Part 56

223 9 0
                                    


Waktu bercouple ini yang kita dapat hanyalah satu titik hitam yang semakin lama semakin membekas dalam hati dan jiwa kita. Buktinya kita semakin menjauh dari Allah seolah dah tak nampak lagi bahawa cinta Allah itu adalah number satu.

Waktu bercouple ini yang kita dapat hanyalah bahagia yang penuh dengan maksiat. Jalan berdua-duaan sambil berpegangan tangan. Mata bertentang mata. Tak menjaga batas pergaulan. Mesej berlebihan. Bila call cakap lama-lama tanya benda yang tak penting.

Kerana waktu bercouple ini yang kita inginkan hanyalah sebuah keindahan. Tapi kita tersilap langkah kerana keindahan yang cari itu nafsu yang menjadi 'raja' dan kita menjadi 'hamba' kepada nafsu kita sendiri.

Kita rela menurutkan kehendak nafsu kita tanpa memandang dosa yang akan menghitamkan hati. Dan yang paling teruk sekali kita seolah dah tak lagi kisah kalau kekasih hati kita nak pegang tangan kita atau nak 'ringan-ringan' dengan kita. Asalkan nafsu kita puas dan segala keinginan kita tercapai.

mungkin pada awalnya kita menolak sehabis mungkin kerana waktu itu kita baru nak masuk fasa perkenalan dan iman kita juga waktu itu masih lagi mengunung tinggi. Tapi syaitan ni sangat licik. Dia tak hasut kita jumpa kali pertama terus terkam bagai dapat tangkap musuh. Tapi dia hasut kita secara step by step.

Buktinya waktu mula-mula kita kenal dia dulu kita masih takut-takut nak buat zina kecil. Tapi bila kita dan dia dah semakin lama kenal. Kita mula beranikan diri untuk mendekati zina walaupun tak sampai tahap bersetubuh hingga lahir anak luar nikah.

Di Malaysia ini saja sudah berapa ramai baby yang baru lahir tapi ber'bin'kan Abdullah? Lahir anak luar nikah? Sehingga ada yang sanggup gugurkan kandungan dia. Bunuh baby dia yang tak bersalah.

Soal couple ini andai dah mampu untuk menikah silakan menikah. Tapi andai masih lagi belum mampu untuk menikah maka putuskanlah hubungan haram itu kerana syaitan tak akan pernah duduk diam untuk menghasut kita supaya berbuat dosa.

Kembalilah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani tiap para hamba-Nya.

Couple Or Crush Where stories live. Discover now