Part 60

236 17 0
                                    


Written by: bintu ramli

Merpati dua sejoli.. tidak asing lagi gelaran itu dalam kalangan masyarakat kita..

Kisah ini bukanlah kisah couple seperti yg digambarkan oleh rangkai kata tadi.
----------------
Hasan berjalan tenang menuju ke mejanya di bilik guru.. di hadapan pintu di bilik guru, ketika dia mahu menolak pintu gelangsar kayu tersebut, tiba2 seorang hawa membuka pintu tersebut dari dalam.

Keduanya melangkah "aduh!" Mereka terhantuk.
Fail di tangan hawa tadi berterabur di atas lantai. "Maaf, cikgu" dengan sopan hawa tadi memohon maaf.
Mukanya kemerahan.
Aku istighfar.
Aku membantunya memungut fail2 di lantai.

"Apa nama kamu?"tanya Hasan. "Tak perlulah tahu". Kata si hawa. "Xperlu berahsia."kata Hasan dengan perlahan.
"Maksud nama sy, malu yg baik"kata si hawa kemudian terus berlalu tanpa memandang pada Hasan. Hasan bermonolog"malu yg baik?? Hmm"

Hasan selalu terlihat si hawa ada
di surau setiap waktu zohor dan asar. Pasti si hawa yg pertama.

Hasan tidak begitu menjaga solatnya.

Telah lama dia meninggalkan kewajiban itu setelah ayahnya dan ibunya yg sakit, meninggal dunia. Dia merupakan bekas pelajar tahfiz. Dia sangka bahawa allah tidak mendengar doanya dan tidak memandang ibadahnya yg dirasakan banyak.

Ternyata kehadiran si hawa membuat dia terfikir tentang masa depan hidupnya. Dia tertarik dgn si hawa yang begitu menjaga solatnya. Bermula saat itu, dia cuba menghadirkan diri ke surau.
Dia mula solat di sekolah. Pada waktu zohor, dia akan sampai dahulu sebelum si hawa. Dia melakukan kerja amal, menyertai badan kebajikan sekolah.

Si hawa sering memungut derma untuk fakir miskin. Setiap kali si hawa meletakkan tabung di bilik guru, Hasan pasti akan menderma dgn jumlah yang banyak. Niat Hasan untuk memikat hati si hawa. Berbulan bulan keadaan itu berlanjutan.. dia sudah konsisten dgn solat walaupun di rumah.
Dia berhasrat untuk meminang si hawa.

Baru dia teringat tentang nama si hawa. Dia bertanya kepada sahabatnya yang merupakan guru bahasa arab, Aniq. Kata Aniq, namanya ialah Husnilhaya'.

Pada hari tersebut, Hasan datang awal ke sekolah. Dia tahu si hawa,Haya' sentiasa ada di taman untuk memberi makan arnab peliharaan sekolah.. Dia pasti akan menegur Haya' pada hari tersebut. Dia ingin menyatakan hasratnya untuk bertemu ibu dan bapa Haya'.

Selalunya Haya' akan datang pada pukul 6.30 pagi..
15 minit..
30 jam..
1jam..
2 jam..

Jam menunjukkan pukul 8.30
Loceng untuk masuk mengajar pun berbunyi. Hasan hampa.

Di mana dia si hawa yang dirindu? Hatinya terasa gundah.. dia berdoa agar tiada perkara buruk terjadi pada Haya'. "Mungkin Haya' sudah berada di bilik guru." Hasan bersangka baik kepada Allah.

Entah mengapa, hari yg mendung dan berangin mengulit rasa bimbang di hati Hasan.

Dia berjalan ke arah bilik guru. Hatinya kian berdebar. Mengapa? Jgn tanya dia. Dia pun xtahu.

Dia telah berada di hadapan pintu bilik guru.. dia tersenyum dan memegang bahu. Di situlah dia dan Haya' pertama kali ditemukan oleh Rabb..

Tangan menyentuh pintu..
Tiba2 terdengar suara cikgu Rosni berbual dengan cikgu Man.

"Macamana jadinya?" Tanya cikgu Man agak kuat.
"Dia meninggal.."kata cikgu Rosni
"Innalillahi wa innailaihirojiun.." kata cikgu Man.

Debaran di hati Hasan tidak dapat ditahan lagi. Bagai hendak tercabut jantungnya yg telah berkhidmat 23 tahun padanya.

Hasan masuk ke dalam bilik guru. Dilihatnya meja cikgu Rosni di sebelah kanan pintu dipenuhi guru2.. ada yg menangis.. ada yg menekup muka dgn sapu tgn.

"Ya allah.. kenapa ni?" Tanya Hasan.
"Haya' excident.." kata cikgu Asnah sambil menangis, dia sahabat baik Haya'

Aku terkejut.. impianku musnah. Kaki terasa lemah untuk melangkah. Aku gagahkan jua untuk pergi ke mejaku di sudut bilik guru. Meja yg di penuhi buku yg menghalang pandangan org lain buat aku tidak segan untuk mengelap air mataku..

"Haya', sesungguhnya aku telah merasai kehilangan.. dan inilah yang ketiga. Sungguh, aku redho akan pemergianmu. Sekarang aku sedar, bahawa aku harus ikhlas beribadah.. bukan untuk ku persembahkan kepadamu.. tapi kepada Tuhan kita.. semoga allah temukan kita di syurga..

"Wahai Husnilhaya', terima kasih kerana tidak tersasar dari akidah islamiah dan mengekalkan sifat malu pada wanita akhir zaman ini.."

wahai wanita, kekalkanlah sifat malu mu yg bertempat.
Sungguh ia dapat membenteng dirimu dan maruahmu..
Ia adalah benteng drpd godaan syaitan dan nafsu..

Dedikasi untuk:
Sahabat2 yg mengenali diri ini..
Doaku agar kita ditemukan di syurga.

🕊🌿🕊🌿🕊🌿🕊🌿🕊🌿🕊🌿
Karangan : @bintu_ramli

Couple Or Crush Where stories live. Discover now