Part 34

354 28 0
                                    


Tengok budak belasan tahun,
Saling bertukar gambar dengan pasangan.
Tengok wajah pun,
Mentah lagi.
Suap makanan pun,
Tak lurus lagi.
Bab bersuci pun,
Mak masuk campur lagi.

Komen-komen followers pulak be like,

​"Sweetnya korang 😍 semoga kekal hingga ke jannah gais!"​

Tudiaaa... 👉🏼👈🏼
Lupa ke jinjang pelamin,
Laju ja nak ke jannah terus 🌚
Adik manis,
Ingat 'jannah' tu boleh dapat dengan ayat manis-bersemut? 🐒

Boleh kot 🤔
Kalau yang dimaksudkan Jannah anak Pak Matsod tu 😬

Mai pulak Abang-Serbanis gian post gambar muslimah,
Fully-covered with a veil.
And his caption,

​Alhamdulillah,​
​Ana terharu dengan kesungguhan ukhti,​
​Memelihara harga diri dari pandangan ajnabi,​
​Wahai bakal bidadari ana,​
​Masanya akan tiba nanti,​
​Ana pimpin ukhti ke syurga-Nya,​
​Jangan lupa apa ana pesan tahu,​
​Tak lama lagi,​
​Hingga tiba saat itu,​
​Peliharalah maruah dan cinta ukhti,​
​Untuk ana halalkan.​
​#BercintaSelepasNikah​
​#AnaUhibbukiFillahYaZaujati​

For God sake! 😳
What kind of 'maruah' are you talking about!?

Apakah kesucian diri seorang wanita itu diukur hanya melalui satu punca? 🤦🏿‍♀

Apa kau mengira tanpa menyentuh tubuhnya,
Meski kau telah rasmi menikmati wajah dan hatinya,
Tidak membawa apa-apa kerosakkan pada tuan empunya? 🤦🏿‍♀

Wah! 😮
Betapa murahnya maruah seorang 'zaujah',
Yang sedang kau pamerkan pada kami semua,
Dikhabarkan pada dunia bahawa betapa bodohnya dia,
Kerana tertipu dengan permainan cinta islamik yang kau bawa 🤦🏿‍♀

Mungkin...
Dia tidak sedar,
Kau juga tergolong dari ajnabi,
Yang konon sedang cuba menjaga maruah daripada dinikmati,
Sebelum waktunya dinikahi.

Dia tidak sedar,
Kau sedang menginjak-meludah maruahnya,
Ketika dia menunduk patuh pada segala apa yang kau kata,
Atas tiket kau bakal,
Ulang,
Bakal jadi suami kepadanya.

Dia tidak sedar,
Lelaki soleh lagi beriman bukanlah yang menjanjikan syurga,
Padahal jalan dititi menuju ke neraka.

Mereka giat membangkitkan ummah yang sedang tenat dan sekarat,
Ketika yang lain nak bangun subuh berjemaah pun liat 💣

Kau gigih membahagi masa untuk bergayut⚡
Diwaktu sepatutnya untuk bertahajjud.
Kau patuh dan tunduk melayan ghairah⚡
Disaat yang lain sedang duduk mendengar tazkirah.
Kau terus lena dibuai cinta palsu dari ajnabi⚡
Sedang yang lain cuba mengikut jejak langkah Nabi Muhammad SAW.

Sudah bertemu walinya? 💣🌚

Walaupun bukan untuk meminangnya, setidaknya untuk menyatakan hasrat dihati yang kau bersungguh untuk ber-bidadari-kan dia dengan satu-satunya cara, bernikah.

Sudah mendekati keluarganya? 💣🌚

Atau kau hanya tahu,
Mendekati,
Mempelajari,
Meneliti,
Mengamati,
Setiap inci tubuh badannya? 🌚
Setiap bisik katanya? 🌚
Setiap gelora dihatinya? 🌚
Setiap lirikan matanya? 🌚
Setiap gema suaranya? 🌚

Ehh!
Apa langkah yang sudah kau buat untuk memaknakan cinta yang kau tiupkan dihatinya? 💣

Bro,
Jangan terlalu mendabik dada,
Melunaskan nafsu menggunakan agama,
Mendongak ke langit tak ingat tanah,
Sehingga terlupa akan Dia

Allah yang...
Maha Melihat
Maha Mendengar
Maha Mengetahui
Maha Adil
Maha Bijaksana

Tidak walau sekali,
Kau berjaya memanipulasi Tuhan,
Untuk menjual agama,
Kemudian meraih pahala,
Melainkan dosa besar,
Ganjaran yang bakal kau terima 🔥

Katanya belajar bab agama,
Sudah tentu sedia maklum akan janji Allah SWT,
Dalam surah an-nur ayat 26 .

Sedang janji Allah itu pasti, adalah bodoh andai kau cuba mengabaikannya 🔫

Cuma nak tambah,
Sedikit saja untuk peringatan santai bersama,
Pura-pura soleh akan dapat yang pura-pura solehah, yaa ⚡☄💣🔥🌚

Jap, tak habis sampai situ.

Bila ditegur, kau jawab dengan penuh yakin,

​"Aku tidak pernah menyentuhnya hatta hanya jemarinya. Jauh nak kata kami berzina. Kalau hati tu dah hitam, memang susah nak bersangka baik. Kau ingat aku taktahu hukum ke? Aku memang ada niat nak nikahi dia. Kau tu, pergilah tadah kitab banyak-banyak"​

Ya,
Tidak kau sentuh tubuhnya.
Tapi,
Hati dan wajahnya,
Sudah kau ratah sepuasnya,
Kau sedut segala 'seri' yang dia ada,
Sepatutnya dirasmikan oleh suami yang memilikinya dengan cara yang sah.
Bukan dilihat betapa islaminya kata-kata,
Atau seperti syurga yang kau janji untuknya,
Walhal kau sendiri jelas tidak menuju ke sana.

Bro,
Niat?
Dengan 'niat' saja boleh buat sistem barter dengan 'maruah' dia?

Budak umur 7-8 tahun kalau bermain cinta pun memang pasang niat nak bernikah,
Tapi, sejauh mana dia faham apa yang dimaksudkan dengan 'pernikahan' tu?

Nak kata jahil, belajar agama.
Nak kata terencat, elok susunan katanya.

Ke........

Sudahlah ✋

Cuma nak pesan satu saja,

Satu

Pesan satu saja,

"Sudah-sudahlah tunggang agama tu bro. Belajar pulak tunggang kuda, buat sunnah dapat pahala, InshaaAllah ."

Tak boleh telan?
Tak boleh hadam?
Rasa dan kunyah sikit pun jadilah 💕

Couple Or Crush Where stories live. Discover now