Part 18

584 36 0
                                    

💍 Cinta 💍

Kau tahu apa itu cinta?
Cinta merupakan fitrah buat manusia,
Tapi mengapa kau jadikan ia sebagai fitnah.

Kau cintakan manusia,
Tapi pergi mana cintamu terhadap Yang Esa,
Pergi mana cintamu pada Rasul mu,
Pergi mana cintamu pada agama Allah,
Pergi mana cintamu terhadap keluargamu.

Kau rasa akan kehadiran cinta,
Tapi dimana cintamu kepada yang lebih penting,
Kenapa perlu hadir cinta untuk ajnabi,
Yang belum tentu milikmu.

Kau kata ia lahir dari hatimu yang tulus buat ajnabi,
Tapi sebenarnya kau mampu mengawal rasa itu,
Kau mampu buang jauh perasaan itu,
Kau mampu usir perasaan itu.

Kau kata kau tak mampu,
Sebenarnya kau berbohong kepadaku,
Siapa yang menciptakan perasaan itu,
Kenapa tidak kamu minta kepadaNya soal perasaanmu.

Kau tak sepatutnya mengatakan cinta itu fitrah,
Sekiranya kau menghancurkan fitrah itu,
Kau tak layak untuk jatuh cinta kepada ajnabi,
Sebelum kau jatuh cinta kepada yang lebih layak.

Kau fikirlah mana yang patut kau buat,
Buatlah keputusan dengan betul dan tepat,
Adakah kau patut berlayar dengan cinta ajnabi,
Atau kau patut berlayar bersama cinta yang layak menerima cinta.

Couple Or Crush Where stories live. Discover now