Ramai sangat yang down sebab cinta . Especially perempuan lah .
Lepas putus cinta nangis tu tak yah cakaplah tapi meraung , salahkan takdir , salahkan orang lain , tak redha , murungkan diri . Apa yang kita dapat dari semua tu ?
Kepuasan? Kepuasan apa kalau duk seksa diri sendiri ? Come on lah jangan duk layan sangat perasaan tu .
Semua ni Allah yang tentukan . Dia tinggalkan kau ? Dia curang dengan kau ? Dia bodohkan kau ? Bukan salah dia tapi salah diri sendiri yang terlalu mudah menyerahkan hati .
Dah tau dia tu manusia yang pergi serahkan hati sepenuhnya tu pasai apa ? Hati manusia Allah yang pegang kan ? So Allah berhak nak bolak balikkan hati si dia tu untuk sayangkan orang lain .
Apa ? Salah Allah yang bolak balikkan hati dia ? Salah Allah sebab kejam dengan kau ? Tapi sebelum tu pikir apa salah kau dengan Allah ? Solat ? Buat tak ? Awal tak ? Ingat DIA dalam solat atau ingat si dia ?
Kalau solat pun masih lupakan DIA jadi kalau Allah ubah haluan hati si dia pun bukan salah Allah kan ? Dah memang tu yang layak kita terima sebab dosa yang kita buat jadi kenapa nak pertikaikan ?
Lagi satu .. Allah tak pernah salah dalam buat sesuatu . Dia buat bukan sebab Dia kejam tapi sebab Dia masih sayangkan kau . Dia nak sedarkan kau yang dunia ni tipu je . Tapi kau ? Duk salahkan takdir ? What the ?
"Aku salahkan takdir pun sebab dah takdir aku macam ni"
Pandai pulak cakap pasal takdir -_-
Memang setiap apa yang jadi dalam hidup kita ni takdir tapi sebelum tu pikir . Allah bagi kita akal kan ? Bagi kita iman ? Agama ? Allah bagi kan semua tu ? Jadi kenapa tak gunakan semua tu untuk tangani takdir kita ?
Orang yang selalu cakap "dah tu takdir aku , nak buat macam mana lagi" ni umpama dah tahu orang nak datang bunuh kita kejap lagi tapi masih terima dengan 'redha' . Pembunuh dah datang dekat bukan nak lari tapi tunggu sebab 'redha' dengan takdir . Krik krik krik -_- .
Kau ada iman , ada akal , ada doa sebagai senjata why not tak gunakan semua tu untuk ubah takdir berduka lara kau tu ?
Bukannya nak suruh kau lawan takdir tapi nak suruh kau ingat Allah . Ingat yang Allah ada untuk kau walau apa pun keadaan kau .
Jangan hambakan diri kerana cinta manusia . Jangan nak buat drama tv3 dengan menangis dan mengadu kat orang lain . Kau tak tau pun orang tu dah menyampah dengan cerita kau tapi Allah tak pernah menyampah . Tapi Allah nak dengar luahan dan rintihan hambaNya , nak dengar , nak dengar dan nak dengar . Jadi Dia tempat untuk kau meluah segalanya bukan manusia .
Nak kuat ? Allah Ada ☝️ . Aku ada Allah , kau ada Allah , kita ada Allah
![](https://img.wattpad.com/cover/97208325-288-k792134.jpg)
YOU ARE READING
Couple Or Crush
RomanceBerkisahkan tentang kisah cinta, couple, crush, move on. Daripada awak-awak semua baca story cinta yag mengarut, baik awak baca story ni. Kita sama-sama kenal erti cinta, hukum cinta dan seangkatan dengan cinta. Jom! Jom! Jom! Note : Jangan tersal...