Part 59

210 14 0
                                    


Bismillah.. 😊❤ ada ketika..

Cinta itu hadir tanpa perlu di lafaz. Ia hanya di rasai,Oleh sebuah hati.
Kadang kadang, ia terbatas,  kadang kadang.. ia tidak.

Lamaran kamu itu, aku pandang. Bukan tidak mengerti, tapi tertanya tanya; Kenapa kamu pilih aku?

Aku diam..
Kamu diam..
Hati sememangnya berdebar.
Jujur tidak tahu kenapa?

Adakah kerana kamu? Atau mungkin diri ini merasa seolah malaikat maut sedang asyik memerhati.

Aku memikir soal jodoh, tapi juga tentang maut. Keliru? Itulah yang aku hadapi.

Bukan mahu buat kamu tertunggu tunggu,

Kadang, aku mahu menyentuh cincin dari kamu, .. tapi selalu kecundang mengingati sebuah kematian.

Bolehkah andainya,.. kita serahkan segalanya pada Allah? 

Ku beri kamu walid ku.
Kamu ada Allah yang memberi pinjam hati.
Hati yang ada pada aku, milik Allah. 

Jadikan dahulu diri itu tawanan Allah,  maka mintalah pada Ilahi.

Pencipta kamu dan aku.

Jika benar ini cinta dari Ilahi, 
Maka biar ia berterusan dengan kasih Ilahi. 
Jangan melayan rasa hati,
Jika ia terfikir kan ajnabi.
Agar hadir cinta hakiki.
Yang datangnya.. kerana Ilahi.

Jika benar ia cinta dari Ilahi ;
Biar ia bertali dengan cinta Allah sahaja, dan bukannya kita.

Bukankah menjadi tetamu di syurga dan bertemu di sana lalu bersama selamanya itu lebih indah dari tertipu dengan permainan dunia?

Jangan melayan rasa hati, takut nanti.. tiada redha saat bertemu mati.

Takut nanti.. berjodoh dengan mati dulu, sebelum bertemu pengisi hati (kononnya ) 🍃

😊🌹
Lamaran mu itu,
Moga kamu fahami 🌸

-NL 😊🌹

Couple Or Crush Where stories live. Discover now