Introduction

479 31 0
                                    

Jin membuka kedua-dua belah matanya dan mendapati dirinya kini berada di sebuah padang yang lapang. Pemandangannya sungguh indah kerana terdapat pelbagai jenis bunga di situ.

Dia berdiri dan melihat sekeliling.

"Aku dekat mana ni? Kenapa aku dekat sini? Apa yang terjadi?"soalnya. Fikirannya bercelaru. Bagaikan ada sesuatu yang cuba muncul tapi apa?

Akhirnya Jin hanya berjalan mengikut kata hatinya.

*******
"Huh,"keluhan dilepaskan. Jin benar-benar keliru. Seingat dia, dia tengah...Jap! Dia langsung tak ingat dia buat apa sebelum ni!

"Kenapa tak ada satu benda pun yang aku ingat ni?! Apa dah jadi sebenarnya ni?!" Jin cuba memaksa dirinya untuk mengingat kembali namun hampa.

Akhirnya Jin terbaring sambil melihat langit yang terbentang luas. Bezanya langit di sini ialah ianya berwarna ungu kebiruan.

Cantik.

"Kenapa aku dekat sini? Mana orang lain? Siapa aku? Tempat apa ni?"ujar Jin dengan nada yang sayu. Akhirnya dia tertidur sambil ditemani bintang-bintang di langit.

Keep follow. XOXO.

-Annyeong^-^

[C] Wings S2: BogoshipdaWhere stories live. Discover now