CINTA SEBELUM KAHWIN ITU KUDISWahai lelaki, andalah yang akan mencorak cinta dengan wanita itu. Baiknya anda, baiklah cinta itu. Jangan gopoh mencurahkan perasaan. Wanita itu haram. Haram seperti wanita lain. Hanya akad nikah sahaja yang menghalalkan yang haram.
Kuatkanlah iman. Bila rindu membuak-buak, ambillah wudu' dan solatlah. Menangislah sepuasnya. Mengadulah pada Tuhan bahawa kau merindui wanita itu. Jangan sesekali kau rosakkan hati wanita dengan berani melafazkan ayat cinta. Hati wanita ini nipis dan halus. Mudah cair dengan ayat-ayat cinta.
Tahanlah diri dari berhubung wanita itu. Sekali kau berhubung, berkali-kali syaitan membisikkan untuk kau mencari alasan untuk berhubung si dia. Bila kau ada masalah, kau hanya fikir untuk mengadu pada dia tapi sudah lupa DIA yang paling utama.
Cinta sebelum kahwin ini seperti kudis. Sedap ketika digaru, tapi menderita bila berdarah. Sama seperti cinta, nafsu akan kata sedap tapi hati menderita. Hilang ketenangan, hilang kemanisan ibadat.
Sanggupkah kau kehilangan kemanisan ibadat hanya untuk cinta seorang wanita? Wanita yang belum pasti menjadi jodohmu. Kau tidak tahu apa yang berlaku kemudian hari. Wanita itu mungkin akan mati, lumpuh atau putus cinta. Semua itu tidak mustahil. Sangatlah rugi bila kau kehilangan wanita itu, tapi lagi rugi kau kehilangan kemanisan iman. Rugi dunia, rugi akhirat.
Beramallah dengan ayat Allah. Jauhi diri dan ahli keluarga dari api neraka. Bukan selepas kahwin baru nak mula, tapi sekarang. Bermula kau mengenali dia dan menyimpan rasa cinta. Jagalah diri dan dia dari api neraka!
Wahai wanita, mahalkan lah dirimu. Jangan mudah tergoda dengan pujuk rayu lelaki. Jika kau sayang pada dia, jangan cabut iman dalam hatinya. Jangan rosakkan keizzahan dirinya. Tegaslah walau dia tidak suka. Kerana kau lebih mencari cinta Allah dan kau lebih takut padaNya.
Biarlah dia mahu merajuk berkali-kali bila kau mula bertegas. Tapi kau jangan mengalah walau sekali. Kerana kau berada dijalan yang betul. Kau pertahankan kesucian cinta dengan ketegasanmu. Simpanlah segala kelembutan selepas dia menjadi halal untukmu. Sekarang kau dan dia tiada erti apa-apa yang boleh menghalalkan yang haram.
Bermujahadahlah wahai lelaki dan wanita, sebaiknya gunalah orang tengah untuk berhubung. Hari ini kau boleh kata 'ana nak contact enti ada keperluan' tapi esok dan lusa, syaitan akan bagi kau ilham untuk mencipta alasan untuk berhubung, mesej, call, skype.
Syaitan ini licik. Sangat licik. Jika kau orang agama, orang ditarbiah maka syaitan akan mengguna hujah agama untuk memujukmu. ' Kali ini je, lepas ni aku bertaubat, aku istighfar'.
Sekali kau bagi peluang untuk call, kau sudah berada dalam bahaya. Zina semakin dekat dengan kamu berdua. Percayalah ayat Allah; Jangan kau dekati zina.
Kembalilah pada Allah jika kau sudah tersasar jauh. Pintu taubat masih terbuka. Masih belum terlambat. Jagalah kesucian cinta kamu...
Wallahualam.
Credit to : Ab Malik Ab Razak
YOU ARE READING
Couple Or Crush
Любовные романыBerkisahkan tentang kisah cinta, couple, crush, move on. Daripada awak-awak semua baca story cinta yag mengarut, baik awak baca story ni. Kita sama-sama kenal erti cinta, hukum cinta dan seangkatan dengan cinta. Jom! Jom! Jom! Note : Jangan tersal...