Part 65

570 17 0
                                    

Bismillah, assalamualaikum.
Saya nak tanya awak yang membaca ni.

Pernah tak awak sukakan seseorang tapi awak tak berani nak luahkan perasaan awak? Akhirnya awak pendamkan sahaja isi hati awak.

Yup, sejujurnya saya pernah dan sedang mengalaminya 😅 Jadi, saya nak share sesuatu pesanan yang dikhaskan untuk saya juga.

Kalau awak ikhlas sukakan seseorang awak doalah sungguh-sungguh, luahkan segalanya pada Allah, mungkin dengan cara itu hati awak akan lebih terpandu. Nanti tak adalah kita buat kerja gila.
Bukan salah jatuh hati dekat seseorang. Ya, tak salah. Tapi sejauh mana kita boleh jaga hati dan perasaan kita itu agar tidak memberontak. I meant tidak di ikutkan kehendak nafsu tanpa di rujuk panduan Tuhan.

Teman,
Allah tahu awak sukakan dia, Allah tahu awak mahu dia jadi milik awak, Allah tahu awak mahu dia jadi yang halal untuk awak. Tapi mungkin Allah kata belum sampai masanya lagi. Mungkin saat ini Allah mahu kita fokus dulu dengan perbaiki diri kita.

Yang solat wajib tak cukup 5 waktu cukupkan dahulu, yang tak tutup aurat belajar dahulu tutup aurat dengan sempurna, yang fardhu ain masih terumbang-ambing mengaji dahulu.

Kalau benar dia jodoh dari Allah untuk kita. Sampai masa Allah akan datangkan jua dia kepada kita. Imbas kembali cinta Nabi Yusuf a.s dan Siti Zulaikha

Saat Siti Zulaikha mengejar Nabi Yusuf a.s Allah menjauhkan Nabi Yusuf daripadanya. Ketika Siti Zulaikha fokus mengejar cinta Allah. Allah datangkan sendiri Nabi Yusuf kepada Siti Zulaikha.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita dan Allah Maha Mengetahui masa yang tepat bila kita akan mendapatkannya.

Sebenarnya ada baiknya jika kita tidak luahkan perasaan kita kepada orang yang kita suka dalam diam. Kerana itu boleh membuatkan kebergantungan kita kepada Allah semakin kuat. Bukankan Allah itu sebaik-baik perancang?

Kalau kita tidak berjodoh di dunia, mungkin di Syurga sana Allah sudah sediakan jodoh kita. Senyum, Innallaha Ma'ana :)

Couple Or Crush Where stories live. Discover now