhir untuk adik-adik, bangkitlah. Jatuh kerana manusia, bangkitlah kerana Allah. Mohon kekuatan, ketenangan dan kebahagiaan dengan Allah. Ingatlah di Akhirat nanti syafaat Rasulullah dan redha Allah yang kita inginkan. Tepuk dada tanya iman, cinta Allah dan Rasulullah tingkat mana di hati kita? Ingatlah, apa yang kita buat semua akan dipertanggungjawabkan. Biarkan Allah mengatur kebahagiaan kita dengan cara-Nya.😊❤

-siput pink-

Couple Or Crush Where stories live. Discover now