Part 61

254 14 0
                                    


Mungkin ramai orang yang punya cinta tapi tidak ramai yang punya 'setia'.

Kesetiaan itulah yang sukar kita miliki.

Dalam kehidupan berjamaah pun kita lihat ramai yang kecundang dengan kesetiaan. Mereka boleh setia bila pegang jawatan atau bila jamaah berada didalam kesenangan tetapi bila jamaah di timpa ujian dan tribulasi mereka lari dan meninggalkan.

Bila jawatan yang disandang diambil kembali mereka keluar dari jamaah dan menjadi petualang dengan pelbagai alasan. Tidak bolehkah mereka setia seperti khalid Al Walid yang dilucut jawatan?

Begitu juga di alam percintaan dan rumahtangga. Ada yang setia waktu bunga bermekaran dan haruman berwangian tetapi bila rumahtangga di pertengahan jalan dan usia semakin kelayuan, kesetiaan sirna di mamah zaman.

Apakah kita begitu? Apakah contoh tauladan terdahulu mengajar kita begitu?

Sahabat terdahulu setia dalam perjuangan hingga putus nyawa dari badan kerana sebuah perjuangan.

Lihatlah rumahtangga bunda khadijah. Manusia yang punya sifat 'wafa' atau kesetiaan. Beliau setia dengan Rasullulah susah dan senang. Saat baginda didustai dan dimusuhi, beliau setia menemani.

Rasullulah juga begitu. Bukan hanya setia pada bunda Khadijah disaat hidup isterinya malah setelah ibunda khadijah wafat dan baginda punya penganti yang lebih muda pun, baginda terus setia.

Baginda sering menyebut nyebut nama isterinya. Hinggakan waktu menyembelih kambing untuk dimakan para sahabatnya baginda  terus mengingati khadijah dengan caranya. " Tolong hantar bagian ini pada sifulanah, dan yang ini kepada sifulanah itu." Saat ditanyakan kepada baginda, " kenapa harus diberi kepada mereka bagian itu?" Rasullulah menjawab, " mereka itu adalah teman teman baik isteriku khadijah."

Mana mungkin ibunda Aisyah tidak cemburu, " aku tidak cemburu pada seorang pun isteri Rasullulah seperti cemburuku pada khadijah"

Itulah contoh "Al-Wafa" atau kesetiaan baginda pada isterinya.

Bukan hanya pada hayatnya khadijah tapi saat bunda khadijah telah lama wafat pun baginda tetap dengan jiwa kesetiaannya.

Kesetiaan bukanlah boleh dibuat buat tapi ianya datang dari nurani yang suci!

Kita?

Usah ditanya jiwa alwafa' kita. Jauh tersangat jauh.

Tibalah saatnya kita merenungi. Dimana harus kita bermula kembali!🍃💕

Couple Or Crush Where stories live. Discover now